"Itu apa?" Soal aku. Dia tersenyum lalu mendekatkan wajahnya ke wajahku.
"Itu.. love bite dari awak. Awak yang buat malam tadi. Malam tu kita.." aku terus menekup mulutnya. Tak naklah dengar.
Tipu ni! Ini semua tipu! Aku tak percaya!!!
"Tipu! Saya takkan buatlah benda ni." Kataku sambil memarahinya.
Pipi aku dah mula kemerahan sebab malu. Yalah, kalau betul macam mana? Mana aku nak letak muka aku? Ishhh!!!
Dia pergi ke arah leherku semula. Apalah yang dia nak?
"Itu sebenarnya love bite dari nyamuk!" Katanya lalu menggigit sedikit leherku. Kurang ajar!!
Aku menolak dadanya dengan kuat. Boleh lagi dia gelak.
"Sakitlah! Awak ni gila!" Marahku lalu masuk ke dalam bilik air. Malas nak layan dia. Ergh!
"Haihh.. Diya, Diya. Comel betul dia. Aish! Makin sayang pulak!" Monolog Taehyung sendirian lalu membaringkan diri ke atas katil sambil tersenyum.
Setelah masuk ke dalam bilik air, tanpa sedar aku ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Entah kenapa aku suka bila dia mengusikku seperti itu? Adakah aku... ? Ah! Takdelah!
♡♡♡
Akhirnya aku pun hadir ke sekolah lepas cuti selama tiga hari. Yalah, pengantin baru kan? Cikgu Lee iaitu guru kelas kami sendiri yang suruh aku dan Taehyung cuti. Nampaknya dia dah tahu. -..-
Baru saja aku ingin melangkahkan kaki untuk keluar dari kereta milik Taehyung, tanganku disambar olehnya.
"Sayang!" Panggilannya.
"Eeii, apa sayang sayang?! Nanti orang dengarlah!" Jerit aku perlahan. Dia ketawa.
"Lagi bagus! Biarlah diorang tau. Biar diorang tak kacau kita." Katanya. Aku mengeluh.
"Nak apa?" Soal aku dengan dingin.
"Nanti balik sama-sama ya?" Katanya. Aku mengangguk.
"Ya, sayang. Kan saya dah cakap ke mana pun kita pergi kita tetap bersama. Awak ni .. aish!" Kataku. Taehyung Taehyung.. hayaaa..
"Yalah. Dah pergi masuk sana. Ke awak nak tunggu?" Soalnya.
"Saya masuk dululah. Lagipun lagi sejam cikgu dah nak masuk. Awak jangan lambat pulak masuk kelas. Tak pasal-pasal hukuman lama kian kembali." Kataku sambil mengingatkan sewaktu aku dan Taehyung didenda akibat datang lewat ke sekolah untuk kali yang kedua. Masa itulah aku dan dia dapat hukuman yang lebih teruk. Nak tahu apa?
Kami berdua terpaksa lari 20 pusingan di padang.♡♡♡
Ppakk!!
Meja dipukul oleh Cikgu Jun. Muka kau lagi. Dia memarahi kami berdua. Aku dan Taehyung hanya menundukkan wajah saja.
"Ini dah kali kedua kamu berdua datang lewat! Apa nak jadi? Kamu nak ponteng ke?!" Marahnya. Aku dan Taehyung menggelengkan kepala.
"Geleng! Geleng! Nanti buat lagi! Dua-dua sama je. Kahwin sesuai!" Katanya. Aku terus merenung wajahnya dengan pandangan yang agak tajam.
Suka-suki je nak jodohkan kami.
"Sekarang pergi ke padang. Lari satu padang sebanyak 20 pusingan." Katanya.
"Apa?! No!!" Jerit aku dan Taehyung dengan serentak.
"SE..! KA..! RANG..!!! (SEKARANG!!)" Jeritnya. Aku dan Taehyung terus berlari ke arah padang.
Pusingan 1
Pusingan 2
-
-
-
Pusingan 19
Dan pusing ke-20 itu aku terus terduduk. Penat!"Semua ni.. salah... kau..!" Marah aku kepada Taehyung dengan suara yang tercungap-cungap mencari nafas.
"Aduh penat! Asal saya pulak..? Awak yang salah. Kalau awak tak beli... pen kat kedai tadi.. semuanya takkan terjadi. Haish!" Katanya. Aku hanya menjelingnya.
Salah aku juga. Siapa suruh beli pen? Dah tahu pen dah habis dakwat, kenapa tak beli dari semalam? Haish!
♡♡♡
Aku sudah pun tersenyum-senyum. Haish! Angau sangat! XD
"Yalah. Saya parking kereta dulu. Masuk cepat!" Katanya. Aku nengangguk lalu masuk ke dalam pagar sekolah dan mula menuju ke kelas.
♡♡♡
Waktu rehat sudah pun tiba. Baru saja aku ingin masuk ke dalam kelas, aku terlihatkan ke arah sebelahku. Kelihatan Taehyung sedang berborak dengan Hanna. Mereka nampak mesra. Ketawa-ketawa sambil pukul-pukul.
"T.. Tae..?" Soal aku sendirian. Tanpa sedar air mata milikku jatuh membasahi pipi.
Kenapa hati ini sungguh sakit melihat itu? Terasa sakit yang teramat sehingga membuatkan aku menitiskan air mata. Adakah aku dah mula cintakan suamiku? Adakah perasaan itu muncul?
Bersambung
Tae.. adakah anda curang di belakang Diya..? What..? Yuhuhu~ nampaknya Diya cemburu. Dia dah mula cintakan Taehyung.. yeah!! 😆💞
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romance"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...