"thank you sebab siram mamat berbulu keriting tu." kataku selepas bekas boyfriend aku euw berlalu. mamat joker yang berada di depan aku ni mengangguk dan tersenyum lebar sebelum berkata,
"memang dia patut kena tu kak. siapa suruh tak pandai hormat perempuan kan?"
aku pandang dia. ish comel je. aku tumbuk kau karang ish.
"mak saya cakapkan kak, kaum lelaki patut hormat perempuan sepertimana diorang hormat mak diorang. yelah, perempuan kan cepat terasa hati jadi mestilah jaga hati diorang. betul tak kak?" katanya lagi. matanya memandangku yang sedang termenung.
"hah betul betul." sokongku. terima kasih mak sebab besarkan anak lelaki macam mamat ni. sis terharu jap.
"kak saya tengok akak ni taklah tua sangat tapi saya panggil dengan panggilan akak. apa nama akak sebenarnya ni?" katanya lagi sambil memegang dagunya.
"fatin shahira." jawabku dua patah. nanti patah pula aku.
"umur?" soalnya lagi. ini ni style intro chat kat wechat ni woi. ketara betul budak wechat.
"23." jawabku sepatah. hah ini barulah patah.
"eh samalah umur kita. jadi tak payahlah saya panggil akak kan? awak saya boleh?" katanya lagi.
"kau aku lah. aku selesa macam tu." jawabku. memang agak kurang adab tapikan loya tekak aku berawak bersaya dengan orang lain.
"boleh je. sayang abang pun boleh." katanya lagi sambil senyum miang. beg tanganku aku angkat tinggi, berura-ura nak pukul dia.
tapi belum sampai pun dekat muka dia, tangan dia lebih pantas memegang lenganku. kemudian dia turunkan tangan aku yang masih memegang beg tangan aih sebenarnya bukanlah beg tangan sangat. aku tak suka guna beg tangan, jadi aku lebih senang guna beg sandang primavera aku yang berwarna merah.
tangan dia menurunkan lenganku ke depan mukanya yang mendorong aku untuk bergerak lebih dekat dengan dia. mataku memandang matanya ish. lecehlah cam ni, terlalu clichè.
"em kalau lelaki pukul perempuan kan kita panggil dayus. jadi hurm kalau perempuan pukul lelaki tu apa pula kita panggil?" soalnya. lah itu je dia nak tanya? buat saspen jelah.
"itu dipanggil, padan muka siapa suruh gatal sangat pegang-pegang orang." jawabku. sindir dia sebenarnya.
kini tanganku lebih pantas dari dia.
PAK!
"ah! sakit gila kak!" katanya lalu mengusap bahunya.
masa dia tunduk nak ambil beg aku yang terjatuh akibat pukul dia, aku perasan ada cecair merah yang menitik dari muka dia.
aku tarik bahu dia supaya dia bangun dari tunduk dia tu dengan cepat. aku terlopong.
"hidung kau! hidung kau berdarah!" jeritku. tangan aku ni dah gatal sangat nak pegang muka dia ni haih. nasib bukan muhrim. kalau muhrim aku, aku raba muka dia ni eh.
dia letakkan jari dia dekat bawah hidung dia dan tengok jari dia yang dah berdarah sebelum matanya membulat dan pengsan.
"woi bangunlah! takkan fobia tengok darah kot?!" kataku sambil menggoyangkan badannya.
PON TEET!
YOU ARE READING
JIRAN
Random"kak, kalau nak marah pun tak payahlah buat fesyen baru." aku keluar dengan memakai baju tidur lengan pendek hello kitty aku yang bertompok-tompok warna biru muda dengan pink, seluar paras lutut, tudung terbalik, dan selipar jepun berbiji-biji timb...