Kereta mewahnya , dipandu perlahan . Safiya yang hanya senyap di sebelahnya , dikerling . Kenapa senyap semacam je , minah ni ? Selalunya mulut tu , bukan reti diam . Ada je yang dia nak kutuk aku . Pms kot .
Safiya hanya memandang jalan raya . Tenungan Asyraf dihiraukan . Suka hati dia lah . Tapi tak takut terbabas ke si mamat ni ? Pandang aku macam buat salah besaq . Lupa ke yang dia ni bawak aku sekali ? Kalau dia terbabas , confirm aku kena sekali .
Itu dia tak kesah sangat , ada lagi besar masalah yang ditimpanya kini. Danish lah ! Tak habis - habis kacau aku . Tak sedar diri, yang dia dah ada isteri . Tak memasal karang ada yang melabelnya kaki perampas . Huh , mintak jauh .
Dia tak mampu nak buat macam tu , kerana terlalu sakit dikhianati. Dia dah pernah alami , dia tak mahu ulangi perkara yang sama . Cukup lah sekali dia alami , serik .
Bukan dia tak sedar yang Asyraf ikhlas mahukannya , tapi dia perlukan masa . Hati dia bukan jenis cepat terima orang lain. Lagipun , sisa perit dikhianati masih dia rasai . Tak nak Asyraf buat dia rasa lagi sekali .
"Safiya , are you okey ? ," pertanyaan Asyraf buat kali ke berapa entah . Risau sungguh tengok Safiya muram je .
"Okey . Hang sibuk tu pasaipa ? ," dengus Safiya . Bosan betul , tanya benda sama je . Aku yang okey boleh jadi tak okey sekejap lagi .
"Lega ayang dengaq na ," usik Asyraf . Makin comel si doktor ni bila marah . Makin sayang naaa .
"Ayang terkorak kau ," Asyraf dijeling . Geli geleman tekak ni . Mengada tak tentu fasal si mamat tiga karat ni .
"Ish , tak baik cakap macam tu dekat ayang , sayang ." masih sahaja Asyraf mengusik sakan . Marah tapi muka merah menahan malu . Apa maksudnya ?
"Ta–––," deringan kuat dari telefon bimbit Asyraf mematikan Safiya dari mengutuk Asyraf . Pasang lagu bukan main kuat , pasaipa ? Pekak badak je jantan ni ? Bingit tahu .
"Yes , mummy ? ," ujar Asyraf apabila menyambung talian .
"Haa , okey - okey . Lagipun Asy satu way dengan asrama si kecik tu . "
"Bye ." telefon diletakkan kembali.
"Siapa? ," terpacul keluar soalan bodoh dari Safiya . Terang - terang kut , dia dengar Asyraf cakap dengan mummy dia .
"Isteri ayang , kenapa ? ," balas Asyraf seraya tersenyum nakal .
Safiya menjeling . Isteri konon .
"Dah ada isteri tapi kenapa duk terhegeh - hegeh dekat saya lagi ? Lelaki ni memang tak pernah cukup satu , gamaknya ," omel Safiya walaupun tahu Asyraf menipu .
"Tak pa aih . Lelaki kan istimewa . Boleh kahwin empat . Apa salahnya ? ," stereng dipulas ke kiri . Masuk ke kolej adik bongsunya .
"Nasib baik, awal - awal lagi saya reject awak . Huh , lega. " dadanya diusap lembut . Action lebih .
"Jap jap , pasaipa masuk kolej ni ? Kondo saya depan lagi. Awak tak habis belajar lagi ke ? Or nak ambil girlfriend kat sini ? Ish memang betul telahan aku , si mamat ni tak cukup satu " gumam Safiya , masih dapat didengari Asyraf .
"Kalut sungguh , sayang ni . Ingat sampai mati ya sayang , ayang akan cintakan sayang hingga hujung nyawa . Hastag till jannah . Gitu . ," Asyraf tersenyum seraya mengenyit mata nakal .
Safiya mengibas wajahnya . Panas - panas ! Geli pun ada. Terharu pun ada . Nak muntah pun ada na .
Yang aku paling geram , duk bersayang - ayang dengan aku dari tadi . Pasaipa ? Ish , tak cukup kasih sayang betul .
"Buat apa dekat sini ? Kita tunggu siapa ? ," mata diliarkan diluar . Dua tiga orang sedang tunggu mak bapak datang ambil kut .
"Adik ayang ," matanya masih fokus ditelefon bimbit setelah parking dihadapan apartment pelajar .
"Duk ayang - ayang ni kenapa ? Buang tabiat ke ? ," fail diatas ribanya , diambil dan dipukul - pukul ke bahu Asyraf . Padan muka . Puas ati aku .
"Aduh - aduh . Sakit yang . " Asyraf mengaduh manja .
Eeei ! Tak reti bahasa betul mamat ni . Tangan masih memukul bahu Asyraf .
"Yang , malu orang tengok . Okey - okey stop na . Saya tak buat dah. " Asyraf mencebir .
"Puas hati aku !" dengus Safiya . Dia panggil aku macam tu lagi , esok memang Asyraf meninggal terus. Jangan main - main dengan doktor Safiya !
"Tu adik saya . Senyum sikit . Kang adik saya fikir macam - macam pulak ," pujuk Asyraf seraya membuka pintu kereta .
"Eh abang. Siapa ni ? Cantiknya . " teruja sahaja Aisya bertanya . Cantik kut . Macam minah saleh . Bezanya , ini versi saleh solehah .
"Ini doktor Alanna Safiya . Bakal kak ipar awak . Salam kak Fiya . " selamba sahaja memperkenalkan Safiya sebagai girlfriendnya .
Safiya menaham marah . Wajah cuba dimaniskan sebaik mungkin .
"Hai–––" laju Asyraf memintas Safiya bercakap .
"Aisya . Bakal adik ipar awak " Asyraf tersengih .
"Hai , kak Fiya . By the way , abang memang macam ni . Over dia lebih sikit . Kalut tak tentu fasal . " Aisya selamba mengutuk abangnya .
Memang adik - beradik jenis selamba kut diorang ni , desis Safiya. Yang pasti ada perhintungan besar dia dan Asyraf nanti . Geram sungguh !
"Jom balik . Kak ipar Aisya letih . So , kena hantar dia cepat . Panas betul tu , merah muka . Rasanya tak nak cendol tapi nak mandikan sayang ?," Asyraf mengeyit mata nakal . Ya allah , bertambah - tambah rasa marah aku dekat mamat ni .
"Haa aa . Jom balik . Tak sabaq nak mandi . ," perli Safiya . Asyraf dijeling tajam . Tanpa menunggu lama , dia meloloskan diri ke dalam kereta . Aisya terkebil - kebil melihat pasangan tersebut .
"Adik masuk cepat . Tak nak balik ke ?," tempik Asyraf . Laju Aisya masuk ke dalam kereta. Tak menyabar sungguh .
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...