"Ampunkan patik kerana menganggu. Raja Wiga berhajat untuk menghadap dengan tuanku".
"Ada hal penting yang ingin dibincangkan?"
"Patik kurang pasti. Baginda tidak betitah apa-apa".
"Beritahu ayahanda beta akan menghadapnya selepas selesai latihan".
"Menjunjung perintah".
"Han, jadi lawan aku". Cabar Putera Flynn pada pengawal peribadinya itu. Pedamg yang tajam itu dihalakan pada lawannya.
"Baiklah". Sahut Han tanpa berfikir sejenak. Ini bukan kali pertama mereka bertarung.
Han teringat ketika dia pertama kali berjumpa dengan Putera Flynn.
"Anakanda, dia akan jadi pengawal peribadi anakanda". Raja Wiga menepuk bahu Han.
"Bertarung dengan beta. Kemudian, beta akan tentukan sama ada tuan hamba layak atau tidak".
"Han bukan calang-calang orang".
Han tunduk memandang wajah terkejut Putera Flynn yang terduduk di tanah. Pedangnya dihunus pada Putera tanpa teragak-agak.
"Bagaimana dengan kemahiran Han, anakanda? Masih ingin-"
"Lagi! Sekali lagi!"
Mereka berdua terus berpedang sehingga akhirnya keduanya tumbang. Hari yang sudah pun larut petang seakan dibiarkan ianya berlalu.
Dada mereka turun naik dengan laju. Keletihan menguasai namun masih tiada siapa yang ingin mengaku kalah.
"Sehingga hari beta tewaskan tuan hamba tiba, kita tidak akan berhenti bertarung. Faham?""Patik menurut perintah, tuanku".
Ting! Bunyi pedang saling berlaga mematikan lamunan Han. Putera di hadapan masih tidak berubah. Tidak pernah berputus asa dan terus mencuba.
"Kemahiran pedang yang sangat menakjubkan". Komen Tuan Abel yang datangmendekati dua pemuda itu sambil bertepuk tangan dengan perasaan begitu bangga.
"Bukannya kali pertama tuan panglima melihat beta". Kata Putera Flynn sambil mencapai kain yang dihulurkan dayang. Peluhnya dilap.
"Betul. Cuma tuan putera bertambah hebat hari demi hari. Satu perkara yang boleh dibanggakan". Puji Tuan Abel.
"Beta masih tidak setanding Han".
"Itulah sebabnya Han dipilih menjadi panglima peribadi tuan putera. Keselamatan tuanku terjamin di tangannya".
"Indah sungguh kiasan tuan. Beritahu saja apa yang tuan inginkan". Putera Flynn dapat menangkap ada sesuatu yang Tuan Abel hajatkan.
Tuan Abel menggeleng kepala, menafikannya. "Putera, putera... Patik tidak mempunyai hajat lain selain ingin melihat perkembangan yang amat mulia tuanku putera mahkota".
"Oh, tuan buat beta rasa begitu segan".
"Tuan putera tidak perlu berendah diri. Malah, patik ingin saja menjemput seluruh warga Wiga untuk melihat putera".
"Hahaha... beta berbesar hati. Beta perlu bertemu dengan ayahanda sekarang".
"Ya, sudah tentu. Silakan".
-------
"Ayahanda, bonda, anakanda datang menghadap". Putera Flynn menunggu keizinan orang tuanya sebelum masuk.
"Anakanda, masuklah".
Seperti biasa, Raja Wiga akan meluangkan masa bersama keluarga tersayang pada waktu petang. Semua urusannya akan diketepikan buat sementara waktu. Penting baginya untuk pastikan masa bersama keluarga tidak berkurang.
"Bagaimana dengan latihan anakanda?" Tanya Raja Wiga.
Putera Flynn duduk di sofa berhadapan dengan ibu bapanya. "Sudah selesai. Anakanda cuma bermain dengan Han".
"Kamu berdua memang tak dapat dipisahkan". Terbentuk garis-garis kecil di hujung mata permaisuri apabila dia tersenyum.
"Pastikan anakanda mahir selok belok urusan istana ini secepat mungkin seiring dengan kemahiran-kemahiran lain. Anakanda pun tahu akan kepentingannya bukan?" Nasihatnya.
"Ya, ayahanda".
Dayang datang menghidangkan teh. Bau teh wangi itu mebangkitkan selera orang di situ.
"Bagaimana dengan kesihatan bonda?"
"Bonda sudah sihat. Tiada lagi rasa sakit di mana-mana. Alangkah bagusnya jikalau gadis penawar itu boleh kita bawa ke istana". Kata permaisuri sambil memberi pandangan bermakna pada sang suami.
"Gadis berhud merah. . ." Putera Flynn bersuara perlahan.
"Bukan kali pertama ayahanda dengar tentang itu. Cuma hud merah sudah lama tidak disebut orang. Mungkin ada generasi mereka yang masih hidup". Raja Wiga mula membuka cerita.
"Siapa mereka?" Putera Flynn tertanya-tanya.
"Cerita ini menurut orang-orang tua dulu. Mereka tidak seperti orang biasa. Satu hari, puak mereka diserang dan dibunuh. Peristiwa itu telah meragut nyawa mereka. Lebih kurang 18 tahun yang lalu, ada satu pasangan berhud merah hadir ke Wiga. Atas khabar angin mengatakan mereka adalah puak yang disumpah, rakyat meminta hukuman bunuh dijatuhkan." Ceritanya panjang lebar.
"Jadi, datuk perkenankan?"
"Ya. Melihat situasi bonda sekarang, agaknya itu merupakan satu kesilapan. Mungkin sumpahan mereka adalah satu anugerah". Tercalit sedikit kekesalan di muka Raja Wiga.
"Kenapa-"
"Oh ya, ada orang kata gadis behud merah itu berada di pekan. Di satu lorong tidak bernama. Ayahanda sudah kerahkan para panglima untuk mencarinya".
"Betul ke?" Putera Flynn terus terbangun dari tempat duduknya. Dia berasa tidak percaya. Gadis dogeng itu benar-benar wujud? Dan akan dibawa ke sini?
"Seperti yang bonda cakap, satu kelebihan pada kita jika dia menjadi aset istana". Pasangan suami isteri itu saling berpegang tangan dan berpandangan.
"Tuanku! Ampunkan patik kerana menganggu. Kami telah menangkap orang-orang yang terlibat!" Seorang pengawal masuk dan melapor. Mereka terus tersenyum mendengar perkhabarn itu.
"Tepat pada masanya, anakanda-"
"Anakanda minta diri dulu". Putera Flynn membalas senyuman keduanya. Mereka berdua mengangguk faham.
"Han!"
"Ya".
"Kita kena pergi jumpa dia sekarang".
YOU ARE READING
Rayna [HIATUS]
FantasiRayna, gadis berusia 16 tahun, hidup bersendirian di sebuah perkampungan kecil jauh dari kota. Berbekalkan ilmu perubatan berasaskan herba yang diturunkan oleh neneknya, dia menyara hidupnya dengan memberi rawatan kepada orang kampung. Selepas kampu...