Permulaan.

162 3 0
                                    

0430H
Jun292017

Rul bangun apabila mendengar bunyi alarm  phone yang disetkan awal subuh itu. 'Hmm. Awalnya. Budak lain tak bangun lagi ni.' Rul berkata sendirian. Dia bangun lalu menuju ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat hajat.

'Assalamualaikumwarahmatullah..' selesai dia memberi salam kedua. Rul bangun dan menuju ke meja study untuk menelaah pelajarannya. 'Haih..kenapa aku asyik fikirkan perkara tu? Kenapa perlu dia?' Rul memikirkan akan sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak tamat minggu orientasi yang lalu.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Dia pun mengejutkan roommatenya yang lain untuk bangun dan bersiap2 ke kelas yang bermula pukul 0830H nanti. Setelah rakannya yang lain bangun. Dia pun mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh. Rul terus bersiap2 dan membuat sarapan sementara menunggu rakan yang lainnya siap.

"Hey Rul. Morning..tak rindu aku ke?" tegur Mina jiran sebelah biliknya.

"Hi Mina. Haha rindu la. Kau sihat? Lama tak nampak?" balas Rul.

"Hmm.. ada je aku ni. Kau mana pernah nampak aku dari dulu lagi. Busy pergi bilik orang kan.." Mina cuba merajuk mengambil perhatian Rul.

"Eh mana ada la Mina. Biasala lately ni busy. Kelas baru mula kan. Btw aku kena gerak dah ni. Kau take care ya. Jumpa nanti. Apa2 whatsapp je aku.Bye Mina" Rul terus mengambil keputusan menunggu roommatenya di kelas sahaja.

'Kau sentiasa lari dari aku kan Rul. Takpe. Baru first year. Kita jumpa lagi 3 tahun Rul. Panjang lagi masa. Tak sabar nak tunggu kita jadi bff' Mina bermonolog dalam hati.

Rul kini berada di dalam kelas menunggu roommatenya tiba bersama rakan lain. Sementara menunggu rakannya datang, Rul mula membaca buku nota sebagai persediaan untuk kelas hari ini. Tidak lama kemudian dia dapat melihat roommatenya datang.

"Hey Rul. Aku ingat kau tunggu kitorang kat bawah. Kau terus pergi sini rupanya." tegur Era yang datang bersama 4 lagi roommatenya.

" Ha  ah la Rul. Kenapa? Mesti kau ada jumpa siapa2 kan kat bawah. Tu kau terus datang kelas tinggalkan kitorang." Sampuk Ina pula.

Manakala rakan mereka lagi 2 orang iaitu Jiha dan Linda hanya meng'iya'kan kata kata dua orang rakannya itu.

"Eh mana ada. Tadi aku baru ingat yang aku kena pergi pejabat bendahari settlekan yuran lagi sikit. Tu aku gerak dulu. Sorry eh. " Rul hanya berlagak cool menjawab soalan rakannya itu.

" Oooo macam tu. Okla. " Era menerima jawapan Rul dan terus bermain phone sementara menunggu lect datang.

1230H

Akhirnya masa makan tengah hari tiba. Rul dan rakannya yang lain terus ke cafe untuk makan sebelum kelas jam 2 petang bermula.
Semasa perjalanannya ke kafe, dia terserempak dengan seorang perempuan yang amat dia kenali. Namun, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Fadhilah POV
'Eh. Tu Rul. Kenapa dia macam tak kenal aku. Dia tak ingat aku ke.' Fadhilah berkata sendirian.

Rul POV
'Bukan tak kenal kau. Tapi aku takut aku salah orang. Takpe. U ni kecil. Nanti kita jumpa lagi.' Rul berkata dalam hati.

"Eh Rul. Kenapa ladies tu tengok kau semacam je? Kau kenal dia ke?" Jiha mula membawang.

"Eh takdelah. Entah. Biasa je aku tengok." Rul mula menyembunyikan perjara itu.

"Rul, tu bff kau sampai. Haha good luck la ya layan dia." Linda mula memuncungkan bibirnya ke arah Mina yang kelihatan excited menuju mendapatkan mereka.

"Hai guys. Korang nak pergi makan eh? Nak join boleh? Hey babes, tak whatsapp aku pun cakap kau nak pergi makan. Kau memang tak nak makan dengan aku eh Rul?" Mina berpura-pura merajuk namun tangannya sudah memeluk lengan Rul.

"Eh haha mana ada. Jom la weh kita gerak makan. Aku nak solat lagi ni tak sempat nanti." Rul mengajak dan melayan sahaja karenah Mina.

Selesai sahaja mereka menjamu selera di kedai makan tersebut, mereka terus bergerak menuju masjid untuk menunaikan solat zuhur.

"Eh Rul. Kau boleh je eh hadap perangai Mina tu. Haha tak rimas ke? Dia lain macam je aku tengok nampak kau." Tanya Ina.

"Hm biasa je pada aku. Selagi dia tak buat lain2 aku ok je. Lagipun dia ok apa?" Rul cuba menduga Ina sambil tersenyum sinis.

"Rul, kau jangan macam2. Aku taknak kawan kau kalau kau buat pelik2 nanti. Jangan bagi harapan. Jangan buat dia sakit juga." Ina mengingatkan Rul.

"Sampai ke situ fikirnya. Dah takdenya. Aku lurus lagi." Rul balas ringkas.

Mereka pun menuju ke kelas masing2 yang akan tamat pada pukul 1600H. Selesai sahaja kelas petang itu menjadi rutin Rul untuk balik ke bilik dan bersiap-siap untuk riadah mengelilingi kampus.

"Rul, sorang je? Nak join kau petang ni boleh? Aku boringla kat bilik. Tak buat apa pun. " Mina menegur Rul apabila dia nampak Rul keseorangan bergerak ke asrama pulang dari kelas.

"Eh hey Mina. Ha boleh je. 1715H sharp. Jangan lewat." Rul pun terus bergerak naik ke bloknya.

"Haih rushing betul. Takde life la dia ni. Petang ni masa kita ya Rul. " Mina bercakap seorang diri.

Petang itu seperti biasa Rul sudah siap berpakaian sukan menunggu Mina di bawah blok. Lima minit kemudian Mina turun sambil tersenyum ke arah Rul. Rul hanya membalas senyumannya dan tenang.

"Lama ke Rul tunggu ? Sorryla ada masalah sikit tadi. " Mina memberi alasan.

"No. Its okay. Ni dah ready? Jom." Balas Rul tak nak melengahkan masa.

Petang itu setelah menamatkan lima pusingan kampus, Rul dan Mina mengambil
keputusan untuk berehat di kawasan tasik Pusat Marin kerana permandangan matahari terbenam di situ sangat cantik.

"Rul, aku nak tanya kau sikit boleh tak? Kenapa eh kau selalu sorang-sorang. Elakkan diri daripada aku. Tak bercampur sangat? Dingin je sentiasa." Mina memulakan topik.

"Hm. Takdelah aku ok je. Ramai orang cakap. Diorang yang takut nak bercampur dengan aku. So this is me. All alone." Jawab Rul tenang.

"Em yelah.. Asalkan aku dengan kau ok kan Rul?" Mina memancing lagi.

"Haha yelah Mina. Dah jom la dah 1830H dah ni. Nanti roommate aku cari pula." Rul menamatkan perbualan terus bergerak dari tasik menuju ke asrama mereka.

Sepanjang perjalanan pulang, ada juga ladies2 kampus yang cuba menyapa Rul namun Rul balas dengan senyuman sahaja. Melihatkan ladies2 tersebut sibuk menegur Rul, Mina mengemaskan lagi pelukan di lengan Rul dan cuba menyibukkan Rul agar sentiasa melihatnya dan menumpukan perhatian kepadanya.

FriendzoneWhere stories live. Discover now