BIAR HATI BERBICARA
CAHAYA Terang memasuki setiap penjuru ruang, Figura Naura membungkam dihadapan selembar kertas luas terbentang. Potret dilakar mengambarkan hatinya yang sedang gusar.
Mujur sahaja Fiona sudah berangkat pergi melanjutkan pergambaraanya dan malam nanti baru akan balik ke rumah. Figura Danish pula pergi rumah nenda kerana ada urusan.
Hanya tinggal Naura dan Natasya masing-masing sibuk dengan urusan mereka. "Sayang!" Kekhusyukan Naura terhenti dan kini perhatiannya sudah lari ke arah pintu bilik yang baru terbuka tadi.
Kelibat Danish masuk ke dalam ruangan bilik milik Naura. Rindu akan senyuman gadis didepan mata, beberapa hari asyik sibuk menguruskan rumah, kalau tidak pasti akan berkurung didalam kamarnya.
"Erm?" Balas suara Naura dan kini melanjutkan seni lukisannya. Sakit benar hatinya kerana hal awal pagi tadi.
"Sayang lukis apa. Ajar abang boleh tak?" Soal Danish sekali lagi menongkatkan dagu pada belakang kerusi tempat Naura berlabuh. Langsung tidak tahu apa makna lukisan yang lakarkan Naura itu.
Naura masih tetap berdiam. Menatap sekeping kertas penuh fokus. "Sayang?" Panggil Danish sekali lagi masih juga tidak dipeduli. Danish mencalit sedikit jarinya pada warna merah dan mencuit dihidung Naura.
"Hah! Siap!" Naura membuat muka merah padam membuatkan gelak figura Danish mati dan terdiam.Cap!! Bentuk lima jari berwarna biru tempat dimuka tekap di muka milik Danish suami Naura.
Danish tergumam seketika manakala Naura pula yang ketawa. Padan muka!
"Aik! Main tipu!!" Gelak tawa Danish dan Naura sudah bergema. Kini melakarkan sebuah lukisan bersama-sama. Tidak peduli hasil karya indah atau tidak yang penting dilakukan oleh mereka berdua.
"Cap! Cap! Cap!!!" Jari tangan Danish dan Naura ditekap pada kertas depan mata. Danish menatap wajah Naura yang kini sedang duduk diatas riba. Senyum melebar hingga ke telinga.
Tidak tahan melihat muka Naura yang membuat hatinya tergoda. Danish melayarkan kucupannya pada pipi Naura. Mendarat dengan selamatnya. "Ih! Awak ni ambil kesempatanlah" kening dikerutkan oleh figura Naura.
"Abang rindu sayanglah.Rindu sangat" Naura mengerling sambil memberi senyum tipis. Menyandarkan kepalanya pada pinggir dahi Danish. "Rindu abang juga" tutur Naura lemah sahaja.
"Kenapa bibir sayang macam pucat je?" Naura mengeleng kepala."Tak adalah. Biasa-biasa je"Lemah nada suara menyapa corong telinga.
"Abang! Kak! Bonda dengan nenda ada dekat bawah" pintu dikuak kini menampakkan sosok Tasya. Kaget seketika apabila tubuh Danish dan Naura dipenuh cat berwarna. Senyum dan ketawa melihat hasil kenakalan pasangan didepan mata.
"Suruh nenda dengan bonda tunggu , abang dan nak Naura nak mandi kejap. Kan sayang?" Mata kanan dikenyitkan.
"Jangan nak mengada. Pergi mandi sorang-sorang" Tanpa banyak bicara tubuh Naura dipapah menuju ke bilik air tidak jauh daripada mereka.
*****
USAI Danish dan Naura membersihkan diri mereka. Anak kaki serentak menuju setiap anak tangga menuju ke tingkat bawah.Bonda dan nenda sudah menunggu diruang tamu.
"Danish? Naura? Matahari tegak baru nak mandi?" Sengih Datin seri Darlila kini menatap dua figura yang sedang menuruni anak tangga dan berpaling padanya.
"Dorang main warna tadi bonda. Baguslah tu dari ada si Fiona. Tak payah balik sini lagi bagus rasanya" Celah Tasya sibuk membaca senaskah novel ditangannya dan duduk disofa melipat kedua kakinya.
"Bila dia tu nak keluar dari sini? Bonda tak suka dia menyemak dan arah Naura itu ini. Hati Bonda pula yang sakit sekarang ni" Naik panas telinga Datin Seri apabila mendapat tahu Fiona duduk sebumbung dengan anak lelaki dan menantu kesayangannya itu.
"Takpe Bonda. Diakan tengah mengandung., mesti letih nak buat itu ini kan.." Balas Naura bertimbang rasa tanpa mempedulikan kesihatannya yang kuranf baik seminggu dua.
"Erm!" Hambar suara Tasya menyelit diantara bicara mereka. Asyik nak bela perempuan tu buat apa! Bernanah telinga!
"Erm sebab tu bonda dan nenda sayang sangat dekat Naura. Berhati mulia. Tak macam satu tu..Tak guna!" sinis nada kedengaran. Danish tergumam tanpa kata.
"Sudah Lila, tak baik kata macam tu, mungkin jodoh Danish kahwin dua. Tapi Danish, nenda harap Danish tak berat sebelah. Kena pandai bagikan masa antara Naura dan isteri yang ke dua" Lembut suara Puan Seri Engku Faridah menasihat cucundanya. Danish mengangguk lemah.
"Tujuan kami datang nak pinjam budak Tasya ni untuk esok hari, bonda ada pelancaran butik kosmetik takut tak cukup tangan pula nanti" Natasya menutup buku bacaannya.
"Taknaklah Bonda. Nanti apa pula Fiona buat dekat kak Naura-"
"Apa yang dia buat?" Soal Danish memintas percakapan Tasya. Kini semua pandangan beralih arah kepada gadis muda.
"Dia asyik arah kak Naura itu ini, cakap buruk pasal kakak Naura lagi time akak ten-"
"Em!!! Takpe" Naura mencelah sebelum Tasya menamatkan apa yang ingin dilafazkan dari mulutnya yang tak henti-henti menghentan Fiona berang dengan sikap asyik mengarah-arah.
"Ten apa?" Soal Danish semula. Tasya memandang wajah Naura tersekat-sekat rasa anak tekaknya." Tengah tak sihat" balas Natasya.
"Kalau macam ni, Naura ikut bonda balik lah! Duduk dengan bonda dari harus jadi kuli buat betina gatal tak guna!" Bentak Bonda hangat benar rasa hatinya.
"Ergh takpe bonda. Naura baik je dekat sini lagi pun Fiona tak lama lagi nak balik rumahnya kan bang? Kan?"Danish mengangguk lemah padahal dia pun tidak tahu bila Fiona akan pulang semula ke rumahnya.
"Yeke? Baiklah kalau macam tu" Datin Seri pasrah akan keputusan menantunya. "Bonda.. lepas ni boleh tumpangkan Naura pergi pasar tak?"
"Eh? Apa pula minta tolong dekat bonda? Abang kan ada?" Celah Danish apabila keberadaannya seakan tidak diendah.
"Erm yalah" Nada suara sedikit kecewa. Memuncungkan bibirnya dan menunduk sedikit pandangan anak mata.
"Tasya. Esok bonda jemput ye. Bukan lama pun. Sekejap saja." Raut wajah Tasya yang khusyuk dengan novelnya diamati anak mata. Tasya mengangguk lemah.
"Baiklah bonda"
"Baiklah Danish, Naura. Nenda dan bonda datang sekejap je. Janga Naura elok-elok. Jangan sia-siakan dia ye" Nenda ingin bangkit dari duduknya.
"Kenapa terburu-buru ni nenda. Naura belum sempat lagi sediakan minum petanf untuk kita semua" sedikit suram wajah Naura apabila kedua figura ingin meninggalkan kediaman rumah.
"Kami ada urusan dekat butik lepasni. Esok bonda dan nenda datang lagi." Tangan dihulurkan kini disambut dan dikucup mesra oleh kedua pasangan begitu Tasya berhenti dari kekhusyukkan.
"Ingat Danish apa pesan bonda dan nenda. Kalau Naura lari. Jangan nak nangis-nangis depan bonda. Naura. Kalau Danish buat hal. Tinggalkan je lelaki tak guna. Naura masih muda masih ramai yang suka" bahas Bonda membuat hati Danish muram durjana.
"Apa bonda ni!" Rajuk Danish sudah suram wajahnya. "Bonda gurau je" sengih p
Datin Seri Darlila kini sudah menangkat kaki meninggalkan mereka.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...