---
Esakan halusnya kedengaran begitu menyakitkan. Jinhwan pada ketika itu dilihat masih lagi memeluk tubuhnya yang sedang menggigil kesejukan di bawah larut malam.
Dia lebih rela mati kesejukan di sini daripada pulang ke tempat tinggalnya.
Dengan kepedihan yang mendalam di hati kecilnya itu , Jinhwan sama sekali tidak bersedia untuk bersemuka dengan Junhoe lagi.
Jinhwan menekan dadanya yang terasa lelah akibat menangis terlalu lama. Jinhwan sendiri tahu bahawa dia tidak seharusnya terlalu berharap.
Tetapi , apa lagi yang mampu dia lakukan jika hatinya tetap memilih Junhoe?
Mungkinkah Jinhwan hanya perlu tidur bersama lelaki lain untuk membuang perasaan ini? Jika itulah caranya , maka Jinhwan sanggup.
"Hyung?"
Jinhwan pantas menyeka air matanya dengan hujung kemeja yang dipakai. Kepala lelaki itu kemudiannya ditoleh ke sebelah kanan di mana Donghyuk sedang berdiri dengan raut wajah risaunya.
"Hyung menangis?"
Esakan Jinhwan yang masih bersisa berjaya menimbulkan persoalan.
Sungguhpun Jinhwan pantas menggeleng , Donghyuk tahu lelaki yang lebih kecil ukuran tubuhnya itu sedang dilanda masalah.
"Ada apa-apa yang terjadi di tempat kerja hyung ke? Atau.... ada pekerja yang buli hyung?"
Donghyuk yang sentiasa ingin tahu itu kelihatan bersungguh-sungguh mengorek rahsia Jinhwan. Namun , sekali lagi lelaki itu hanya menggeleng.
"Tak apalah.. mungkin hyung tak bersedia untuk ceritakan masalah hyung pada sesiapa. Donghyuk faham. Tapi hyung mesti kuat , okay?"
Jinhwan tersenyum nipis. Syukurlah Donghyuk seorang yang memahami. Sebelah tangannya yang hampir membeku digenggam tangan hangat Donghyuk.
"Mari balik.. di luar ni sejuk. Donghyuk tak nak nanti hyung jatuh sakit lagi."
Dengan berat hatinya , Jinhwan menurut tanpa sebarang bantahan. Dia hanya perlu mengelak daripada bertembung dengan Junhoe buat masa ini.
---

YOU ARE READING
Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔
RomanceRindu? Tidak pernah sesekali pun mereka ungkapkan. Sayang? Semakin tebal dinding ego kedua-dua mereka untuk mengakuinya. Cinta? Hanya nafsu yang akan mengikat mereka selamanya. || 구준회 ft. 김진환 ||