25 장

738 50 12
                                    

---

Jinhwan kini berbaring santai di atas katil kepunyaan Song Yunhyeong. Kedua-dua belah mata sepet lelaki itu masih terkunci kedudukannya ㅡ menatap siling bilik yang kosong tanpa sebarang corak menarik mahupun ukiran grafik.

Jinhwan tidak berjaya mengosongkan mindanya , sekali pun mengubati rasa kecewa dan sedihnya sendirian.

Sehingga kusut fikiran Jinhwan apabila hanya dia sahaja yang sibuk mencari jalan untuk mengembalikan persahabatan yang dahulunya utuh di antara dirinya dan Junhoe.

Seisi rumah itu juga tahu bahawa kehadiran gadis bernama Yeeun tersebut telah mengubah Junhoe hampir 90 darjah.

Jinhwan tidak pernah menunding jari kepada sesiapa soal masalah persahabatan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya , dia dan Junhoe perlu terus berhubung dan bukannya berjauhan seperti saling tidak kenal begini.

"Termenung lagi?"

Jinhwan tersentak menerima teguran itu. Dia pantas bangkit dari pembaringannya.

Dua orang lelaki yang hampir seiras wajah mereka menapak masuk ke dalam bilik itu. Sekali pandang , Yunhyeong dan Chanwoo sememangnya boleh disalah anggap sebagai sepasang kembar.

"Hyung , nak pergi minum dengan kami berdua tak? Yunhyeong belanja."

Chanwoo memeluk lengan Yunhyeong. Jinhwan tersenyum nipis lalu mengangguk. Bukan hanya Hanbin dan Jiwon sahaja yang bercinta di dalam rumah ini , kedua-dua lelaki berbadan tinggi itu juga sama ceritanya.

"Call.."

Mungkin hanya alkohol sahaja yang Jinhwan perlukan pada ketika ini.

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now