Bab 1-Pertemuan

6.5K 235 29
                                    


"Amirah,jangan lupa basuh pinggan dan mangkuk tu!"

Amirah cuma mengangguk laju lalu menyambung kerjanya membasuh pinggan mangkuk yang kotor.

Sudah menjadi lumrahnya sebagai kakak untuk menjalankan segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh ibunya.

"Amirah!"

Tiba-tiba sahaja namanya dilaung sebegitu kuat sekali oleh adik kembarnya.Amirah segera berlari ke arah adiknya yang memekik tiba-tiba.

Tombol pintu dipulasnya lalu dia segera masuk ke dalam bilik adiknya.

"Kenapa dik?"soal Amirah dengan lembut.

Bella mencebikkan bibirnya lalu mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. Jijikkah dia hingga tidak mahu memandang langsung ke arahnya?

"Kerja sekolah aku ni bila kau nak siapkan hah?" Bella lantang bersuara tatkala mencampakkan sebuah buku latihan matematik tambahan ke arahnya.

Amirah pantas mengutip buku latihan tersebut. Kemarahan kembarnya itu cuba diredakan sebaik yang mungkin.

"Adik , lepas akak siap basuh pinggan akak buat tau ? "

"Takde lepas ni. Aku nak kau buat sekarang juga!"

"Tapi dik —"

"Oo,berani lawan cakap aku eh ? Kau dengar sini, kau tu cuma orang gaji dalam rumah ni. Kau kena patuh pada segala arahan aku sebab aku anak kesayangan mama kau faham ke tidak?"

Amirah akhirnya akur akan arahan kembarnya itu. Seringkali dia terfikir, sampai bila lagi dia boleh bertahan hidup dalam keadaan begini ?

Namun, ini takdirnya.

* * *

Keesokan harinya, Amirah seperti biasa menyiapkan pakaian sekolah untuk Bella dan tidak lupa juga sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Setelah puas menilik wajahnya yang cantik, Bella menuruni anak tangga rumah agam milik keluarga mereka dengan angkuh. Mata Bella tertancap pada Amirah yang sedang tekun membaca buku di atas sofa ruang tamu. Bibirnya dicebikkan tanda meluat dengan perbuatan kakak kembarnya itu .

"Weh busuk!" selamba sahaja Bella membahasakan Amirah sebegitu.

Amirah memandang tanpa rasa benci sedikitpun. Baginya mempunyai keluarga sudah pun cukup indah di benak hatinya walaupun dilayan sebegini rupa oleh seisi penguni rumah mewah itu.Ya, kelahirannya bukanlah hal yang diinginkan oleh ibu bapanya.

"Ya dik? Kenapa panggil akak?"

"Aku nak kau datang ke kelas aku waktu rehat nanti."

"Kenapa ya dik?"

"Aku cakap ni jangan nak tanya boleh tak? Meluatlah."

Amirah menundukkan wajahnya manakala Bella sudah tersenyum sinis sambil bermain dengan rambutnya yang ikal mayang itu.

"Weh busuk jom pergi sekolah!"

Bella mengorak langkah terlebih dahulu memasuki kereta Audi berwarna hitam tanpa menunggu Amirah. Setelah Amirah masuk ke dalam kereta, disuruh pula gadis itu supaya keluar semula.

"Mulai hari ni, kau jalan kaki!"

Amirah membuntangkan matanya sambil melihat wajah Bella yang tersenyum manis itu.

"Apa maksud adik? Akak kena jalan kaki pergi sekolah?"

"Eh, sudah gaharu cendana pula . Sudah tahu, banyak kau tanya pula. Piragh! Pak cik Fattah, jalan cepat!"

Kereta mewah itu mula bergerak keluar daripada perkarangan rumah mewah milik Tan Sri Qayyum itu. Amirah ditinggalkan sahaja di situ tanpa belas kasihan.Tanpa membuang masa, Amirah pantas menggerakkan kakinya berjalan pergi ke sekolah.

Sampai sahaja di sana, Amirah berjalan masuk ke kelas seperti biasa. Belum sempat dia ingin masuk ke dalam kelas, beg sekolahnya tiba-tiba ditarik oleh seseorang menyebabkan dirinya tidak mampu melangkah ke hadapan.

Amirah mendongak memandang lelaki yang bertubuh lampai dan kacak itu. Syazwan tersenyum sinis melihat wajah Amirah yang ketakutan.

"Nama kau siapa hah budak?"

Amirah menyembunyikan tag namanya daripada dilihat oleh pengawas berbaju biru itu.Syazwan tergelak melihat aksi spontan itu.

Serta-merta dia membuka zip beg sekolah Amirah lalu menggeledah mencari buku latihan milik gadis itu. Belum sempat Amirah merampas kembali buku itu,Syazwan terlebih dahulu menulis namanya yang tersenarai dalam pelajar yang lewat datang ke sekolah di dalam sebuah buku nota kecil.

"Nur Amirah Farisya binti Tan Sri Qayyum, kutip sampah waktu rehat nanti tau?"

Syazwan berjalan selamba melepasinya manakala mulut Amirah sudah melopong kerana terkejut dengan kejadian sebentar tadi.

Matilah dia kali ni.Sudah tentu dia akan didenda kutip sampah kerana datang lewat ke sekolah.

TBC 💕

Special tag akan ditag pada bab seterusnya 💕

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now