21

250 29 4
                                    

"Kalau betul ni memang hyung.. buktikan..." kata Guanlin. Lalu Sungwoon menumbuk bahu Guanlin.

"Ahhhh sakitt!!!" Jerit Guanlin tapi suaranya tetap dikawal. "Mengada. Dahlah jom masuk" kata Sungwoon.

"Okay tu sumpah Sungwoon. Kalau Jimin mesti dia akan cakap 'eh sakit ke.. hyung minta maaf'" bebel Guanlin sambil gelak masuk bilik hotel.

.....

Hanni sedang mencari beberapa snek di dalam 7e. Sedang dia khusyuk mencari dia terasa something yang akan jadi. Tapi dia abaikan.

Seusai membayar dia terus keluar dan belok ke kanan... setapak.. dua tapak... tiga tapak...

Tanpa dia sedar ada seseorang mengikutinya dari belakang. Orang tersebut makin lama makin menghampiri Hanni.

Dan akhirnya dia menekup mulut Hanni.

.....

Daehwi melihat Woojin. "Woi sedar lah weii... kalau kau tak sedar aku suruh author ni mamposkan kau terus. Takdelah kitaorang punya scene banyak kat dalam wad je dari beberapa episode yang lepas" bebel Daehwi.

Mulut je celupar, dalam hati dia nak sangat Woojin sedar.

YUSUF TAIYOOOOBBB~

phone nya berdering menunjukkan ada orang memberi mesej.

From: unknown

Datang ke tempat 172&&$&$&#*772&2^#&. Kalau tak Hanni dalam bahaya. Aku nak kau datang sorang. Pukul sekian sekian sekian.

Daehwi membacanya. Sumpah ah Hanni kena culik?! Apa yang diorang nak seh.

"Aku kena bagitau Guanlin!!"

"Ye saya!" Entah bila Guanlin datang kat situ. "Guanlin...  cuba baca ni. Ni aku rasa kerja mr. Tuttt lah" Tuduh Daehwi. Guanlin membuat muka toyanya lalu membaca mesej tersebut dan melihat nombor telefon tersebut.

Nombor ni.. nombor Jimin. "Weh ni nombor Jimin weh!" Kata Guanlin terkejut. Daehwi meneliti nombor tersebut. "Tapi kan... kau fikir aku tau ke nombor Jimin apa?" Balas Daehwi.

"Tapi aku tau.. aku kan penjaga peralatan agent-agent. Ada nombor ni dalam laptop kita. Nombor Jimin" terang Guanlin.

Daehwi kurang faham apa yang Guanlin bebelkan. "Oh lupa. Kau tak tau" Guanlin menggaru belakang lehernya. "Apa yang aku tak tau?"

"Daehwi.. sorry. But you need to know this. Aku musuh dalam selimut tu. Baejin dan Jaehwan pun. Tapi kitaorang punya tugas cuma beri maklumat tentang perkembangan M.J je. Lagipun kalau kitaorang tak terima, dia ugut nak bunuh korang. Tapi diorang dah mungkir janji. Jimin agent T.A.A.T jugak. Please trust me Daehwi" Rayu Guanlin.

"Baejin? Sumpahlah. Rahsia apa lagi yang aku taktau ni?" Soal Daehwi terkejut. "Tu jelah kot. Yang tau Meow tu Hanni cuma Jihoon of courselah kan. Baejin, aku dan kau je. Yang tau kitaorang bertiga musuh dalam selimut kau dan Hanni je. Tolong jangan bagitau orang lain" ray Guanlin lagi.

"Habistu.. macam mana ni. Mesti dia nak bunuh aku kalau aku datang tempat tu untuk selamatkan Hanni" Daehwi mula risau.

"Kenapa dati haritu eh kau je yang dia bersungguh-sungguh nak bunuh?" Soal Guanlin. "Tulah.. sampai komplot dengan Sungwoon bunuh aku". Guanlin terdiam.

"Oh jap ada lagi satu. Yang cuba bunuh kau tu bukan Sungwoon yang sebenar. Minda dia dikawal. Entah apa Hanni buat kat Sungwoon. Lalu Sungwoon dah dapat kawal badan dia sendiri" Guanlin menggaru kepala. Lupa pulak nak bagitau.

"Jimin ke yang kawal?" Guanlin mengangguk. "Jap Jimin.. ye Jimin!" Daehwi terus bangun dari duduknya. "Yelah kenapa dengan dia?" Soal Guanlin.

"Panjang cerita. Yang pasti mesti dia paling nak bunuh aku sebab ingat aku Saeran. Macam ni cerita dia" lalu mendekatkan mulut dia di telinga Guanlin.

....

"Jadi.. ni kes cemburulah ni?" Soal Guanlin. "Mungkinlah" Daehwi menjawab. "Kita kena minta tolong Saeran. Dan lagi satu. Kita terpaksa bocorkan rahsia yang korang bertiga ni musuh dalam selimut. Dan pasal Meow tu sekali dekat diorang. Aku taknak ada salah faham" kata Daehwi.

"Pasal kau dengan Hanni couple?" Daehwi terkedu. "Kau tau?" Guanlin dah buat muka bangga. "Taulah..."." Tak.. yang tu takyah bagitau" terus Daehwi menghalangnya. "Jadi nak kumpulkan diorang dengan Saeran sekali ke?" Soal Guanlin.

"Ye.. dan sekarang. Kita takde masa. Suruh diorang datang wad Woojin sekarang jugak" arah Daehwi.

.....

"Kenapa kau kumpulkan kitaorang ni. Ada hal mustahak ke? Dan siapa mamat yang muka dia sebiji macam kau ni?" Soal Jisung. Banyak tanya pulak.

Jadi Daehwi dan Guanlin memceritakanlah dari awal. Diorang terkejut.

"Jadi jomlah call polis. Jangan jadi sinetron pulak. Hero pergi selamatkan heroin dalam bahaya sorang-sorang lepastu bila hero dah mati baru polis nak datang. Tak pun tak datang terus" bebel Minhyun.

"Hyung ni...kuat sinetronlah Minhyun hyung" jeling Daehwi ke Minhyun. "Okay kita call polis. Tapi kita kena suruh polis tu bertindak bila waktu yang perlu. Dalam masa yang sama... Saeran. Kau sanggup tak menyamar jadi aku. Untuk Hanni..?"

Saeran terdiam. Dia berfikir sejenak dan tiba-tiba dia tersenyum. "Aku sanggup"

.....

"Hanni.. Hanni..." panggil suara itu perlahan. Hanni tersedar. Dia melihat sekelilingnya. Badannya diikat. "Haneul!! Unnie.. kenapa Unnie ikat Hanni?!" Kata Hanni sambil cuba melepaskan dirinya.

"Sejak bila aku jadi unnie kau?!" Tengking Haneul. "Sejak azalilah!!" Balas Hanni. "Heh? Kau ahli sihir dan aku manusia biasa. Jadi sejak bila aku unnie kau?" Perli Haneul.

"Unnie kenapa kau kejam sangat. Ingat Hanni nak sangat ke ada ilmu pelik-pelik tu. Semua ni halmoni yang turunkan dekat Hanni. Hanni taknak pun" kata Hanni perlahan. Dalam masa yang sama dia menggunakan kuasanya untuk membuka tali tersebut.

"Sebab tu jugak aku benci kau. Kau hodoh! Kau Bodoh! Tapi kenapa Jimin suka kau dulu!.. sampai sekarang dia masih suka kau!!! Kau bagi jampi apa kat dia!!!" Tengking Haneul.

"Dan bila.. kau hadir bagai satu misteri. Ternyata.. hanya kau harus aku cintai" tetibe Samuel muncul. "Eii kau ni dah kenapa?! Aku suruh kau bunuh ahli Wanna One yang lain kan. Yang kau kat sini lagi asal?!" Tengking Haneul.

"Tak sampai hatilah Bos" sambil membuat muka acah comel. "Lebih baik kau pergi bunuh diorang sebelum aku bunuh kau!!" Arah Haneul.

"Yelah yelah... asal lah author ni kejam sangat buat aku komplot jadi jahat. Tak nampak ke muka aku yang suci murni ni. Tak mungkinlah muka macam ni nak membunuh" bebel Samuel sambil keluar dari bilik tersebut.

Tak lama lepastu...

Pintu dibuka semula.

"Eii kau nak apa lagi Samuel?!" Jerkah Haneul. "Alaaa part aku kat sini je. Nanti dah takde part aku dah. Biar ah aku nak menyelit jap" marah Samuel.

"Ahh yelah yelah cepat!" Haneul dah menggaru kepalanya. "Nae maeum soge Jeojang!! Babai" lalu lari keluar.


Maybe lepas ni chapter terakhir...

AKHIRNYA HABIS JUGAK!!!!!!!!

© | 𝘼𝙂𝙀𝙉𝙏 °ᵂᵃⁿⁿᵃ ᴼⁿᵉWhere stories live. Discover now