Amirah POV
"Mama .. apa maksud mama Mirah kena keluar?"
Debar jantungku memukul dada. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku.
Panahan mata mama terasa amat tajam menggetarkan kalbu. "Ya , memang kau kena keluar dari rumah ni." Mama membuka bicara yang terkunci sejak tadi.
Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatiku. Aku meneguk air liur sendiri dengan hati terkilan.
"Mama tak nak ke bagi peluang pada Mirah?"
"Dah banyak peluang aku bagi pada kau selama ni. Ambik beg kau ni dan masuk ke dalam kereta. Pak cik Fattah akan bawa kau ke rumah baharu."
Bagasi hitam milik aku dicampak dengan selamba di hadapan aku. Hatiku hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu.
Aku terus menghayunkan kaki keluar dari rumah ini. Berat rasanya kaki aku mahu melangkah masuk ke dalam kereta Audi milik keluarga kami.
Aku merenung ke luar cermin tingkap kereta di tempat belakang sambil menitiskan air mata. Tidak lama kemudian , mataku terasa berat dan aku tenggelam dalam perut kereta.
Skip
Deruman enjin kereta yang dimatikan tiba-tiba melanggar gegendang telinga aku. Aku terus tersedar daripada tidur yang lena. Pak cik Fattah berpaling ke arah aku.
"Cik Mirah,ini rumah baru cik."
Aku keluar daripada perut kereta dan mengamati rumah bak istana yang teramat besar. Rasa kagum menjentik diri walaupun masih terselit rasa takut di hati.
"Rumah ni milik siapa Pak cik Fattah?" soalku yang masih tidak mengalihkan pandangan pada rumah agam setinggi 3 tingkat itu. Belum termasuk lagi taman cantik yang terletak tidak jauh dari rumah. Bukan calang-calang orang yang mampu membeli rumah ini melainkan kekayaannya berlipat kali ganda.
"Cik ni Nur Amirah Farisya kan ? Sila masuk ke dalam kerana puan ingin berjumpa dengan kamu."
Seorang perempuan bertudung ayu tersenyum melihatku. Aku membalas senyumannya lalu mengorak langkah masuk ke dalam rumah serba mewah itu. Aku terkejut melihat dekorasi rumah yang sangat cantik terutama chandelier putih yang bertatahkan berlian. Aku tersentak apabila suara lunak seorang wanita menyapa gegendang telingaku.
"Amirah?"
Mata redupnya menjamah mesra wajahku. Senyuman mesra terukir di mulut wanita dalam lingkungan usia 40 tahun itu. Aku mengulum senyuman tipis. Dia mengajak aku untuk duduk di atas sofa.
"Perkenalkan, nama mama Tengku Nur Zahra binti Tengku Jasmaizan. Mulai hari ni, panggil saya mama tau?"
Aku mengangguk malu. Raut muka yang cantik itu aku pandang sekilas. Sungguh aku rasa rindu pada mama. Aku tidak pernah merasa kasih seorang mama dalam hidup aku.
"Amirah"
"Ya,m-mama?"
"Betul ke Puan Sri Ros jual Mirah?" soal mama baharu aku. Aku mengangguk.
"Ya, mama jual Mirah"
"Dan mama orang pertama yang membeli Mirah,"kata mama.
Aku tersentak.
"Sebab mama betul-betul berkenan dengan kamu saat pertama kali mama lihat wajah kamu dalam gambar. Mama akhirnya tergerak hati untuk membeli kamu. Ahli keluarga yang lain semuanya setuju kecuali anak bongsu lelaki mama yang kurang bersetuju. Dia takut mama abaikan dia lah tu."
Aku tergelak kecil. Pertama kali rasa bahagia menjengah diri saat aku bersama seorang wanita yang aku panggil mama.
Skip
Aku masuk ke dalam sebuah bilik yang dihias gaya hipster. Terdapat banyak gambar model hipster lelaki memenuhi ruang bilik itu. Namun bilik ini tersusun kemas dan sangat cantik dipandang. Mungkin kerana hasil dekorasi yang mencuit hatiku. Ya tak silap aku, ini bilik yang mama beritahu tadi iaitu bilik aku.
Aku merebahkan diri aku di atas katil saiz king yang empuk itu. Aku terbau lavender pada cadar katil bilik ini. Sayup dan pilu menghambat perasaan aku tiba-tiba. Membiarkan sejenak fikiranku menerawang kenangan mengusik jiwa.
"Who are you!"
Fikiranku tiba-tiba dikejutkan oleh suara serak basah seorang lelaki. Mata aku membuntang luas dan aku terbangun dari katil itu saat melihat seorang lelaki yang hanya memakai tuala yang dililit di pinggang sahaja. Dadanya berombak-ombak menahan amarah.
"Kau buat apa , perempuan dalam bilik aku ni?"
Tubuh aku terasa menggigil dan lutut terasa lemah.
TBC ❤
Special tag : abejeonkiut 💕
YOU ARE READING
Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018
Romantik"Cinta ini ibarat puding. Nampak sedap dan manis tapi ada juga bahagian pahit yang perlu kita rasa." - Amirah Nur Amirah Farisya, gadis biasa yang tidak pernah mengidamkan dirinya untuk bahagia. Tengku Muhammad Syazwan, seorang lelaki pujaan gadis s...