Safiya yang ralit memerhati fail itu , ditenungnya . Minah ni , dia yang suruh aku datang office dia . Last - last buat aku macam tunggul je kat sini. Apa kes?
"Ada nak cakap apa - apa tak ? ," soal Safiya setelah lama berdiam diri. Tunggu Asyraf mengaku sebenarnya yang dia pergi jumpa abah haritu .
"Kau yang suruh aku datang sini , apesal pulak aku yang kena cakap ?," soal Asyraf kembali. Inilah wanita , tiba - tiba senyap , merajuk , marah . Bila ditanya jawab okey . Biarpun si wanita itu sedang menahan rasa .
"Ouh , okey ," balas Safiya ringkas . Selagi dia tak mengaku, aku akan buat tak tahu jugak. Ah , kesah apa aku. Haritu tak sempat nak pergi serang Asyraf , so , hari ini aku akan pastikan dia jelaskan kenapa dia pergi buat macam tu.
"Sayang , whats wrong ? Kenapa ni ? Cuba bagi tahu , Asy , " suara Asyraf seakan memujuk . Lembut je. Risau sebenarnya , Safiya seakan - akan tak mahu memandang dan bercakap dengannya . Sepatah tanya , sepatah dia jawab .
"Boleh awak tanya kenapa ? Yang awak berani sangat , mengaku benda bukan - bukan depan abah . Cakap nak jadikan saya isteri and so on tu. Awak yang kenapa sebenarnya ?," bebel Safiya , lebih kepada melepaskan geram .
Asyraf tersengih senget . Laa , senang je nak pujuk si Safiya ni . Cakap lembut - lembut , belai - belai sikit . Eh , belai - belai tu kita buat lepas nikah eh ? Sekarang , bukan muhrim lagi . Hehe.
"Abang kenapa ? Abang okey je . Lagipun abang pergi mengaku benda fakta kot dekat abah . So , apa salahnya ? ," bersahaja Asyraf membalas . Matanya dikenyit nakal kepada Safiya yang seperti mahu menelannya .
"Gila ," Safiya menjeling . Nak muntah dengar Asyraf cakap macam tu . Eii , abang sayang bagai . Sah mamat ni gila !
"Gilakan sayang , apa salahnya kan ? ," Asyraf tergelak kecil. Safiya looks so cute .
"Dah keluar , benci tengok muka awak , " tegas Safiya menghalau . Makin dilayan , makin menjadi - jadi.
"Tak mau , nak tengok puas - puas . Esok dah tak boleh nak tengok muka sayang," wajah bersih Safiya ditenung untuk bekal seminggu nanti . Yelah , si Farhana call tadi . Syarikat daddy dekat Paris ada masalah . So , daddy amanahkan aku untuk uruskan .
"Suka hatilah ," fail - fail tadi , dibuka kembali. Banyak kerja yang tak sempat dia semak . Pening tak usah cakap . Overtime je selalu dia kerja .
Dari kening Safiya , ditilik Asyraf . Terbentuk cantik , desisnya . Anak mata Safiya tak terlalu hitam , tapi nice . Hidung macam memang sah - sah menurun abah dia , Encik Khairul . Bibir dia tak terlalu kecil , tapi tak terlalu besar . Sedang - sedang je . Sesuai dengan wajah Safiya . Tapi yang penting , memang cukup sempurna dimata Asyraf .
"Dah puas tilik muka saya yang cantik ni ? ," suara Safiya menyentakkan Asyraf dari menilik lebih lanjut mengenai wajah bersih Safiya. Kantoi pulak .
"Perasannya sayang saya ni ," selamba Asyraf mengutuk Safiya . Biarpun Safiya memang cantik .
"Tersengih - sengih tengok muka saya . Macam orang tak betul , tahu ? Kalau tak makan ubat lagi , saya boleh minta tolong nurse ambilkan . Its okey , my treat ."
Asyraf tersengih kelat . Ubat ? Bunyi pun dah seram . Kalau tertelan , mahu pengsan agaknya . Laju kepala menggeleng . Tak mau - tak mau !
Safiya tersenyum simpul . Takut ubat rupanya si mamat ni .
"Tak mau ubat , pergi balik . Menyampah saya nak menghadap muka awak ," halau Safiya . Wajah Asyraf , dipandang . Seketika , dadanya berdebar . Err , dah kenapa berdebar semacam ni ?
"Okey lah . Saya balik dulu. Ada kerja nak buat . Sayang , take care . Kalau rindu abang , chat or call okey ? Bye . Muah ." Asyraf tersengih gatal . Safiya menjeling . Geli geleman tekak dengar Asyraf cakap macam tu . Rindu dia ? Urgh memang tak lah !
"Dah pergi balik . Shuhh shuhhh ," halaunya lagi . Asyraf melambai sebelum keluar .
Safiya memegang dadanya . Kenapa dia rasa macam ni ya ? Takkanlah ...... No ! No ! Mustahil ! Mengarut!
Safiya tak sukakan Asyraf kan ?
Ya !
Sukakan ?
Ya . Eh tak !
Err . Syntax error .
***
Soryy for short update. Tak sempat nak write banyak² .
Apepun, hapy reading!
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...