Tiga hari Asyraf menghilangkan diri , membingungkan Safiya . Mana mamat ni menghilang . Biasanya , dia cukup dengki kalau hidup aku tenang sehari tanpa gangguan dia.
Last jumpa tiga hari lepas , dekat hospital . Time aku acah - acah nak marah dia , last - last aku yang sakit hati. That time , dia ingat yang Asyraf cakap dia nak tengok muka aku puas - puas untuk bekal . Tapi dia ke mana ?
Wait , wait . Sejak bila Alanna Safiya rajin kesah pasal dia ni ? Lagi - lagi kepada pakcik yang hobinya menyakitkan hatinya ?
Pipi aku tampar perlahan , kau kenapa ni Safiya ? Angau ? Tak , tak ! Nonsense . Kenal tak sampai separuh tahun , takkan dah jatuh suka ?
Ting .
Telefon bimbitnya berbunyi seketika . Dadanya Safiya berombak laju . Dari Asyraf ke ? Hope so .
Asyraf :
Already miss you . Take care love .
Gulp ! Terasa seakan rama - rama berterbangan di dalam perutnya . Berbunga - bunga hatinya. But , boleh percaya ke si mamat ni ? Kalau rindu , kenapa dia tak datang sini ? Kenapa tak call ?
Alah , kau je lah call Safiya , hatinya seakan - akan berbicara menjawab pertanyaannya .
Ahh, tak nak lah ! Nanti nampak aku terhegeh - hegeh dekat dia .
Kenapa fikiran aku asyik fikir pasal dia je ? Aku dah kenapa ? Keep calm Safiya , tarik nafas , hembus . Tarik , hembus . Ok now , aku kena buat kerja untuk lenyapkan Asyraf dari bermain di fikiran aku.
"Hang ,okey ka ? ," soal Aira . Daripada tadi dia perhatikan Safiya . Seolah - olah berada di dunianya sendiri. Sekejap tersengih , sekejap mencebik .
"Oke ja. Kenapa ? ," lamunannya tadi diusir jauh . Wajah Aira , dipandang . Dah lama tak jumpa minah ni.
"Tak ada pa aih . Aku risau . Yelah , kau nampak lain . Kau ada masalah ? ,"
"Mana ada nampak lain . Masalah ? Orang macam aku pantang tak ada masalah . Bukan senang nak urus hospital besar gedabak tu. So , masalah ni tak ada lah menyusahkan aku. Sebab dah jadi tanggungjawabkan ? ," dulu susah juga nak sesuaikan diri jadi pengurus besar hospital tu , tapi bila dah lama - lama . Semua perkara jadi biasa .
"Yang itu aku tau . Kalau tak , tak adanya Uncle Saufi berani bagi kau handle. Maksud masalah yang aku cakap tu , masalah peribadi . Cinta ka ? Atau kau tak boleh move on lagi dari Danish gila tu ? ," selamba mulut Aira mengutuk Danish gila.
Safiya tergelak. Anti sungguh dengan Danish si Aira ni . Macam dia pulak yang kena fake hope .
"Tak adanya. Peribadi aku okey je ," auta Safiya . Biarpun dirinya berperang dengan diri sendiri tentang Asyraf .
"Okey la kalau gitu , "
"Kau dengan Qayyum macam mana ? Bila nak nikahnya ?, " usik Safiya . Tapi ada benarnya juga . Tak silap , dah nak masuk setahun diorang bercinta . Takkan tak ada angan - angan nak kahwin dan ada anak ?
"Okey . Haa , nasib baik kau ingatkan. Ni ," Aira menyeluk tangannya ke dalam handbeg nya sebelum mengeluarkan kad berwarna merah jambu .
"Siapa punya ni ? Jangan cakap yang kau–––– , "
Aira mengangguk , mengiyakan . Safiya menjerit , teruja . Aira dipeluknya .Kawan aku dah nak nikah wey ! Siapa je tak sukakan . Syukur , makbul jugak doa aku selama ni.
"Bila ni ? ," soal Safiya , meleraikan pelukan .
"Awal tahun depan , insyallah . Kau jadi pengapit aku ya ? Jangan cakap tak boleh eh . Kau orang kedua tahu ni , selaku best friend till jannah aku ,"
Safiya mengangguk , matanya masih menilik kad kahwin yang wangi di tangannya .
Qayyum 💖 Aira
Comelnya ! Desis Safiya . Agak - agak aku dengan siapa ya ?
"Yang kau tersengih - sengih tengok kad aku tu kenapa ? Gila eh ?," soal Aira . Safiya menjelingnya . Nak sengih pun tak boleh ke ?
"Kau tahu , anak Tengku Ahmad si , Asyraf . Berubah gila wey ! . Ketara sangat . Aku pun tak faham kenapa . Tapi ramai cakap yang dia ada minat dekat sorang doktor . Kiranya cinta mati la kut , sampai berubah , tak keluar dengan perempuan sampai tengah malam macam sebelum ni , " Aira mula membawang . Senyuman Safiya mati .
Asyraf berubah ? Minat dekat sorang doktor ? Aku ke ?
Eh , tak . Tak mungkin . Bukan aku sorang doktor dalam dunia ni . Ramai lagi . Desisnya , kecewa .
"Doktor hospital mana ? ," laju sahaja mulut Safiya bertanya . Padahal dia tak nak pun tanya . Ish , inilah mulut tak support tuan dia .
"Rasanya hospital kau . Takkan kau tak ternampak yang dia ada rapat dengan mana - mana doktor dekat situ ? Peliknya ," omel Aira dihujung ayat . Safiya mengigit bibir bawah .
Siapa ?
"Rugi betul aku tak tackle Asyraf dulu . Tak sangka pulak , kerana seorang wanita dia sanggup berubah . Sweet gila !," rungut Aira . Terbayang - bayang jika dia menjadi wanita pilihan Asyraf. Ahh , seperti dunia ini––– .
"Kau tak payah mengatal sangat eh . Aku report dekat Qayyum kang !," Safiya menjeling . Gatal sungguh . Tak padan tunang orang .
"Kau tolong jadi stalker aku ya ? ," pinta Aira tiba - tiba .
"Stalker siapa pulak kau ni ? ," soal Safiya , hairan. Rasanya dulu dia ambil bidang medic bukan stalker tu semua .
"Asyraf lah . Tengku pun curious nak tahu siapa yang berjaya buat anak dia berubah ,"
Safiya tercengang. Gulp . Macam pelik je bunyinya.
"Kalau aku tahu siapa , Tengku nak buat apa je dekat doktor tu ?,"
"Pinangkan la kot . Sebab dah lama dia nak tengok Asyraf berubah , macam - macam cara tak jalan . Last sekali , Tengku arah Asyraf cari calon isteri , kahwin then pangkat CEO jadi milik mutlak Asyraf ," cerita Aira serba sedikit. Kenapa Safiya nampak macam berminat ? Kalau berminat baguslah , lagi cepat Safiya stalker , lagi laju aku tahu . Tak gitu ?
"Teruknya ," omel Safiya . Kesian bakal isteri dia , Asyraf nikah semata - mata nak dapatkan jawatan tu je .
"Apesal pulak ? ," berkedut dahi Aira . Tetiba cakap teruk si Safiya ni .
"Yelah , disebabkan arahan Tengku . Bakal isteri Asyraf jadi mangsa ,"
"Mangsa apa pulak kau ni ? ,"
"Tak apalah , kau bukannya faham . " Safiya memeluk tubuh . Aira hanya memerhati . Kenapa dia seperti rasakan yang si Safiya ni emo semacam ? Takkan Safiya si doktor yang dimaksudkan selama ini ? Tak mustahilkan ? .
Bibir Aira terlakar nakal . Kita tanya bie bie kita untuk lebih lanjut ! Kenapa sebelum ni tak terlintas nak tanya eh ? Padahal Qayyum rapat kot dengan Asyraf .
Wait and see . Aira akan jadi penyiasat sambilan buat bff !
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...