Kisah permulaan

47 10 9
                                    

Aliya masih lagi berangan angan di depan cermin bahawa dia lah yang paling cantik di dunia ini,dan pada tahun hadapan dia akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada bulan itu ialah bulan November iaitu cuti panjang semua sekolah.

Ibu dan ayah Aliya bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu di mana kampung halaman ayah Aliya.Aliya pun tidak sabar hendak ke sana kerana dia lama sudah tidak menjenguk atuk dan neneknya dan menikmati kuih muih yang selalu dibuat oleh neneknya semasa dia sampai.Tetapi kakaknya tidak dapat ikut mereka kerana kakaknya belum cuti.

Semasa dalam perjalanan ke Airport, tiba tiba ayah Aliya ternampak beberapa orang keluar dari kereta masing masing jadi ayah Aliya pun ikut keluar semasa berada di jalan raya kerana kesesakan lalu lintas yang agak lama.

'Encik boleh tumpang tanya ada apa apa yang berlaku ke?' tanya ayah Aliya kepada seorang lelaki.

'Ada kemalangan berlaku kat depan sana tu' kata lelaki itu.

'Apa kemalangan !' Kata ayah Aliya.

Ayah Aliya pun berlari ke depan untuk melihat dengan lebih dekat.

'Ya Allah , ya tuhanku 'kata ayah Aliya

Dan pada masa yang sama kakaknya yang bernama Aisyah pun turut berada di tempat kemalangan tersebut.

'Eh Along kenapa kat sini' kata ayah' kata ayah Aliya.

'Tadi Along nak gi kursus , tiba tiba ada kemalangan.Along tengok rupanya satu U dengan Along jadi Along cuba lah call kawan dia'kata Aisyah.

Setelah beberapa minit kemudian sampai lah ambulans yang akan bawa mangsa kemalangan itu ke hospital.

'Along nak gi mana tu' kata ayah Aliya

'Nak gi hospital ' kata Aisyah

'Ayah nak ke airport ni dah lambat dah, jadi Aisyah tak kesah ke sebab Aisyah nampak pucat je' kata ayah Aliya.

'Takpelah ayah, nnti sampai kat sana kirim salam kat atuk ngan nenek' kata Aisyah.

Lalu ayahnya mengeluarkan sedikit wang saku dari poketnya lalu diberikan kepada Aisyah.

'Ayah tak payah lah susah susah nak bagi along duit kan ibu dah bagi' kata Aisyah.

'Takpalah nanti duit kamu tak cukup ini extra je ayah bagi' kata ayah Aliya.

'Terima kasih ayah , along pergi dulu' kata Aisyah

'Sama sama' kata ayah Aliya.

Mereka pun akhirnya sampai ke airport.

'Nasib baik kita tepat masa' kata ayah Aliya.

Ibu dan Aliya hanya tertawa kecil.

Cerita seterusnya mereka berada di kapal terbang.Saya tak ceritakan sebab semua orang dah pernah naik kapal terbang kan kalau belum pun dah nampak kat drama ke movie.

KisahnyaWhere stories live. Discover now