PART 2

788 34 0
                                    

Aina kaut nasi yang masih berasap ke dalam pinggan. Bengangnya pada Akil sejak pagi hingga ke petang tadi masih bersisa. Tadi Akil bertanya dia balik pukul berapa. Ingatkan dia nak datang ambik, dia pun tunggulah macam patung cendana kat bawah ofis. Entah macam mana, nasib dia sangat baik bila ketuanya, Puan Hazirah mahu menumpangkan dia pulang dan sampai saja di rumah, Akil lepak di depan peti televisyen langsung buat muka selamba. Tak ada rasa bersalah langsung! Arghh! Dia tak sepatutnya percaya dengan mamat senget tu! Bengong!

Lamunan Aina hilang saat kerusi di depannya di tarik. Saat dia angkat muka, wajah Aiman, abang kepada Akil sedang senyum memandang dirinya, "Kakak masak ke?"

Aina laju menggeleng, "Mana... mama yang masaklah."

Aiman mengangguk. Dia perhatikan saja lincah tangan Aina yang mencedok nasi ke atas pinggan. Dalam pada itu mindanya mula menerjah ke pertemuan dia dengan si kekasih hati tadi.

Aiman mengeluh tiba-tiba, penat. Letih dengan keinginan pihak sana. Rasa macam tak dihargai pun ya juga.

"Along, ayah kata jangan mengeluh depan rezeki," Aina ukir sengih sebelum meletakkan pinggan berisi nasi putih di depan Aiman.

Aiman tersenyum. Aina yang mencedok nasi di pinggan lain dipandangnya, lama.

"Kenapa Along pandang budak tu macam tu?" Aiman tersentak. Aina panggung kepala. Akil berdiri di pintu dapur dengan wajah ketatnya, seperti biasa.

"Lah, pandang adik sendiri. Salah?" Aiman ukir sengih bila Aina dah pandang dia lain.

"Adik yang boleh dikahwini, along. Jangan lupa hakikat tu," ujar Akil sebelum tarik kerusi di sebelah Aiman.

Aina ketap bibir. Ni dua orang manusia ni sembang macam aku pekak pulak. Aku boleh dengar kot!

"Along tak lupa, ngah. Beruntunglah along kalau kahwin dengan Aina, " Aiman sembunyi senyum yang menguntum bila Aina jegilkan mata kepadanya dan Akil yang berubah langsung wajahnya.

"Siapa yang nak kahwin dengan kakak? Ayah dari ruang tamu boleh dengar, along," ayah muncul dengan wajah keliru.

"Angah! Angah yang nak kahwin dengan Aina," serentak, tiga pasang mata memaku pandangan pada Akil. Akil angkat kening. Aku salah cakap ke? Seketika kemudian, dia bagaikan tersedar. Aku cakap apa tadi?!!

Aiman ketawa. Gotcha, brotha!

"Betul ke angah?" Ayah dah teruja.

"Mana. Saja mengusik kakak," balas Akil lalu dia labuhkan punggung di kerusi sebelah Aiman.

Ayah ketawa, "Kalau betul pun, apa salahnya?"

Akil dah ketap bibir. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... kahwinlah jawabnya. Sempat dia mengerling Aina yang nyata mati kata. Heh, takkannya aku kahwin dengan budak ni!

Seminggu berlalu selepas kejadian Akil kata kononnya nak kahwin dengan Aina. Jadi bahan gelak saja sejak kejadian itu. Siapa yang gelak? Haruslah Anim dan Azim. Benci sungguhlah! Akil pulak, saban masa cari pasal dengan dia. Grrr! Geram!

Aina bersila di sofa ketika pintu rumah dibuka dari luar. Aiman dengan kemeja kerjanya masuk ke dalam rumah dengan wajah yang letih.

"Kakak, tolong buat air untuk along, boleh?"

Aina lantas mengangguk, "Nak air apa, along?"

"Anything can do. Sejuk, eh?"

Aina mengangguk sebelum laju meninggalkan Aiman yang sudah bersandar di sofa sebelum keluar semula dengan segelas air jus oren di tangannya, "Along, ni airnya."

AKIL + AINA = CINTAWhere stories live. Discover now