Aina garu kepala yang tak gatal. Sejak pulang dari Giant tadi, hatinya bagai ada rasa tidak enak, apatah lagi melihat wajah Akil. Tenang tak beriak. Tiada kata-kata sinis mahupun sindiran. Selalunya kata-kata itu yang amat dia benci tapi hari ini dia ternanti-nanti.
"Termenung?" Bahu Aina dilibas sekilas dengan majalah di tangan.
"Along!!" Aina buat muka.
Aiman ketawa sebelum kembali mengadap laptop yang terpasang. Tadi lepas berdating, dia bergegas balik untuk siapkan slide perbentangan hari Isnin ni.
Along, kakak nak tanya sikit boleh?" Aiman yang sedang mengadap laptop mengangguk sebelum matanya memandang Aina.
Aina ketap bibir lalu dia ukir senyum serba-salah, "Siapa Naz? Apa kaitan dia dengan angah?"
Aiman tergamam. Soalan yang dia tak jangka nak terima, "Mana kakak kenal Naz tu?"
"I've met her today. Kat Giant. Waktu tu kakak beli barang dapur dengan angah."
Aiman tiba-tiba ukir sengih, "Aik, keluar dengan angah?"
"Along..." Nada suara Aina ketika itu seolah-olah sedang memberi amaran.
Aiman ketawa, "Angah kenalkan Naz dengan kakak?"
Aina geleng, "Angah tak kenalkan tapi si Naz tu yang kenalkan diri dia."
"Terkejut tak tengok dia tu?"
Aina laju mengangguk, "Muka dia... kakak macam tengok diri sendiri. Bezanya dia free hair."
Aiman senyum, "Mungkin sebab tu angah kureng sikit kot dengan kakak."
"Lah, kenapanya? Kakak bukan Naz."
"Memang tapi angah nampak Naz dalam diri kakak kot," Aiman hela nafas.
"Tapi apa kaitan Naz dengan angah?"
"Naz tu bekas tunang angah."
Aina tergamam. Mamat tu pernah bertunang?! "Ke... kenapa dia orang putus?"
"Panjang ceritanya," Aiman hela nafas lalu dia menggeleng, "Along tak nak cerita sebab aib orang. Lagipun, angah kalau tahu orang cerita pasal benda ni, mengamuk seminggu. Kita tutup cerita, ya?"
Aina mengangguk walaupun dia masih tidak berpuas hati. Baru dia tahu kenapa Akil layan dia teruk sebab wajahnya yang serupa dengan Naz. Mesti ada sesuatu yang Naz buat, kan? Yang jadikan Akil turut membenci dia.
Aina pusingkan gelas yang ada di tangannya. Mindanya masih memikirkan perihal Akil dan Naz. Dia rasa sangatlah tak puas hati dengan Akil kerana melayan dia teruk hanya kerana wajahnya yang serupa dengan Naz. Ini tidak adil! Gelas di tangannya dihempas ke atas meja.
"Kau apahal? Meroyan?" Akil melangkah masuk ke dalam dapur. Pelik sungguhlah budak perempuan ni.
"You can't treat me like this!"
Akil kerutkan dahi. Kenapa pulak dengan budak mulut puaka ni? "Kau ni kenapa? Tiba-tiba je?"
"Angah..." Aina hela nafas. Dia teringat pesan along supaya berbaik dengan Akil, supaya Akil sedar yang Aina bukan Naz.
"Kau demam ke panggil aku angah ni?"
"Tak, aku gila agaknya!" Gumam Aina, rendah sebelum kembali bersuara pada Akil, "Kakak bukan Naz!"
Muka Akil berubah sikit kemudian dia mengangguk, "Aku tau kau bukan Naz."
"Then stop treating me like I'm Naz!"
"Maksud kau apa ni? Cuba straight to the point."
Aina hela nafas, "Kakak tak suka angah layan kakak teruk hanya sebab muka kakak macam Naz. Kakak bukan Naz!"
YOU ARE READING
AKIL + AINA = CINTA
Romance"Along dengan angah memang adik beradik ke?" Soal Aina pada Aiman yang masih bersandar di sofa, kepenatan. "Maksud kakak?" Aiman pandang Aina, sekilas. Aina angkat bahu, "Tak adalah. Kakak tanya macam tu sebab along baik gilaaaa tapi,angah tu jahat...