1

787 14 3
                                    

"Ee jangan main dengan aku lah! Mak aku tak bagi!"

"Haah! Mak aku pun tak bagi!"

Bentak kanak-kanak perempuan itu setelah Del meminta izin untuk bermain bersama. Del yang mendengar jawapan itu terus terkedu. Dia berdiri kaku menelan air liur.

Del memeluk anak patungnya lalu diusap. Gentar dengan jelingan maut dari setiap orang kanak-kanak itu. Kepalanya tunduk sahaja. Langsung tidak diangkat. Malu untuk melihat sekeliling. Anak patung itu menjadi tempat matanya menatap di dalam situasi sebegitu.

Tiba-tiba Del menjerit kecil. Lantas dia mengangkat wajah melihat gerangan budak perempuan yang seenaknya merampas dan mencampak anak patungnya.

Del menangis. Bibir diketap. Badannya mula menggeletar menahan sebak. Hujung lengan bajunya digenggam erat. Sesekali Del mengesat air mata.

Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia mengambil keputusan untuk mengambil semula anak patungnya lalu beredar.

Belum sempat Del membuka langkah, tiba-tiba tubuhnya ditolak kasar oleh salah seorang dari mereka sehingga jatuh. Mereka semua ketawa mengejek sambil menunding jari ke arahnya. Seronok melihat Del jatuh sebegitu.

Del buntu. Air matanya semakin laju mengalir. Wajahnya pula mula kemerah-merahan.

Del masih terduduk. Lututnya diangkat perlahan. Jari jemarinya menguis-nguis kain seluarnya yang terkoyak lalu membelek. Dia mendapati lututnya terluka. Juga ada tompokan darah yang melekat di kain seluarnya.

Del menahan pedih. Memaksa diri untuk bangun. Rasa sakit yang Del rasakan diabaikan. Del berdiri tempang. Pakaiannya dikemaskan.

Di dalam pemikirannya sekarang hanya mahu pulang ke rumah. Tetapi tidak tahu bagaimana caranya jika dia diperlakukan seperti ini.

Air matanya gugur setitis demi setitis. Basah kelopak matanya akibat menangis.

Mata-mata disitu semakin khusyuk memerhati adegan mereka. Walaupun banyak terdiri daripada orang yang berumur tetapi tidak ada seorang pun yang mahu datang membantu. Orang-orang hanya memandang enteng. Sudah biasa barangkali melihat kejadian ini?

Del melihat orang sekeliling mula berbisik dan menjeling ke arahnya. Salah ke dia dalam hal ini? Sebak dadanya ditahan. Malu, kesal, sedih. Tiga perasaan itu bercampur baur.

Akhirnya Del mendapatkan anak patungnya. Kepala ditunduk memandang bawah. Langkahnya dibuka perlahan. Del menuju kehadapan cuba merapati kanak-kanak tadi.

Kanak-kanak itu memandang aneh. Del menghulurkan tangan kanan kepada mereka tanpa teragak-agak. Ya, dia ingin meminta maaf. Walaupun dia sedar bahawa dia tidak bersalah.

Secara langsung salah seorang dari mereka menampar salaman itu.

"Tak payah salam-salam lah! Kau tu haram! Tahu tak?!"

Del tersentak hebat apabila mendengar setiap bait kata itu. Bahunya terhinjut. Seolah-olah terkena renjatan elektrik. Seelok tadinya air mata sudah kering, kini mengalir laju kembali. Sendu tangisnya makin menjadi-jadi.

"Hey! Pergi!" Teriak seorang pakcik menghalau kanak-kanak itu. Dia memprotes Delina. Lama dia menahan marah. Panas hatinya melihat kanak-kanak semuda itu bersikap sedemikian.

Tanpa ragu-ragu Del mengundur diri perlahan ke belakang.

Rambutnya yang terjuntai diselak ke belakang telinga. Del mengesat sisa baki air mata. Baginya, hari ini paling memalukan. Tidak tahu kenapa. Walhal kejadian ini sudah berulang-kali berlaku.

Del memandang orang sekelilingnya satu per satu sebelum meninggalkan kawasan itu.

"Tak apa nak, kau balik rumah ye.."

Satu senyuman dilemparkan kepada pak cik itu tanda terima kasih. Kepala diangguk sekali.

Dia berdalih tubuh ke belakang. Lantas berlalu laju meninggalkan kawasan itu. Tempat kediamannya menjadi tujuan.

Langkahnya diperlahankan apabila sudah terasa lelah. Nafasnya tercungap-cungap. Luka dilutut semakin terasa pedihnya. Peluh pula membasahi baju- T.

Del cuba menenangkan diri. Nafasnya ditarik perlahan lalu dihembus. Anak patung dipeluk erat bagi mengurangkan perasaan yang dirasai sekarang ini.

Sambil itu Del tidak berhenti berfikir suatu hal. Dia takut dimarahi ibunya jika ketahuan. Pasti dia akan dihukum supaya tidak keluar dari rumah lagi.

Sebenarnya Del cuma perlukan kawan sebagai peneman. Kehidupannya sebagai anak tunggal sungguh membosankan. Dia sunyi.

Dengan status mentalitinya yang sebegitu, ia menjadi salah satu punca mengapa orang tidak mahu berkawan dengannya. Bukan itu sahaja, penduduk disitu juga mengetahui pekerjaan ibunya sebagai pelacur dan status Delina Azzahra iaitu

Anak luar nikah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Delina AzzahraWhere stories live. Discover now