Bab 9 - Keputusan Mengejut

343 21 0
                                    

Hari ini Eleeza pulang ke kampung bersama dengan Nazim. Keluarga dan adik beradik Nazim juga berada di rumah. Mereka ingin membincangkan hal perkahwinan mereka. Gembira sakan kedua belah keluarga merestui niat suci Nazim ini.

"Apa ayah, nikah terus?" terkejut Eleeza mendengar keputusan Riduan.

"Iya. Nikah terus," balas Riduan tenang.

"Tapi ayah, Eza akan ke Holland untuk pertandingan dua hari lepas tarikh itu," Eleeza berusaha untuk tidak mempersetujui keputusan Riduan.

"Apa bezanya Eza dah kahwin ke, belum ke dengan pertandingan di Holland tu? Perkara yang baik tak elok dilengahkan," pujuk Riduan.

"Pak cik sokong," ucap Syed Husin

"Betul tu, saya pun setuju. Status Eza tetap sama untuk mewakili skuad Kebangsaan ke Holland. Saya tak bantah," Nazim juga berusaha memujuk Eleeza.

"Tapi jika dilihatkan tarikh pernikahan dan persandingan ni berlangsung tiga hari sebelum saja bertolak ke Holland. Maksudnya sebaik sahaja selesai majlis di rumah lelaki. Saya akan terbang ke Holland. Takkanlah nak kelam kabut macam tu. Jadi saya cadangkan buatlah lepas saya pulang dari Holland," pinta Eleeza.

"Lepas itu saya susah ambil cuti. Ada banyak operasi. Sudahlah nak dekat raya," cerita Nazim.

"Kata Eza pun ada betulnya Zim," Syed Husin menyokong cadangan Eleeza.

"Zim, nak majlis dilangsungkan segera. Eleeza ni ramai sangat peminatnya. Susah hati Zim kalau tak ikat dia betul-betul," ucap Nazim terus terang.

"Amboi tak menyempat-nyempat," gelak Mak Leha.

"Dah lama ternoda ni Mak Long," sengih Nazim buatkan semua gelak terburai. Gamat seketika rumah Riduan. Eleeza juga yang terpinga-pinga.

Tidak disangkakan yang dia akan mengakhiri zaman bujangnya dalam enam minggu lagi. Semua berjalan begitu pantas. Atlik lain sibuk mempersiapkan diri untuk kejohanan, Eleeza pula mempersiapkan diri untuk perkahwinan dan kejohanan.

Memang kecoh klinik Eleeza bila mendengar berita perkahwinannya yang super dupper express. Riduan dan Syed Husin memang cekap menguruskan majlis perkahwinan anak-anak mereka. Terduduk Eleeza mendengar laporan persiapan perkahwinan yang dikemaskini oleh Riduan padanya selang dua hari.

"Siapa yang tak sabar nak nikah ni?" soal Eleeza.

"Nazim memang tak sabar nak nikah. Ayah pulak tak sabar nak jadi atuk....macam mana persiapan Eza ke Holland?" soal Riduan.

"Eeee... Eza seram sejuk dengar ayah cakap macam tu. Stop kejaplah cakap pasal kahwin. Eza nak fokus pada kejohanan. Ni Eza dalam perjalanan ke kem tiga hari di Benut, pagi Jumaat nanti baru Eza sampai kampung. Petangkan masa nikah tu, sempatlah," Eleeza menjelaskan jadual terakhirnya sebelum mempersiapkan diri dengan status baru lepas ini.

"Eza memandu sendiri ke?" soal Riduan risau. Jadual Eleeza memang padat sungguh di saat akhir ini. Risau jika terlalu terkejar-kejar, penat pulak Eleeza. Simpangkan segala yang tidak diingini.

"Tidak. Eza dengan Lisa. Housemate Lisa tu,"

"Oooo pilot perempuan tu...yalah. Yalah. Jadi ke majlis persandingan hari sabtu nanti, ada majlis istiadat?" soal Riduan.

"Ada, ayah. Kawan Eza, Mejar Parsha yang uruskan semuanya. Nombor telefon ayah pun Eza dah berikan pada dia. Kalau ikutkan cerita dia dalam enam belas orang," cerita Eleeza.

"Nazim tahu?"

"Sudah. Eza dah sms dia, nak telefon tak sempat sebab dia pun sibuk juga," luah Eleeza.

"Mmmm... entahlah. Ayah pun tak tahu nak cakap apa, kamu berdua ni sibuk mengalahkan PM," geleng Riduan.

"Itulah, Eza dah cakap hari tu yang jadual Eza padat dan ketat. Semua nak juga adakan majlis sebelum Eza berangkat. Takut sangat Eza ni berubah hati," sengih Eleeza.

"Hahahaha... itu bakal suami Eza yang cakap. Ayah okey je."

SHE'S THE ONEWhere stories live. Discover now