A#02

65 4 0
                                    

<Saeyoung pov>

Huarghhh! Aku menguap dengan luas sekali.Bukan apa,aku masih mengantuk dan badan aku ni masih terasa lagi letih akibat aku jalan-jalan dengan Jinyoung tak ingat dunia semalam.Aku terus bangun dari tidurku untuk misi mencari kerja baru.Ye la,mesti kena kerja.Takkan nak jadi penganggur seumur hidup dan hanya bergantung dengan duit oppa dan omma aku je.Hello aku bukan anak yang macam tu okey!

Tanpa membuang masa,aku terus mencapai tualaku lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi.Setelah selesai mandi aku terus menyarungkan pakaian yang sesuai untuk pergi cari kerja.Aku terus menuju ke meja solek.Lipstick yang berwarna pink natural menjadi pilihanku.

Setelah selesai bersolek secara simple,aku terus mencapai handbag yang berada di atas katil dan terus turun ke bawah.Mseti korang semua tertanya-tanya tentang oppa kau kan? Selalunnya dia akan kejut aku dari tidur.Hari ni dia dah pagi-pagi lagi keluar.Katanya dia ade banyak produk yang perlu dia jadi model.Sebab tu la aku malas nak jadi model.Kadang-kadang oppa aku takkan balik rumah sehari sebab banyak sangat kerja.Memenatkan.

Jam jenama Guess dilihat dan ia telah menunjukkan tepat pukul 7 pagi.Aku terus keluar dari rumah dan aku memilih heels berwarna hitam.Aku malas sarapan sebab kalau aku buat sarapan pun siapa yang nak makan.Lagipun omma bukannya ade pun.Dia pergi rumah kawan dia dekat Busan.Dari semalam lagi dia pergi.Aku terus menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari perkarangan rumah.

SKIP

Kini aku berada di Starbucks.Aku terus mengeluh bila aku belum lagi mendapat kerja.Aku segera melihat jam tanganku dan ia telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari.Tadi aku dah pergi 5 tempat untuk di interview tapi semuanya tak dapat dan tak sesuai dengan aku.Haishhh malang sungguh nasib aku.Aku terus menyedut air coffee yang telah aku pesan sebentar tadi.

Setelah selesai minum,aku terus beredar dari Starbucks tersebut.Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sebab aku dah tak larat nak pergi cari kerja.

SKIP

Sampai sahaja di rumah,aku terus masuk ke dalam bilik aku untuk berehat.Aku terus masuk ke dalm bilik air untuk mandi.Setelah selesai mandi,aku menyarungkan singlet putih dan juga short pants.Bila tiada benda nak dibuat,aku terus baring di atas katil untuk tidur.

×××××××××××××××××

<Author pov>

Manakala di situasi lain,terdapat seorang lelaki yang berumur 26 tahun sedang leka bermain dengan kereta mainan miliknya di ruang tamu.Ruang tamu tersebut bersepah dengan pelbagai jenis mainan.Manakala omma lelaki tersebut hanya melayan sahaja karenah anaknya.

Sebenarnya anak dia mengalami penyakit autism atau lebih senang disebut mempunyai IQ seperti budak 6 tahun.Budak lelaki itu mengalami penyakit tersebut sejak dia berumur 9 tahun lagi.Mrs.Byun hanya mampu berharap yang anak dia dapat sembuh dari penyakit tersebut.

"Baekhyun,dah tiba masa untuk mandi sayang".Ujar Mrs.Byun lalu pergi kearah anaknya.Mrs.Byun baru berumur 44 tahun.

Baekhyun hanya diam dan leka bermain dengan mainan-mainan miliknya sahaja tanpa mempedulikan arahan Ommanya.

"Baekkie,jom mandi"

Baekhyun terus memandang kearah ommanya sambil mencebik dan kelopak matanya sudah bergenang dengan air mata.Mrs.Byun yang melihat keadaan tersebut sudah pelik dan risau.Bukan apa dia takut yang dia ade terkasar bahasa ke dengan anaknya.Dahla anaknya itu tak boleh kalau orang marah atau tengking dia.

"Kenapa ni sayang? Omma ade buat salah ke? Aigoo omma mintak maaf ye sayang".Balas Mrs.Byun lalu memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.Bagi Mrs.Byun walaupun dia mempunyai anak yang OKU atau lebih selesa dipanggil anak istemewa,dia tidak pernah mengeluh dan menyesal bila menjaga anaknya.Kalau dia nak marah pun,anak dia tak salah pun dan anaknya juga tak mintak pun untuk menjadi sepeti itu.Dia hanya mampu menerima takdir yang anak dia istimewa malah dia tidak pernah sekali pun rasa malu bila memiliki anak seperti itu.Dengan dugaan seperti itu,ia memberikan kekuatan kepadanya.Mrs.Byun juga seorang jutawan besar di Korea Selatan dan dia juga memiliki sebuah syarikat yang maju dan ramai pelabur yang datang dari syarikat lain datang melabur di syarikatnya itu.Sebenarnya syarikat itu adalah syarikat arwah suaminya tapi sekarang suaminya sudah meninggal dunia akibat penyakit kanser.

"Baekkie taknak mandi omma.Baekkie tak suka mandi".Balas Baekhyun sambil menangis dengan perlahan di bahu ommanya.Terus Mrs.Byun melepaskan pelukan tersebut dan memandang anaknya.

"Omma nak tanya Baek ni,kenapa Baek tak suka mandi?".

Baekhyun hanya menggelengkan kepalanya tanda dia sendiri tidak tahu.Mukanya masih merah akibat menangis sambil itu dia mencebikkan bibirnya.Mrs.Byun tersenyum girang bila melihat telatah anaknya yang mencuit hati.Hari ini Mrs.Byun tidak berkerja kerana dia ingin meluangkan masa bersama-sama anaknya.Sambil itu dia ingin mencari orang yang ingin dan ikhlas menjaga anaknya.Takkan la hari-hari dia nak jaga anaknya.Dia pun ade banyak sangat kerja yang dia perlu selesaikan dekat office.

"Aigoo comelnya anak omma ni.Jom mandi sayang".Mrs.Byun terus mencubit perlahan pipi anaknya itu.

"Omma~ Baek taknak mandi la.Jangan la paksa Baek".Balas Baekhyun sambil itu mukanya membuat aegyo supaya ommanya tidak lagi memaksanya mandi.

"Baek nak tak aiskrim?".Soal Mrs.Byun.Dalam hatinya dia sudah tersenyum.Ini sahaja umpan supaya anaknya mandi.

"NAKK!!!".Balas Baekhyun dengan riang dan tersenyum comel.

"Okey,omma akan bagi aiskrim dekat Baek tapi!Baek kena mandi dulu baru la omma akan bagi".

Baekhyun kembali mencebik bila disuruh sekali lagi mandi.Akhirnya dia menyerah kalah.Dia akan buat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu benda yang dia nak.

"Arasseo omma.SHOWER TIME!!!".Balas Baekhyun lalu terus berlari menuju ke bilik air dengan gembira.Mrs.Byun hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum bila melihat karenah anaknya itu.Tetapi ada satu perkara yang semua orang tak tahu tentang Baekhyun.

To Be Continued...

VOTE&KOMEN💙
___________________

Mesti korang semua perasan yang chapter ni pendek kan? Sorry guys sebab tu je yang author dapat tulis🙏.So,apa rahsia yang Baekhyun sorokkan tu? Hmm,kalau nak tahu jangan lupa baca sampai habis tau! Annyeong!👋.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

•[OG]• A NANNY TO AUTISM BOY •[Byun Baekhyun + Shin Saeyoung]•Where stories live. Discover now