26 장

679 48 55
                                    

---

"Bodoh. Kau memang bodoh! Kenapa kau gatal-gatal nak jatuh cinta dengan lelaki tak guna tu , huh?"

Berkali-kali Jinhwan menghentam kuat sisi kepalanya pada dinding. Kedua-dua belah pipi serta hidungnya memerah jelas.

Mata Jinhwan turut kelihatan kuyu ㅡ kesan daripada pengambilan tiga botol minuman memabukkan yang diteguk olehnya tadi.

"Hyung.."

Chanwoo dan Yunhyeong masing-masing memandangnya dengan riak wajah penuh kerisauan. Seketika kemudian , Jinhwan akhirnya berhenti menyakiti dirinya sendiri.

"Junhoe jahat.. dia tinggalkan aku sebab perempuan tu."

Tersedu-sedan Jinhwan menangis di hadapan dua orang lelaki yang lebih muda daripadanya itu tanpa rasa malu.

Jinhwan menundukkan wajahnya dari pandangan Yunhyeong dan Chanwoo. Lantas anak mata serta telapak tangan kecil Jinhwan turut beralih pada perut datarnya itu.

"Kalau boleh pregnant... tentu June takkan tinggalkan aku kan?"

Jinhwan spontan mengusap perut datarnya ㅡ mengharapkan ada sesuatu dari Junhoe yang mampu mengubah fikiran lelaki itu untuk kembali kepadanya.

"Lebih baik aku mati.."

Jinhwan menggapai muncung botol kaca yang selesai diteguknya tadi lalu dijulang tinggi. Yunhyeong yang mampu mengagak tindakan Jinhwan selepas ini segera menahan lengannya.

Botol kaca tersebut segera dirampas dari tangan Jinhwan sebelum lelaki itu cuba mencederakan kepalanya sendiri.

"Chanwoo.. kita bawa Jinhwan hyung balik sebelum dia buat kecoh di sini , ara?"

---

Setibanya di kediaman bujang mereka , Chanwoo dan Yunhyeong gigih memapah tubuh kecil Jinhwan ke dalam bilik.

"Tunggu sini."

Chanwoo ditinggalkan bersama-sama Jinhwan. Mujurlan lelaki mabuk itu sudah berhenti merengek kerana terlampau keletihan.

"Chanwoo.."

Panggil Jinhwan yang sedang tersengih-sengih di sisinya.

"Ya , hyung?"

Chanwoo tersentak apabila tubuhnya ditolak sehingga terbaring dengan kudrat yang masih ada pada Jinhwan. Lelaki bertubuh kecil itu kemudiannya duduk di atas perut Chanwoo.

Matanya membuntang ngeri apabila Jinhwan mula mengusap dadanya. Senyuman miang Jinhwan benar-benar menakutkan lelaki tersebut.

"Chanwoo-ah.. buat Jinhwan lupakan Junhoe , jebal.."

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now