Bab 9: Ratus

334 35 0
                                    

"Kau tak lapar ke?" Kazuki masih setia menanti. Dia duduk bersila melihat Rayna yang hanya merenung ke arah makanan yang dibawa oleh Liza. Fikirannya mesti menelawang ke lain. Masakan makanan yang enak itu tidak menaikkan seleranya.

"Oi, makanlah sikit". Kazuki menceduk bubur itu dan menyuapkan sudu pada Rayna.

Tidak semena-mena, air mata Rayna jatuh. Lalu berjuraian dengan lajunya. Badannya terhinggut dengan ledakan esakan.

"Oh, tuhan. Apa kau buat pada dia Kazuki?" Liza datang untuk memeriksa keadaan Rayna. Terkejut melihat tagisan gadis kecil itu, dia segera menenangkan Rayna dengan menggosok-gosok belakangnya.

Kazuki mengetap gigi dan mengenggam penumbuk. Dia menghela nafas berat dan cuba mengaturkan emosinya.

"Kenapa kau nak tolong aku?" Soal Rayna setelah lama berdiam.

"Kenapa aku perlukan sebab untuk tolong kau?" Pertikai Kazuki.

"Rayna, percayakan kami. Kau selamat di sini. Aku pasti". Kata-kata Liza cuba menyedapkan hati.

Seorang lelaki datang dan berdiri di depan pintu yang sudah terbuka. "Kazuki, mereka dah balik". Katanya sambil tercungap.

Kazuki bingkas bangun. Dia memandang Rayna dan berkata, "Aku rasa kau perlu ikut aku".

Rayna turuti Kazuki dari belakang. Dia tertanya-tanya apa yang Kazuki ingin tunjukkan. Mereka menghampiri segerombolan lelaki yang sedang menambat kuda. Mereka semua ada pedang di pinggang. 

"Kak Rayna..."

Mata Rayna terus mencari empunya suara. Terus dia menutup mulutnya tidak percaya dengan apa yang dilihat. "Leah!" 

Anak kecil itu terus melepaskan air matanya di bahu Rayna. Dakapannya terasa begitu hangat dan menenangkan. Syukur kerana ada yang terselamat selain dirinya. Sekurangnya-kurangnya kampunya tidak terhapus begitu saja dengan adanya Leah.

"Mereka ada benda tajam... ibu dibunuh... Lepas tu, mereka bakar rumah kita... Leah takut!" Omel si kecil itu.

"Tak apa, Leah dah selamat sekarang! Abang janji." Kata Kazuki sambil mengusap kepala kanak-kanak kecil itu.

"Kami jumpa dia menyorok di bangsar. Nasib baik bangsar itu tidak dibakar". Terang Teri, lelaki yang menjumpai Leah di kampung. 

"Terima kasih. Yang lain..." 

"Semuanya hangus. Kami kumpulkan mereka semua dan beri penghormatan terakhir. Itu saja yang kami mampu. Maafkan kami".

"Tak apa. Itu sudah lebih dari cukup. Saya berterima kasih sebab dah bawa Leah ke sini dan selamatkan kami. Kalau ada apa-apa yang boleh saya buat untuk balas balik, beritahulah". 

"Kami tak mengharapkan balasan. Memadai bagi kami lihat kamu berdua selamat. Senang hati kami".

Mereka semua senyum dan bersetuju dengan apa yang Teri katakan. Pun begitu, Rayna tetap ingin membalas jasa orang di tempat yang bernama Ratus ini. 

><><><><><><

"Ikut aku".

"Pergi mana?"

"Makan angin".

Rayna dan Leah hanya ikut Kazuki yang berada di depan. Berjalan melihat kawasan di tanah Ratus yang boleh dikatakan agak maju. Ramai orang melakukan urusan harian mereka. Berniaga dan sebagainya.

Walaupun di sini tidaklah sesibuk di ibu kota, namun mereka bebas dan dapat bergembira. Tiada mata-mata gelap yang tidak menyenangkan hati dan menyekat pergerakan mereka.

"Tanah ni dah lama bertapak di sini. Seperti namanya Ratus, sudah beratus-ratus tahun. Kami bercucuk tanam, mengutip hasil hutan, menternak dan bermacam lagi. Cukai di sini pun lebih rendah atas sebab-sebab tertentu. Kau boleh pilih nak duduk di mana yang kau suka. Nak terus menetap bersama Liza atau di tempat lain. Di sini pun ada khidmat mesra kanak-kanak. Leah mesti suka sebab boleh jumpa ramai kawan".

Kazuki tersenyum. Dia menghulurkan tangan pada Leah. Leah memandang Rayna meminta kepastian. Rayna yang hanya mengangguk. Terus anak kecil itu berlari mendapatkan Kazuki. Mereka berjalan sambil memimpin tangan bersama.

"Uwah, apa ni?" Soal Leah keterujaan.

"Ini kincir air yang mengalirkan air ke bendang untuk kekalkan tanaman subur". Terang Kazuki.

"Besarnya!"

"Nak tengok lebih dekat?"

"Nak!"

"Jom!"

"T-tunggu!" Rayna berlari anak apabila dia ditinggalkan di belakang. Leah melambai Rayna ke mari.

Benarlah kata Leah. Kincir air tu sangat besar. Berputar-putar membawa air dari sungai yang jernih itu ke arah bendang. Berbeza dengan tanah di kampungnya yang lebih sesuai untuk tanaman anggur dan teh.

"Rayna Im?" Panggil satu suara. Rayna terus berpaling

"Ya, saya". Sahutnya. Seorang lelaki tua berbaju biru dengan satu bekas air di pinggang berjalan ke arahnya.

"Kenalkan. Orang sini panggilnya Aki. Ketua di Ratus". Kata Kazuki.

"Dan budak bertuah ni cucu Aki". Sambung Aki.

"Ahh... Begitu". Rayna pandang muka Kazuki di sebelah dan Aki di depan. Mereka langsung tak nampak seiras melainkan badan mereka yang sasa. Walaupun usia Aki nampak begitu lanjut, tapi badannya tidaklah bongkok.

"Aki bersimpati dengan apa yang berlaku pada Rayna dan Homo Humilis".

Rayna bermain-main dengan hujung lengan bajunya. "Saya kena cari diri saya yang hilang. Barulah semuanya kembali pada asal".

"Rayna, kehidupan ini bukan untuk cari siapa diri kamu. Biarkan semua tu datang sendiri. Dalam dunia ni, ada dua jenis pintu. Satu pintu yang terbuka dan satu lagi tertutup. Kenapa perlu bersedih pada pintu yang tertutup bila pintu yang sudah terbuka luas sudah sedia menyambut kita?" Kata-kata Aki buatkan Rayna terpaku. Dia memandang tepat pada mata Aki.

"Nenek pernah berkata benda yang sama".

"Hahaha... dia selalu bersikap gopoh hinggalah ke akhirnya". Kedut di hujung matanya kelihatan apabila dia tersenyum.

"Aki kenal nenek saya?" Soal Rayna.

"Antara orang yang hebat pernah Aki kenal".

><><><><>

*Ada typo silalah tegur. Jika ada sebarang cadangan untuk cantikkan ayat silahlah beritahu (≥﹏≤)*

Rayna [HIATUS]Where stories live. Discover now