18-Sweet Enemy.

56 6 13
                                    

Author POV

Somi sedang khusyuk melihat drama "Mr Grey" maklumlah konon-kononnya rangkaian Astro Malaysia sudah berkembang di Korea Selatan siap ada subtitle untuk menonton cerita tersebut.Sempat juga dia memuji pelakon yang melakonkan watak sebagai Mr.Grey tetapi tidak setanding dengan ketampanan Kim Bum.

Dia berasa pelik kerana dia tidak melihat langsung kelibat Youngjae dan Zelo.Hilang terus dari radar seperti kapal terbang MH370. Kebiasaannya kedua-dua jejaka yang dianggap seperti adiknya akan ditegur or mungkin mereka bertiga akan memulakan pagi itu dengan "membawang."

Somi bingkas mencari kedua-dua jejaka itu.Hampir satu villa puas diredahnya tetapi dia tidak .Dia mula merungut sambil mencekakkan pinggangnya..

"Cari siapa itu,sayang?"soal seseorang yang cukup dia kenal cukup berada dekat dengannya.Jantungnya berdegup laju apabila mendengar perkataan "sayang" dari Kim Bum.

"Haa,saya cari Youngjae dengan Zelo.Biasa mereka berdua ada time macam ini and saya ingatkan awak pergi kerja hehehe." Balas Somi sambil tersengih.Dia berasa malu apabila anak mata Kim Bum sedikit tidak putus memandangnya.

"Ouh lupa pula,aku suruh diorang cuti dua minggu bagi diorang rehat asyik kerja je.Menyampah aku tengok muka diorang setiap hari."

"Kan aman kalau kita berdua je dekat rumah ini.Senang nak buat apa-apa dekat kau."Ujar Kim Bum sambil gelak besar.Somi yang membuatkan muka serius terus sama gelak ketawa dengan Kim Bum sambil mencubit lengan suaminya.

"Oh sejak bila dah pandai cubit-cubit orang ini?Nah ambil ini !" Kim Bum straight to the point mengucup pipi Somi membuatkan Somi terkejut beruk.

"Yah, suka ambil kesempatan!"

-

Somi POV

"Yah, suka ambil kesempatan!" Balas aku sambil memegang pipi aku yang dikucup olehnya.Sejujurnya aku suka.Siapa sahaja yang tidak suka kalau suami kau yang ego tinggi tiba-tiba buat perangai gedik bagai.

"Apa kata kalau kau cepat siap sebab aku nak bawa kau keluar."

"Pergi mana?" soal aku dengan nada teruja.

"Tak adalah,pergi dekat hati kau."

"Hish,betul-betullah!"balas aku geram.

"Pergi rumah appa lah.Puas?" perli Kim Bum tanda dia menyuruh aku bersiap cepat.Aku kenal sangat perangainya yang tidak suka menunggu orang lama.

-

KEDIAMAN VILLA TUAN JEON.

Sampai di villa keluarga aku yang sudah beberapa bulan aku tinggalkan namun ia masih tidak berubah.Permandangan landskap tersebut tidak berubah sama sekali.

Setibanya di hadapan villa tersebut.Kim Bum dan aku berjalan bersama untuk memasuki villa tersebut.Kelihatan Kim Bum mendahului aku kerana aku berjalan agak perlahan,menghayati permandangan villa tersebut.Serius,aku berasa rindu akan tempat ini,tempat kelahiran.

Wajah pertama yang muncul di mata kami berdua ialah appa yang baru lepas membaca surat khabar sambil duduk di sofa terus bangun menghampiri kami.Appa,wajah yang cukup aku rindu sekali.

"Appa rasa appa tak bermimpi kan?"soal appa sambil memeluk aku dengan erat.Aku juga turut membalas pelukan appa sambil menggelengkan kepala aku serta membalas katanya "Ya,appa tak bermimpi lah."Selepas memeluk aku,appa juga memeluk Kim Bum.

"Appa sihat?" soal Kim Bum sambil menepuk bahu appa.Appa tersenyum lebar.

"Appa sihat sahaja.Macam inilah gayanya sibuk tadbir syarikat Jeon Holdings ini.Banyak projek yang perlu diselesaikan."

Second Chance 💔Where stories live. Discover now