27 장

695 47 51
                                    

---

"Chanwoo-ah.. buat Jinhwan lupakan Junhoe , jebal.."

Chanwoo terdiam tidak berkutik mendengar permintaan Jinhwan itu.

Tangan kecil lelaki di bawah pengaruh alkohol tersebut masih kukuh menahan kedua-dua belah pergelangan Chanwoo sambil punggungnya kekal duduk di atas perut seorang lagi lelaki berwajah polos itu.

Bukannya Chanwoo tidak memahami keinginan Jinhwan. Sebagai seorang lelaki , dia tidak mahu merosakkan lelaki itu hanya kerana permintaan sebegitu rupa.

Lagipun , Jinhwan tentu tidak sedar dengan apa yang dikatakannya dalam keadaan mabuk berat seperti ini.

Tambahan , Chanwoo masih mencintai Yunhyeong. Mana mungkin lelaki itu sanggup berlaku curang. Jinhwan sudah Chanwoo anggap sebagai seorang abang kandung.

Jinhwan mencengkam kolar baju Chanwoo lalu wajahnya disembam pada leher figura tinggi itu. Tangisan serta raungan Jinhwan mulai kedengaran.

Chanwoo kemudiannya mengerling ke muka pintu di mana Yunhyeong sedang memerhatikan segala-galanya.

Yunhyeong hanya tersenyum ㅡ memahami isyarat mata Chanwoo yang kelihatan serba salah itu.

Yunhyeong membawa Donghyuk , Jiwon dan Hanbin bersama-samanya ke dalam bilik tersebut.

Masing-masing memandang sayu Jinhwan yang sedang cuba ditenangkan oleh Chanwoo dengan usapan lembut pada bahagian belakang badannya.

---

"Apa ni?"

Jinhwan memandang lama sekeping kad berwarna beige di tangan Junhoe yang tiba-tiba sahaja memunculkan dirinya di hadapan kediaman mereka hari ini.

Jinhwan memutuskan untuk melupakan cintanya pada Junhoe setelah berbulan lamanya dia mengurungkan diri hanya kerana lelaki itu.

Junhoe berdecit tidak suka tatkala mendengar soalan bodoh Jinhwan itu. Dia kemudiannya mencapai pergelangan tangan Jinhwan lalu kad itu diletakkan ke atas tapak tangan lelaki bermata sepet tersebut.

Jinhwan membuka lipatan kad itu. Selepas membaca segala isinya , Jinhwan memandang Junhoe tidak percaya.

"Kau.. nak kahwin? Tahniah.."

Jinhwan tersenyum nipis. Wajah Junhoe yang awalnya dingin kini berubah ceria.

"Thanks. Malam esok aku akan adakan party untuk celebrate. Datanglah dengan yang lain , okay?"

Junhoe menepuk bahu kanan Jinhwan sebelum berlalu pergi bersama keretanya. Jinhwan menunduk sedih.

Mengapa hatinya masih terasa pedih walaupun dia sudah cuba melupakan Junhoe?

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now