---
"Hyung betul-betul yakin ke dengan keputusan hyung tu?"
Jinhwan menatap lama kad jemputan ke majlis perkahwinan Junhoe dan Yeeun itu tanpa memberikan sebarang jawapan. Wajahnya murung sejak pagi tadi. Makanan tengah harinya juga tidak dijamah walaupun sedikit.
"Kami cuma taknak tengok hyung sedih macam ni lagi."
Yang lain turut mengangguk mendengar kenyataan Donghyuk itu. Jinhwan melepaskan keluhan halusnya lagi.
"Biarlah hyung buat semua ni sebagai kawan baik dia."
Jinhwan tersenyum nipis. Kelima-lima mereka bangun dari sofa tamu itu lalu menapak menghampiri Jinhwan seorang demi seorang. Tubuh kecil itu dipeluk mereka serentak.
"Kalau macam tu , kami juga akan ikut sama. Boleh kan?"
Chanwoo bersuara mewakili kelima-lima mereka. Jinhwan sekadar mengangguk lemah.
---
"Datang juga akhirnya. Masuklah." Pelawa Junhoe mesra.
Pandangan dingin dari kelima-lima orang lelaki yang kini berdiri di belakang Jinhwan tidak dipedulikan. Jinhwan menarik nafas dalam. Dia perlu beriak biasa.
Junhoe pasti tidak suka sekiranya dia tahu bahawa hati Jinhwan masih tidak berubah terhadapnya.
Melihat Junhoe dan gadis itu berpelukan , Jinhwan cepat-cepat menoleh.
"Mari potong kek!"
Laung Junhoe sambil menjulangkan tangannya ke udara. Senyuman lelaki itu kelihatan menyerlah dari biasa.
"Tunggu sekejap. Saya nak jawab panggilan di luar."
Yeeun berjalan ke kawasan kolam renang. Gadis itu sempat menoleh ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa pun yang mengekorinya. Jinhwan mula mencurigai tindak-tanduk Yeeun itu.
Setelah berjaya melepaskan diri daripada sekumpulan manusia yang sedang berhimpit-himpit di dalam ruang tamu rumah itu , Jinhwan senyap-senyap mengekori gadis itu dari belakang.
Lelaki itu segera bersembunyi di sebalik meja yang berada tidak jauh dari tempat Yeeun berdiri. Jinhwan terus memasang telinganya untuk mendengar perbualan telefon gadis itu. Dia turut merakam setiap apa yang Yeeun katakan melalui telefonnya.
"Kau tak perlu risau tentang semua tu. Aku dah ada rancangan sendiri.."
Jinhwan mengerutkan dahinya. Rancangan apa yang Yeeun cuba maksudkan?
"Lepas majlis tu nanti , aku akan lari dengan semua duit dia. Kau datang je ambil aku di dewan gereja tu. Faham?"
Jinhwan berdiri. Telefonnya dibiarkan di tempat dia bersembunyi tadi. Dengan amarah , Jinhwan datang menghampiri Yeeun.
"Kau-"
Yeeun menoleh dengan angkuhnya. Melihat susuk tubuh Jinhwan di situ , Yeeun sudah mulai cuak. Panggilan telefonnya itu diputuskan serta-merta.
"Tergamak kau buat Junhoe macam tu?"
Yeeun memeluk tubuh ㅡ cuba untuk beriak seolah tiada apa-apa pun yang berlaku.
"Apa kena mengena dengan kau? Setahu aku , dia dah buang korang macam sampah. Masih nak bela orang macam dia?"
Jinhwan mengepal penumbuknya.
"Dia tetap kawan aku. Kau takkan terlepas , Yeeun. Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara."
Jinhwan berpaling untuk kembali menemui Junhoe.
Namun begitu , Jinhwan terlebih dahulu merasakan hentaman kuat objek tumpul pada kepalanya. Jinhwan terbaring betul-betul di tepi kolam renang itu.
Jinhwan berulang-kali cuba memanggil nama Junhoe dengan segala kudrat yang ada padanya. Belakang badannya terasa seperti sedang ditendang-tendang dengan kasut tumit tinggi Yeeun.
Tubuh Jinhwan akhirnya tenggelam di dalam air kolam.
Mungkinkah ini adalah hari terakhirnya?
---
YOU ARE READING
Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔
RomanceRindu? Tidak pernah sesekali pun mereka ungkapkan. Sayang? Semakin tebal dinding ego kedua-dua mereka untuk mengakuinya. Cinta? Hanya nafsu yang akan mengikat mereka selamanya. || 구준회 ft. 김진환 ||