29 장

690 45 20
                                    

---

"Hey , June.. aku dahaga lah. Di mana aku boleh dapatkan jus?"

Hongseok datang menyapa rakan lamanya itu. Bahu kiri Junhoe ditepuknya dari arah belakang ㅡ membuatkan figura bertubuh tinggi itu sedikit terperanjat dengan tindakannya.

"Ah- di tepi kolam renang tu ada sebuah meja. Jus dan fruit punch ada di sana. Marilah."

Junhoe memijat alisnya seketika. Serentak dengan itu , langkahnya turut dibuka menuju ke meja di mana beberapa jenis minuman ditempatkan.

Jiwa kelakiannya sedang meronta keresahan. Junhoe sendiri tidak pasti mengapa. Dia hanya keletihan barangkali , batin lelaki itu bersuara.

Mata Junhoe kini meliar ke sekitar kawasan kolam renang itu. Susuk tubuh Yeeun langsung tidak kelihatan di mana-mana sedangkan dia sendiri yang menghantar pemergian gadis itu sebentar tadi.

"Hyung!"

Sedar-sedar sahaja , ada figura lain yang datang merempuh bahunya dari belakang lalu terjun ke dalam kolam. Jiwon berenang menghampiri sekujur tubuh yang sudah terapung di permukaan air.

Ketika itu , barulah Junhoe sedar tentang sesuatu.

Pekikan cemas dari rakan-rakannya mengundang perhatian tetamu Junhoe yang lain. Mereka turut berkerumun di sekitar kolam renang tersebut untuk menyaksikan kekecohan yang berlaku.

"Tepilah!"

Hanbin menolak kasar tetamu-tetamu yang lain untuk memberikan ruang sekucupnya kepada Jinhwan. Yunhyeong di belakangnya baru sahaja selesai menelefon ambulans.

Dada Jinhwan diberikan tekanan sedalam setengah inci. Donghyuk sendiri yang sukarela melakukannya memandangkan lelaki itu kini telahpun menjadi seorang doktor pelatih.

"Jinhwan hyung.. tolonglah.."

Air mata Donghyuk sudah tidak tertahan. Pada percubaan terakhir Donghyuk , nadi Jinhwan kembali berdenyut.

"Donghyuk , ambulans dah sampai.."

---

"Ini semua salah kau!"

Junhoe hanya diam membisu. Sejujurnya , dia masih terkejut dengan apa yang telah terjadi kepada Jinhwan.

"Kalau kau tak percayakan perempuan sihir tu , semua ni takkan jadi!"

Jiwon memeluk kekasihnya erat. Sungguhpun Hanbin sedang beremosi , dia tidak sepatutnya menimbulkan suasana bising di dalam hospital.

"Mari kita keluar sekejap. You need fresh air.."

Jiwon cuba memujuk Hanbin. Belakang kepala teman lelakinya dibelai lembut. Setelah pasangan itu pergi meninggalkan mereka , Chanwoo dan Yunhyeong juga beredar meninggalkan Donghyuk berdua-duaan dengan Junhoe.

"Donghyuk.. aku-"

Mata Donghyuk menjeling Junhoe tajam.

"Jangan cakap dengan aku."

Junhoe menundukkan wajahnya. Donghyuk tersenyum sinis.

"Jangan cuba-cuba dekatkan diri kau dengan Jinhwan hyung buat masa ni. Kau faham maksud aku , kan June?"

Nampak gayanya , rakan-rakan Junhoe sendiri telah membencinya.

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now