"Awak nak bawa saya ke mana?"Jihyo hairan dengan tindakan Chanyeol.
Chanyeol memegang tangannya dan menarik supaya mengikut langkahnya di dalam mall ni.
"Just ikut je boleh tak?"Chanyeol masih memegang pergelangan tangan Jihyo.
Muka Jihyo memerah apabila Chanyeol memimpin tangannya.
Sejak kebelakangan ni mukanya mudah sangat merah dengan setiap tindakan Chanyeol ke atas dirinya.
Chanyeol membawanya masuk ke dalam sebuah kedai pakaian yang mahal.
"Kedai baju? Nak buat apa datang sini? Awak nak beli baju untuk eomma ke?"
Mata Jihyo membesar apabila melihat dress yang cantik-cantik.
"Tak."sepatah Chanyeol menjawab.
"Aku beli untuk kau."Chanyeol menyambung ayatnya namun matanya tidak memandang Jihyo.
Dia seakan mencari dress yang sesuai untuk Jihyo. Jihyo terkejut kerana. Serius ke dia nak beli baju untuk aku.
"Pandang sini kejap."arah Chanyeol.
"Hmm..singkat sangat pulak."
Chanyeol meletakkan baju tu kembali dan mencari baju lain.
"Eh Encik Chanyeol. Encik nak cari baju untuk isteri encik ke?"tegur pekerja di situ.
"Haah. Ada design baru kan? Bagi saya tengok."arah Chanyeol.
"Okay. Tunggu sekejap ya encik."pekerja itu berlalu pergi.
Jihyo di situ hanya memandang tanpa bicara.
'Dia beria nak cari baju ni kenapa?'
"Ini salah satu design yang baru."pekerja itu menghulurkan satu baju kepada Chanyeol.
"Tak berapa nak sesuailah. Yang lain?"
"Kalau yang ni?"
"Hm..okay. Jihyo cuba pakai baju ni."
YOU ARE READING
I Love You Ms.Nerd♥ChanHyo♥
RomansaSong Jihyo. Seorang gadis yang cantik namun kecantikkannya ditutup oleh sepasang cermin mata. Kehidupannya yang daif menyebabkan dia terpaksa bekerja lebih dari satu kerja untuk menampung hidupnya dengan seorang ibu dan seorang adik lelaki. Kisah c...