---
"Ige mwoya?"
Langkah mereka terhenti sejenak di belakang Jiwon. Hanbin yang tertanya-tanya dengan reaksi kekasihnya mula meninjau ruang makan itu.
Donghyuk , Chanwoo dan Yunhyeong yang sedang rancak berbual untuk melupakan rasa sedih mereka juga terdiam.
"Kau yang sediakan semua ni , Yoyo?"
Laju Yunhyeong menggelengkan kepalanya. Ketika itu , muncul pula Junhoe yang entah datang dari mana. Dengan rasa janggalnya , Junhoe hanya berdiri di sisi meja makan itu.
"Aku yang sediakan semua ni.... sebagai tanda minta maaf aku."
Junhoe menunduk serba salah setelah menerima tatapan menghukum daripada rakan-rakan yang sudah dia kenali sejak bertahun lamanya.
"Aku tahu ini semua tak cukup untuk tebus balik kesilapan aku. Dan aku tak minta pun korang maafkan aku. Aku cuma nak korang tahu yang aku menyesal sangat-sangat."
Junhoe kembali mendongak dengan linangan air matanya. Esakkan halus lelaki itu membuatkan mereka turut sama bersedih.
Namun , tiada seorang pun di antara mereka yang berganjak dari situ.
Sehinggalah mereka melihat sendiri bagaimana Junhoe terduduk di situ sambil menyeka air matanya , Donghyuk membuka langkah pertama mendekati Junhoe dan diikuti Hanbin serta rakan-rakannya yang lain.
Sungguhpun mereka kesal dengan tindakan Junhoe , mereka tidak tergamak untuk sesekali pun menyimpan dendam atau hasad dengki terhadapnya.
Setelah sekian lama tinggal bersama , mereka bertujuh ibarat satu keluarga.
"Benda dah jadi , kan? Sudahlah.."
Jiwon menepuk lembut belakang Junhoe sebagai sokongan.
"Kita doakan sahaja yang terbaik untuk Jinhwan hyung.. okay?"
Kelima-lima mereka saling berpandangan ketika Junhoe sibuk melayani perasaannya.
Bagaimana mereka hendak berterus terang tentang keadaan sebenar Jinhwan kepada Junhoe?
---
"Jinhwan.. aku datang ni.."
Junhoe tersenyum kelat. Pipi Jinhwan yang tampak pucat dielus lembut selepas punggungnya dihenyak ke atas sebuah kerusi.
Selama berminggu-minggu Jinhwan terlantar koma di katil hospital , Junhoe tidak pernah berputus asa menyalurkan semangatnya.
Kata-kata manis , jenaka lamanya yang sering membuat Jinhwan ketawa dan sedikit sebanyak dibantu oleh luahan perasaannya sering diberikan tanpa rasa jemu.
Junhoe yakin dengan gerak hati dan perasaannya sekarang. Dia juga telah menyedari kehadiran Jinhwan lebih dari seorang kawan baik.
"Maafkan aku."
Junhoe tidak bosan menyatakan hal itu kerana dia tahu apa yang menimpa Jinhwan berpunca dari khilafnya sendiri.
"Aku tertanya-tanya , Jinhwan. Adakah cinta kau dah terhapus untuk aku?"
Junhoe meraih tangan kanan Jinhwan lalu dikucup lembut.
"Sebab aku juga cintakan kau."
Air mata kejantanan Junhoe jatuh menimpa belakang tapak tangan lelaki itu.
"Tolonglah cakap sesuatu. Kau masih cintakan aku , kan?"
Tiada tindak balas. Bebola mata Jinhwan tidak dilihat seperti sedang bergerak-gerak.
"June.. Jinhwan dah tak ada.."
Suara itu membuatkan Junhoe pantas menoleh ke belakang. Rupanya-rupanya , mereka juga berada di situ.
"Kau mengarut apa ni? Jinhwan hidup lagilah. Dia kan tengah koma ni."
Hanbin memegang bahu kanan Junhoe.
"Jinhwan takkan sedar lagi , June. Selepas kejadian lemas tu , doktor beritahu aku yang otak Jinhwan dah tak berfungsi. Senang kata , dia dah kematian otak. Jadi , kami bersepakat untuk biarkan kau teman dia sampailah waktunya alat bantuan pernafasan Jinhwan ditanggalkan nanti. Dan nampaknya , permintaan terakhir dia dah kau makbulkan."
Junhoe terkedu. Semakin basah wajahnya dilinangi cecair jernih.
"Dan kalau kau nak tahu , cinta Jinhwan tak pernah mati untuk kau."
Mereka tersenyum. Beberapa orang jururawat kini berada di dalam bilik tersebut.
"Sila keluar sebentar."
Junhoe panik apabila salah seorang daripada jururawat tersebut cuba menanggalkan tiub pernafasan Jinhwan.
"Apa korang buat ni?! Lepaskan Jinhwan! Jangan sentuh dia!"
Jiwon serta rakan-rakannya yang lain terpaksa mengheret Junhoe keluar dari bilik itu.
Ada di antara mereka sudah mula mengalirkan air mata kerana terlalu sebak untuk melepaskan seorang abang yang selama ini mengambil berat tentang mereka.
- End -
Nani emo , hiks :'

YOU ARE READING
Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔
RomanceRindu? Tidak pernah sesekali pun mereka ungkapkan. Sayang? Semakin tebal dinding ego kedua-dua mereka untuk mengakuinya. Cinta? Hanya nafsu yang akan mengikat mereka selamanya. || 구준회 ft. 김진환 ||