End

698 33 12
                                    

IRIS NAHAIRA

Pandanganku mengabur. Terasa panas. Selama 7 tahun aku meninggalkan dia. Dia meninggalkan aku. Tak ada hubungan untukku tahu tentang perkembangannya.

Tapi sekarang aku nampak Allah memberikanku jawapan. Anak kecil tadu ialah Abigail,bidadari kecil yang ku jaga semasa dia kecil. Lelaki di depan yang menyarungkan songkok sekarang ini..ialah dia yang memiliki cintaku selama ini.

Betul kata Hyde..

Cintai dulu tuhan..baru cintai orang lain.

Saat cinta itu lebih kepadaNya,
DIA kirimkan cintaku kembali..
Dia hadirkan Hyde kembali.

Terima kasih KAU hadirkan dia kembali dalam kesempurnaan. Namun aku tak tahu apa takdir buat kami berdua. Biarlah Allah yang menentukannya. Itu semua bergantung antara nasib dan takdir. Ayatnya berbisik semula ditelingaku..

Jika tuhan takdirkan kita untuk bertemu sekali lagi,saya harap kita akan bertemu dalam keadaan yang lebih baik dan waktu itu,saya akan lihat seorang Iris yang lebih tabah dan berjaya dalam hidupnya.

Senyumanku perlahan demi perlahan terukir buatnya dan serta merta senyuman kini berbalas senyuman.

Tersenyum kacak sambil menggamit si kecil Balqis ataupun dikenali sebagai Abigail suatu masa dahulu.

Langkah ku atur menemuinya. Salam diberi dan dijawab.

"how are you Hyde?"soalku dalam nada tenang. Aku bukan Iris Nahaira yang lemah. Aku Iris Nahaira yang tabah.

"alhamdulillah im all fine,"

"dan ini Abigail?" soalku lagi.

HYDE

"dan ini Abigail?" soal Iris. Wajah polosnya nampak semakin matang. Raut wajahnya bertambah cantik.

Aku menganggukkan kepala tanda mengiyakan.

"sorry Iris. We got to go. See you later. Assalamualaikum,"

"waalaikumsalam. Erm Hyde," aku hanya memalingkan muka saat namaku dipanggil.

"fi hifzillah,"

"fi hifzillah too Iris,"

Pertemuan kami hanya sampai situ sahaja. Aku mengelakkan diri dari berjumpa dengan Iris buat masa ini.

IRIS NAHAIRA

Telefonku berdering panggilan dari Mak Timah.

"assalamualaikum Iris,"

"waalikumsalam Mak Timah. Kenapa?"

"petang ni Iris balik rumah boleh? Ada orang nak jumpa Iris,"

"in shaa allah Mak Timah. Siapa ye nak jumpa Iris?"

"nanti Iris tengoklah sendiri,"
Aih pelik mak Timah ni berahsia pulak.

Kereta ku pandu cermat. Rasa bercampur baur ingin mengetahui tetamu rahsiaku petang ini.

Melangkah sahaja aku ke depan pintu rumah, kedengaran suara orang berbual bual. Agaknya tetamu tu sampai awal kut.

"assalamualaikum,"sapaku

Wanita yang agak berumur didepan ku berdiri.

"assalamualaikum aunty,"tangannya kukucup sopan.

Wanita itu hanya mengangguk sekilas.

"Kak Timah. Saya sebenarnya datang sini ada hajat,"

"hajat apa Mila?" Aunty Mila hanya tersenyum.

LELAKI PINJAMAN DIA reader endingWhere stories live. Discover now