EP: 10

772 89 7
                                    

Tembakan tepat menyebabkan tin yang terletak jauh itu tumbang. Jimin tersenyum senget lalu matanya memandang Hoseok sambil kening sebelahnya diangkat. Peluru diisi semula. Hoseok hanya mampu menjadi pemerhati sedari tadi.

Tidak sampai dua jam, Jimin sudah begitu mahir menggunakan sniper. Nanti nak belajar guna senapang patah pula. Jika bukan kerana Jin, sudah tentu dia tolak sehabis habisnya untuk tidak mengajar Jimin menembak. Dia lalu berdiri dari tempatnya dan membaiki kedudukan tin2 tersebut.

"Stop!"

Jerit Jin yang baru saja muncul bersama dua botol air minuman coca cola. Jimin tersenyum girang dan dengan segera dia berlari mendapatkan Jin lantas tubuh Jin dipeluknya kemas. Senyuman masih lagi tidak lekang di bibirnya. Jin turut menguntum senyuman manis.

"Hyung terima kasih sebab benarkan chim belajar menembak.."
"Sama2 Chim... Nah minumlah! Hoseok marilah minum!"

Hoseok menganggukkan kepalanya perlahan sebelum berjalan mendekati mereka berdua.

"Hyung... Apa motif Jimin belajar menembak? Takkanlah kita nak kotorkan tangan kita lagi!"

Bentak Hoseok tidak puas hati. Dia ingin berubah. Hampir setiap hari dia berdoa untuk berubah demi adiknya yang sedang sakit. Jin tersenyum tenang dan menjawab.

"Kita akan buru Puan Min Young dan anak bawahannya, Jeon Jungkook. Itu saja."

Pipi mulus milik Ara dilempangnya kuat lalu rambutnya yang panjang ikal mayang itu ditariknya kasar sehingga Ara terpaksa mendongak memandang lelaki yang berhati binatang itu. Si tak guna!

"Kan aku dah kata yang kau tak boleh jejak keluar dari rumah ni! DENGAR TAK!?"
"Begini caranya kau nak tunjuk aku kasih sayang? Kau memang tak guna Jeon Jungkook!"

PANG!

Sekali lagi pipinya dilempang dan kali ini Ara rebah ke lantai. Bibirnya berdarah. Pipinya merah. Air matanya mengalir jatuh ke pipi.

"Kau dengar ya... Aku takkan lepaskan kau Lee Ara. Kau milik aku!"

Dahi Ara ditunjalnya sebelum Jungkook berjalan keluar dari bilik tidur Ara. Kamar pintu ditutup nya kuat. Mata Ara tertutup sebelum tubuhnya dengan perlahan bangun dan cuba untuk mencari keseimbangan nya semula. Telefon pintarnya dicapai. Dia pasti Kim SeokJin pasti tahu ke mana perginya Jimin.

Jimin memandang redup ke arah sebuah banglo mewah. Dia tersenyum manis apabila ternampak bayangan Ara di sebalik kaca tingkap. Matanya membulat tatkala dia ternampak Jungkook berkelakuan kasar dengan bertindak melempang Ara. Jimin menggigit bibirnya menahan geram. Kakinya rasa ingin melangkah masuk dan membunuh lelaki itu tapi dia sudah membuat perjanjian dengan Jin.

Hujung bibirnya sudah berdarah akibat gigitannya tadi. Dia tidak peduli. Jika dia tidak dapat melindungi gadis yang dicintainya itu apa gunanya dia hidup? Lebih baik dia mati daripada melihat penderitaan Ara. Terus kakinya melangkah laju ke arah pintu rumah banglo tersebut. Tanpa rasa segan silu terus butang loceng ditekan berulang kali.

Akhirnya pintu dibuka oleh Ara. Mata Ara membulat.

"Kau..."
"Hi... Ara..."

BANG!

"Aku tak peduli!? Aku nak Park Jimin tu mati malam ni jugak!"

Marah Puan Min terhadap konco konconya itu. Setelah keadaan menjadi senyap tiba2 saja telefon milik Puan Min berdering. Puan Min mengarahkan pembantu peribadinya untuk menjawab panggilan tersebut. Pemabntunya agak terkejut lalu segera menyerahkan telefon tersebut kepada Puan Min.

"Hello.. Puan Min ingat suara saya lagi tak?"
"Apa yang kau nak!?"
"Amboi! Takkan dah tak ingat perbualan sewaktu kita melawat kubur arwah Min Yoongi..."
"Kau jangan nak sebut2 nama anak aku! Dasar penyangak!"
"Bukankah lebih baik jika Puan Min tak merancang untuk membunuh Jimin? Sebagai amaran..."

Tiba2 saja pembantu peribadi Puan Min jatuh terlantar di atas lantai. Darah mula mengalir di dahinya. Matanya terbuka luas dan dia sudah tidak bernafas. Tembakan tepat di kepala. Headshot. Konco2nya yang lain mula berkerumun ke arah mayat tersebut. Ada yang sudah memanggil ambulans dan polis. Manakala, Puan Min terkejut dengan serangan senyap2 tadi. Dia memerhati ke seluruh tingkap. Tetapi dia gagal mengesan si penembak tersebut.

"Dengar sini baik2, saya takkan berlembut dengan orang yang cuba untuk melukakan anak saya."

Jin lalu menamatkan panggilannya selepas itu telefon bimbit tadi dilemparnya ke dalam sungai Han. Dia memandang ke arah Hoseok.

"I want you to get ready for the worse.. Understand?"
"Jadi esok.. Kita akan geledah masuk pejabat Puan Min?"
"Ya... Dan jangan kau nak buka mulut pula.. Aku tak nak Jimim tahu soal ni."
"Baik faham..."

Jin menghela nafas lega sebelum berjalan masuk ke dalam perut kereta. Hoseok lantas bergerak ke arah seat pemandu. Kereta itu lalu bergerak keluar dari kawasan tersebut.

Jimin menahan pintu dari ditutup. Ara masih lagi terkejut dengan kehadiran lelaki misteri itu. Tidak dia kenal.. Entah2 si perompak.. Wajah itu seperti pernah dia lihat. Bisik hati kecilnya. Ara menoleh ke belakang, tidak mahu berdepan dengan si lelaki misteri tersebut.

"Ara.. Saya nak tahu satu benda je... Siapa Park Jimin bagi awak?"

Ara terkejut mendengarkan nama itu disebut. Dia lalu membuka pintu kembali dan memandang wajah Jimin dengan penuh tanda tanya..

"Awak... Park Jimin?"

Jimin tersenyum lalu mengangguk perlahan.

"Ya... Sayalah Park Jimin."

"Ara... Siapa yang datang?"

Soal Jungkook dengan lantang. Dia sedang menuruni tangga perlahan sambil mata dihalakan ke arah pintu. Ara cepat2 menutup sedikit pintu hanya sekadar untuk menutup wajah Jimin. Jimin tersenyum sinis, dia ingin menolak pintu itu tapi Ara menggeleng 'jangan'.

Jumgkook memandang wajah Ara yang sedang berpaling memandangnya. Dia mengangkat kenimgnya sebelah.

"Jangan buat aku tanya dua kali Ara."

Kata Jungkook setelah dia berjalan mendekati Ara. Ara menelan air liur lalu membuka pintunya. Jungkook mengerutkan dahinya. Aneh ke mana orang tadi? Bisik hati Jungkook.

"Rasanya tadi aku nampak tubuh seseorang di pintu... Mana orang tu? Dan apa yang dia mahu?"
"Tak ada sesiapa pun... Hanya orang yang datang minta sedekah..."
"Ah.. Ara kau bersiap cepat kita akan pergi ke rumah Puan Min..."
"Okay..."

Ara mengangguk perlahan. Jungkook mula berjalan ke arah dapur dan meninggalkan Ara di hadapan pintu. Ara menghela nafas lega. Jimin muncul semula sambil tersenyum. Dia lalu memeluk Ara erat.

"Ara... Jom kita lari... Jauh dari sini... Saya tak nak tengok awak terseksa sebab berkahwin dengan dia."
"Tapi saya tak tahu macam mana nak batalkan perkahwinan ni..."
"Awak ingat tak lagi sewaktu kita berdua dah berjanji dulu?"

Ara menggeleng perlahan. Pandangan matanya mula menunjukkan rasa sedih. Dia ingat siapa Jimin tapi kenangan itu tidak berjaya untuk dia ingati kembali.

"Tak... Saya tak ingat..."
"Jangan risau.. I'll make you remember our promise."

Ara mengangguk perlahan. Jimin melepaskan pelukan lalu berjalan keluar dari kawasan rumah itu. Ara memandang ke arah kereta milik Jimin sehingga hilang dari pandangannya.

"Jimin... Sekarang ni dia dah pergi keluar.. Boleh saya tahu macam cik Ara dapat nombor saya?"
"Kalau saya kata rahsia?"
"Tak mengapa... Lagipun Ara jangan risau... Saya akan selamatkan awak dari lelaki tak guna tu..."
"Saya ingat siapa yang dah culik... Dan siapa yang menipu... Saya dah tahu segalanya kecuali satu..."
"Apa dia?"
"Kenangan saya bersama Jimin... Saya harap perkahwinan palsu ni akan tamat.. Because I'm so sick of this fake love... Save me."

TBC

MOHON VOTE AND KOMEN YA... DUHAI READERS KU... DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN ALMUBARAK!

[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now