Persahabatan, untaian ukhwah hingga jannah

58 1 0
                                    

sahabat,
kaulah sesungguhnya,
temanku dikala suka dan lara,
Tika ku buntu,
Diselubungi sendu,
kau tiupkan ketabahan,
Untuk ku ukir senyuman..

Bait-bait nasyid dari kumpulan Deevotes yang memberi kita suatu kesedaran bahawa sahabat itu perlu apatah lagi sahabat sejati. Hidup ini akan sunyi jika berseorangan dan pasti akan suram tanpa insan bernama sahabat.

sahabat itu menguatkan dikala kelelahan,
sahabat itu setia dikala bersendirian,
sahabat itu teguh disisi saat kita hampir rebah.

syukur jika kita dikurniakan sahabat yang memahami diri ini. bersama-sama sahabat kita kenal erti kasih dan sayang,bersama mengulam ilmu dan pengalaman dalam kehidupan.

saat diri ini berseorangan berjalan menuju redha tuhan,ternyata langkahku dipimpin dan diikuti oleh mereka yang bernama sahabat.

walau banyak ragam dan kerenah mereka tidak aku ketahui namun aku tahu sahabat atas dasar iman itu pasti akan saling menguatkan ,saling setia bersama dan bersatu untuk agama.

buat sahabat yang tersakiti oleh lisan ini, secara sengaja atau tidak sengaja. maaf kupinta dari lubuk hatiku yang paling dalam. setiap ukhwah itu pasti akan diuji hingga sahaja retak menunggu belah. lisan ini yang sering menyakiti, bahasa tubuh ini yang mungkin disalahertikan, jelingan mata yang mungkin menyakitkan hati dan segala sesuatu yang tidak memuaskan hatimu,sahabat. maka maafkan daku. setiap ujian atas ukhwah yang terbina ini, hikmahnya pasti besar. ujian ini bukan untuk saling memecah belahkan bahkan untuk lebih menguatkan sesama kita.

nyata dan pasti,
setiap pertemuan itu pasti akan diikuti dengan perpisahan yang menyakitkan,
namun satu ku pinta ,
biarpun jasad aku dan kamu tidak lagi bertemu,
namun kuharap ukhwah ini akan terus berkekalan,
hingga ke syurga.

Coretan PenaWhere stories live. Discover now