BEING ALONE

15 2 0
                                    

Jihyun sedang baring di atas katilnya. Dia sedang memikir tentang masa depannya yang penuh dengan kesedihan. Jihyun termenung kerana terfikir dengan hidupnya yang penuh dengan konflik.

                Tiba-tiba, ayahnya, Mr.Bae mengetuk pintu biliknya. Jihyun tidak membuka pintu. Ayahnya mengetuk pintu dengan kuat sekali. Jihyun berasa sangat takut. Jihyun menangis. Jihyun mengharapkan agar hidupnya tenang seperti kehidupan orang lain.

                 Ayahnya menjerit supaya pintu itu dibuka. Jihyun tiada pilihan. Jihyun terpaksa membuka pintu. Apabila dia membuka pintu, ayahnya terus memukul Jihyun tanpa sebab. Jihyun jatuh ke lantai. Jihyun menangis teresak-esak. Jihyun mengesot ke belakang untuk mengelak, tapi ayahnya memegang Jihyun dan memukul Jihyun dengan kuat sehingga Jihyun cedera parah.

                 Selepas ayahnya memukul Jihyun, ayahnya meminggalkan Jihyun di biliknya dengan kesan pukulan dan darah. Jihyun tidak mampu bergerak kerana kesakitan. Jihyun berbaring di atas lantai dan tertidur.

                  Pada waktu malam, 8.30 p.m, Jihyun bangun dari tidurnya dan berdiri, tapi dirinya sudah tiada daya lagi. Jihyun terjatuh. Jihyun cuba bangun lagi sekali. Akhirnya, Jihyun dapat berdiri dan berjalan tapi agak perlahan sedikit.

                  Jihyun menelefon kawan baiknya, Seena. Jihyun meminta tolong Seena untuk membawanya ke klinik. Seena segera siap untuk membantu Jihyun. Seena faham perasaan Jihyun dari kecil lagi. Seena sayangkan Jihyun.

......~~

alone~Where stories live. Discover now