PART 5

157 17 1
                                    

🌸Jeremy🌸

"Betulkah you kena transfer pergi kota kinabalu?bila?" Suara Sofia kedengaran sedih selepas aku memberitahunya tentang perpindahan ke ibu pejabat di Kota kinabalu.

" Dua minggu lagi,alaa bukan jauh pun"

" Tapi kenapa tiba-tiba?"

" Naik pangkat.."

" Penting kah? "

" Kenapa ni? mestilah penting untuk masa depan keluarga kita juga.Lagipun bukan jauh sampai perlu naik kapal terbang macam dulu.."

"Saya tahu tapi ...."

"Nda payah susah hati okey,hujung minggu you bawalah budak-budak turun kk.." pujukku.

Sofia tidak gembira dan aku memahami kegusaran hatinya.Tapi aku masih belum puas berkerja dan berkhidmat pada masarakat.Sudah lama aku berkerja dalam bidang ini jadi sudah sampai masanya aku mencapai level yang seterusnya.

Peluang yang datang tidak akan sesekali aku abaikan. Mujur juga aku di beri dua pilihan tempat bertugas. Sarawak atau Ibu pejabat di Kota Kinabalu.Aku tidak mungkin memilih Sarawak kerana terlalu jauh untukku.

Aku juga tidak begitu risau meninggalkan Sofia dan anak kami kerana rumah yang kami bina tiga tahun lalu berhampiran dengan rumah orang tua Sofia.Danish juga di jaga oleh ibu Sofia sendiri apabila kami keluar berkerja.Memandangkan Sofia seorang pendidik maka masa terluangnya lebih banyak untuk Danish.

" Tidurlah nda payah banyak fikir okey.Saya keluar sekajap pigi jumpa kawan.."

Sofia hanya mengangguk.Aku tahu apa yang di fikirkan Sofia,cara terbaik adalah aku membiarkan saja dia sendirian kerana jika aku terlalu banyak bercakap maka penyudahnya adalah pentengkaran.Aku tidak suka semua itu.Aku mungkin nampak lembut ketika berbicara tapi jika di cabar aku juga boleh berubah menjadi kasar.

Aku mencapai telephone bimbit dan kunci kereta.Seperti biasa aku menghabiskan masa di kedai kopi uncle Andy.Aku menghabiskan masa dengan merokok dan melepak jika aku tidak berkerja sebelah malam.

Fikiranku jauh melayang memikirkan Bella.Sehingga kini dia belum membalas pesanan whatsappku. Susah payah aku mendapatkan nombor tersebut melalui Adeline sewaktu berada di kampong tempoh hari.

Aku tahu caraku mendapatkan nombor tersebut salah tapi aku terpaksa.Aku benar-benar tidak dapat menahan diri untuk terus berhubung denganya semenjak pertemuan tempoh hari.

Selama ini aku sangkakan aku sudah melupakan dia,ternyata tidak.Aku tidak mampu melupakan dia. Aku insan paling gembira ketika mendapat tahu Adeline bakal berkhawin.Satu-satunya perkara yang terlintas di fikiranku hanya Bella.

Aku tahu dia akan datang ke Majlis perkhawinan Adeline kerana sejak kecil mereka sangat rapat.Siapa kata aku tidak menanti kedatanganya ketika itu.Cuma aku mengintainya secara senyap.Dan aku tidak sangka dia menjenguk "taman" dimana kami menghabiskan masa-masa berdua suatu ketika dahulu.

Bertahun-tahun aku memendam rasa di sebabkan keputusan yang di ambil Bella.Dia memutuskan untuk tidak mahu lagi mengingati aku mahupun meneruskan hubungan kami sebagai kawan.

Dia juga telah menukar nombor telephone bimbitnya dan juga melarang Adeline memberitahu tentang keadaan dirinya.

Aku masih menggunakan nombor telephone lamaku.Tujuan aku hanya satu,berharap Bella akan menghubungi aku. Tapi sehingga hari ini,dia sama sekali tidak menghubungi aku malah dia sudah tidak mengingati nombor telephone bimbitku.Buktinya dia tidak memberi sebarang balasan.

Walhal nombor itu adalah nombor yang di pilihnya untuk aku dan nombor telephonenya di pilih olehku.

" Uncle tambah lagi satu kopi O " jeritku pada uncle Andy.Dari tadi dudukku aku sudah menghabiskan secawan kopi o.Dan aku masih belum berhenti memikirkan tentang Bella.

BENARKAH KERANA CINTAWhere stories live. Discover now