Part 50

5.5K 326 0
                                    

Hari berganti hari . Tanpa sedar usia kandungan Dania sudah pun mengingak usia 9 bulan . Kerana due date yang semakin hampir Tengku Adzmir telah mengambil keputusan untuk menghantar isterinya pulang ke rumah ibu mertuanya .

Jadi untuk masa sebulan ini . Biarlah dia berulang alik dari tempat kerja ke rumah ibu mertuanya . Itu lebih baik . Sekurang-kurangnya . Wan salmah ada untuk melihatkan keadaan Dania .

Selepas menghantar pemergian suaminya bekerja pagi itu. Dhia dania menuju ke ruang tengah . Dania meluangkan masa dengan memasang Vcd amalan doa dan zikir untuk ibu mengandung .

Suaminya ada berpesan untuk sering mendengar ayat2 suci itu . Katanya bagi memudahkan proses bersalin . Saat leka dengan alunan zikir yang dimainkan . Tanpa sedar Dania tertidur di sofa itu .

Dia mula tersedar saat azan zohor berkumandang . Dalam seribu kepayahan dia cuba bangkit menuju ke bilik . Menjalankan kewajibannya sebagai seorang muslimah.

Dhia dania yang kelihatan tenang dibalik telekung putih bersih itu mula berdoa . Memohon agar Allah memudahkan tempohnya bersalin nanti . Dia juga berdoa semoga rumah tangga dibina ini akan kekal hingga ke jannah . Lama juga dia bermunajat meminta dan terus meminta dengan Sang Pencipta . Merintih merayu sepuas hati .

Baru sahaja dia ingin menanggalkan telekung . Bunyi deringan Whatsapp dari telephone bimbit membantutkan perbuatannya .

Melebar senyumannya saat membuka mesej itu . Sudah dapat menebak . Jika di waktu2 begini , siapa lagi kalau bukan Tengku Adzmir .

Gambar suaminya yang kacak dibalik kot itu di renungnya . Dia tersenyum sendiri . Alahai angau . Tidak cukup lagi ke berjumpa depan-depan ? Bagaikan ada suara yang menyampuk di kala itu . Oh rupanya suara hati..

"Baru separuh hari abang dah rindu ... Macam nak balik rumah je sekarang ni"

Dania menekan butang kamera pada chat whatsapp lelaki itu . Gambarnya di balik telekung disnap dan di hantar pula kepada suaminya .

"Nah kalau rindu ciumlah gambar ni"

Tanpa sedar dia sudah ketawa sendiri . Galak mengusik . Tak lama kemudian phone nya berdering lagi .

"Taknak ! Tak syok . Tunggu abang balik abang kiss nia betul2"

Dania sudah terbahak melihat gambar kedua yang dihantar suaminya . Lelaki itu membuat wajah mulut itik . Kononnya mahu bercumbu.

"Okay abang i will wait "

"Okay ! Abang nak sambung buat kerja . See u when i see you darling"

Dania hanya tersenyum membaca . Telefon bimbit kembali diletak di tempat asal . Perlahan dia menapak keluar dari biliknya .

Dania mencari kelibat Wan salmah . Namun tiada . Seluruh ruang sudah dijenguknya . Masih tiada bayang2 keberadaan ibunya.

"Mana pulak ibu pergi tengahari buta macam ni?" bebel Dania sambil berjalan ke muka pintu .

Saat itu baru lah dia melihat ibunya sedang berjalan dengan menjingjing plastik ditangan

"Ibu pergi mana? Tak bagitahu nia pun nak keluar?"

"Ni haa, ibu pergi ambil Herba ni dekat rumah makcik gayah kau . Tadi nia tidur , tu yang malas ibu nak kejutkan"

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now