BAB 1 (KELUARGA)

556 21 2
                                    

Tahun 2010..

*Krik* *Krik* - bunyi cengkerik

   Syam terbangun daripada tidur. Dia terus melihat jam locengnya yang masih belum berbunyi, ia menunjukkan pukul 5:02 minit pagi. Selalunya, 5:30 baru dia bangun. Namun semenjak dua menjak ni, dia bangun awal sedikit.

  Memandangkan hari ini merupakan bulan puasa, dan baru seminggu bermula. Dia pun dengan segera keluar dari biliknya dan mula bersahur bersama keluarganya.

  "Nampak sedap betul la lauk yang ibu masak ni. Nampak je la", kata Syam sambil tersenyum melihat wajah ibunya yang masih nampak mengantuk..

   "Mestilah, tengoklah tangan sape ni. Belum rasa lagi.. mesti lagi sedap", jawab ibunya yang baru sahaja selesai menyiapkan makanan dan segera untuk duduk.. Mereka pun mula makan.. adik Syam juga makan dengan gelojoh lalu dimarahi oleh ibunya.

    Setelah makan, Syam bangun dan segera mandi. Tanpa disedari, dia sudah pun lambat, takut tertinggal bas.

    Hal ini kerana Syam merupakan murid sekolah menengah tingkatan lima. Budak yang biasa-biasa sahaja dan agak bijaksana. Kacak berkaca mata seperti author cerita ni.

   Setelah jam menunjukkan pukul 6:40, Syam segera bersiap untuk pergi ke sekolah dengan menunggu bas di simpang hadapan rumahnya. Itu adalah rutin hariannya selama lima tahun di sekolah menengah ini.

   Setelah 30 minit, dia pun tiba di sekolah. Sebenarnya, pemandu bas itu merupakan pakcik kepada Syam. Namanya ialah Razy. Razy merupakan seorang yang sangat baik dan selalu memberikan Syam kata-kata semangat tatkala Syam ditimpa pelbagai masalah seperti kegagalan dalam peperiksaan..

-------------------------------------------------------------
Di Sekolah,

    Aku berjalan di tepi kelas Syam. Aku melihat Syam sedang fokus mengerjakan sesuatu. Ni mesti homework yang tak siap lagi ni. Tiba-tiba, dia menegurku sambil melambai tangannya.

   "Assalam cikgu! Cikgu sihat?!", jerit Syam dari dalam kelasnya.. Aku hanya tersenyum melihat telatah dia.

    Kerana penat dalam perjalanan, aku pun duduk di atas kerusi kayu yang hampir roboh itu.. Tapi, aku yakin kerusi ini tidak akan roboh langsung sebab aku takdelah gemuk sangat.

   Aku melihat seorang lelaki barjalan menghampiri aku. Namanya beliau ialah Razy. "Hai, Karim. Lama tak jumpa", sapa lelaki itu.

   "Baru semalam jumpa. Kau ni kan", jawabku sambil memberikan seulas senyuman.

    Aku Karim.. adalah seorang guru di sekolah ini dan aku adalah guru kelas Syam.. Aku ni agak baik dan ramah orangnya. Tak pernah pun sesekali aku marah pelajar. Kalau pelajar tak buat homework, aku tak rotan diorang, aku rotan diri aku sendiri.

    Aku bukan apa.. penat dah. Maklumlah, dah berumur. Tapi, aku masih sihat dan bertenaga. Tak penat menasihati orang. Sentiasa dihormati kerana sifat baiknya. Pelajar aku pun nampak selesa dengan sifatku ini.

-------------------------------------------------------------
10.40 A.M.

   Waktu rehat telah pun tiba, aku dan rakan-rakanku pergi ke surau untuk solat dhuha bersama dan selepas itu membaca al-Quran. Maklumlah, ini aktiviti kami di bulan puasa. Nak makan tak boleh pulak.

    Member semua berebut nak duduk bawah kipas. Aku terus meletakkan al-Quranku di atas meja. Dan tasmik bersama.

  Selepas habis bersekolah, aku pun menunggu bas untuk sampai bersama dengan rakan-rakan.. Kami ketawa dan berbual kosong bersama.. Ada sahaja karenah yang kami lakukan.. Namun, kegembiraan ini mungkin akan lupus tidak lama lagi kerana sudah hampi masanya kami menamatkan sekolah menengah.. tidak lama lagi.

  Setelah sampai di rumah, aku terus melihat telefonku. Maklumlah tak boleh makan. Selepas itu, aku terus solat asar setelah masuk waktu. Aku menunggu waktu maghrib dengan bermain game.. Tak sabar rasanya.. Dan tiba-tiba, tibalah waktunya untuk berbuka.. yeah!!

-------------------------------------------------------------
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!

  Azan pun berkumandang, semua ahli keluarga ku sudah pun berkumpul di sini.. terlihat anakku, Syam sedang tidak sabar untuk makan. Dia pun segera mengambil peha ayam dan mahu menyumbat terus ke dalam mulut.

  Namun, aku terus memukul tangannya..
"Eip.. Baca doa dulu Syam..", tegurku dengan lembut..

  "Hehe.. maaf"..

#inilah kisah kegembiraan keluarga Syam sebelum hal yang tak terduga berlaku di bab seterusnya.. saksikanlah!!

DENDAMWhere stories live. Discover now