Interkom berbunyi , Asyraf menekan tanda menjawab .
"Tengku , ada orang nak jumpa ," kedengaran suara PAnya diluar sana . Asyraf menoleh , memandang luar dari biliknya .
Figura lelaki yang tersenyum sinis kelihatan . Bukan main angkuh lagi muka si lelaki tersebut .
"Okey , suruh dia masuk ," ringkas Asyraf membalas . Kerjanya diteliti kembali . Tak ada masa nak postpone kerja disebabkan lelaki yang datang harini .
"Hello bro , long time no see . Huh ? ," sinis suara kedengaran ditelinganya . Asyraf mengangkat wajah sedikit .
"Oh ya ? Sorry masa aku limit kalau nak jumpa dengan kau ," bidas Asyraf , sinis juga . Lelaki inilah Hairi . Sepupunya yang daddy selalu puja !
"Oh tak apa , aku akan pastikan bila aku jadi CEO nanti . Masa kau akan selalu ada untuk jumpa aku ," yakin sahaja Hairi berkata . Tangan diletakkan di dalam kocek seluar .
Asyraf berdecit . Yakin gila ! Dia tak sedar agaknya , syarikat ini milik daddy nya . Bukan bapak dia . Urgh , dasar ! Orang tak sedar diri memang macam ni , Asy . Sabar , sabar .
Asyraf gelak palsu . Sekadar mengejek sepupunya .
"Kau buat lawak apa ni , Ri ? Come on , pak ngah tak ada syarikat ya ? Sampaikan engkau berangan nak jadi CEO syarikat daddy aku ? ," sindir Asyraf , seraya tergelak palsu lagi .
Hairi terdiam . Menusuk gila kata - kata Asyraf .
"Yeah , memang bukan syarikat pak ngah but , aku pun tak faham juga kenapa pak long beria mintak aku jadi CEO syarikat ni , gantikan dia. Yelah , katanya ada anak macam tak boleh harap je ! Berfoya - foya sana sini . " sindir Hairi pula , yang tak mahu kalah .
Asyraf terdiam . Daddy cakap macam tu dekat Hairi ? Tak boleh harap ?
Shit ! Daddy memang betul - betul melampau .
"Get out ! ," tempik Asyraf . Hairi tersenyum menang . Tak susah rupanya nak kalahkan si Asyraf ni . Sebut bapak sikit , terus sentap .
"Buat kerja elok - elok . Nanti aku ganti tempat daddy kau , aku tak suka ada pekerja yang selalu makan gaji buta , " ejek Hairi sebelum berlalu keluar .
Asyraf menumbuk meja kasar . Mulutnya tidak habis - habis mencarut marahkan si daddy dan Hairi .
Kau jangan ingat aku akan mengalah Hairi . Kau silap kalau rasa jawatan ni akan jadi milik kau .
Its will never be ! Dah miskin tu miskin je lah . Yang perasan nak jadi kaya tu dah kenapa ? Kau dengan pak ngah sama je , dua - dua lelaki yang tak guna ! Bodoh .
"Kenapa dengan muka , you ? " soal Safiya bersahaja , sengaja ingin menarik perhatian Asyraf . Selalunya ada je yang dia nak usik aku , alih - alih harini senyap je . Muka pun boleh tahan tegang .
"Why ? Muka abang kotor ke ? ," reda sedikit kemarahan Asyraf mendengar suara kesayangannya. Wajah dilihat dicermin sisi keretanya , tak ada apa - apa pun .
Safiya ketawa . Marah - marah pun sempat lagi buat lawak .
"Kenapa gelak , sayang ? " serius Asyraf bertanya . Tak ada angin , inikan ribut . Tetiba je ketawa. Senang hati sungguh agaknya.
"Awaklah . Marah - marah pun still care eh muka jambu awak ," Safiya tersenyum simpul . Tahu sebenarnya Asyraf marah , wajah beginilah Asyraf tayang ketika pertembungan kali kedua mereka di kafe dulu .
"Apa sayang cakap ? Jambu ? Seriously ? ," Safiya cakap muka aku jambu ? Hensem boek punya ,ada disamakan dengan jambu ?
Safiya ketawa lagi . Akhirnya , Asyraf tersenyum sedikit . Senang hatinya melihat Safiya gembira .
"Macam ni lah baru tunang semut saya ," ujarnya pula . Asyraf mengangkat kening sebelah , tak mengerti .
"Awakkan macam semut . Manis je selalu mulut tu . So, bila marah macam tadi , dah hilang aura kesemutan awak ," Safiya kembali menyambung tawanya . Apa yang lawak pun dia tak berapa nak pasti .
Yang aku pasti , dia suka kenakan aku time - time macam ni , bertuah betul !
"Sakan gelakkan kita ya , sayang " Asyraf mengerling sebentar Safiya disebelah sebelum kembali melihat jalan raya di hadapan .
Bertambah sayang Asyraf buat wanita kesayangannya ini . Yelah , pandai buat aku tersenyum balik time aku marah . Walaupun kata - kata dia pelik sikit , tapi its okey . I know she try the best make me smile again.
"Dah kenapa senyum sorang - sorang ? ," Safiya mengusik .
Kereta di parkir betul - betul hadapan rumah elit Safiya . Tidak besar mana , tapi duduk sorang memang berani tunangnya ini.
"Angaukan awaklah , sayang oi " badan dikalih memandang tunang yang berada disebelah .
Safiya menunduk malu . Asyraf sengih pula . Tadi sakan gelakkan kita ya ? Sekarang kita nak balas balik .
"Pipi merah - merah ni nak kiss ya ? ," usik Asyraf . Disebabkan kulit Safiya putih pink macam tu , senang lah nak cam Safiya ni blushing ke tak .
Safiya hanya senyap . Menunduk je.
"Sayang sabar okey ? Lagi 1 bulan setengah je lagi . Lebih dari kiss pun sayang dapat , " Asyraf seakan - akan memujuk .
Safiya mendengus . Asyraf ingat aku ni gamakkan kiss dia ke ? Eii , hilang kesucian telinga dengar Asyraf cakap macam tu .
Peha Asyraf dikuntil lama . Padan muka ! Merenyam tak tentu pasal lagi .
"Benci awak, bye! ," pintu kereta mewah itu ditutupnya perlahan ,walaupun aku marah tapi takkan sesekali lepaskan dekat kereta kegemaran aku . Amboi, belum nikah dah mengaku kereta sendiri.
"Take care , sayang ! " tempiknya dari dalam kereta . Safiya hanya mengangkat tangan , tandanya tak nak dengar .
Asyraf ketawa , setelah memastikan Safiya selamat masuk rumah . Barulah dia beransur pulang . Tapi apa yang pasti ,
Jawatan dan Safiya tetap jadi milik aku walau apapun yang jadi !
Hairi kau better back off , sebab aku akan pastikan kau tak dapat langsung kerja dan tak akan pernah layak masuk office daddy !
Ini Adam Asyraf lah ! All I want , i will get soon .
Bibirnya tersenyum sinis .
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...