Part 55

7.5K 437 41
                                    


Bunyi ketukan yang bertalu2 di pintu rumah sedari tadi membingitkan suasana petang yang damai waktu itu .

Wan salmah sudah hilang kemana . Katanya ke rumah jiran sebelah . Dengan perlahan dania bingkas dari katil . Tudung dicapainya sebelum ke muka pintu .

"assalammualaikum ni rumah puan Dhia dania ke?"

Bicara pemuda yang kelihatan kemas dibalik baju kameja yang dipakainya . Sekilas pemuda itu merenung sesuatu pada kertas ditangannya .

"Waalaikumsalam , ye saya Dania . Ada apa ye?"

"Saya datang nak hantar kereta yang puang dania beli tempoh hari"

Mendengarkan itu dania sudah tercengang sendiri . Kereta? Bila masa pulak dia beli kereta? volkswogen polo berwarna hitam dihalaman rumah dikerlingnya sekilas .

"Eh maaf encik . Rasanya encik salah alamat kot . Saya tak pernah pulak beli kereta . "

"Eh tapi dalam ni ada nama puang . Oh ye kejap ." Lelaki itu kembali membelek kertas ditangan .

"Oh ya , di dalam maklumat ni atas nama payment atas nama Tengku Adzmir Bin Tengku Azhar . Puang kenal ke?"

Dania mula naik angin apabila mendengar nama yang disebut pemuda itu .

"Tak ! Saya tak kenal . Mungkin awak salah alamat . Maaf ye saya banyak kerja nak buat . Assalammualaikum"

"Eh tapi puan" pemuda itu sudah mengaru2 kepalanya.

Dania sudah menutup semula pintu rumahnya. Sejak kebelakangan ini telinga nya seakan bernanah apabila mendengar nama lelaki itu .

"Kau fikir hati aku akan lembut bila kau kaburkan aku dengan harta2 kau tu?! kau silap besar adz !" Gerutu dania

Tidak sampai beberapa minit kemudian . Deringan Whatsappnya berbunyi . Segera dicapai phone bimbit dimeja .

"Nia kenapa tolak pemberian abang? Memang niat abang nak bagi nia sebagai tanda terima kasih kerana sanggup melahirkan zuriat untuk abang . Tolong lah nia . Abang merayu maafkan abang . Kita perbaiki semula hubungan kita please .."

Dania hanya membaca mesej itu . Langsung tiada niat untuk membalasnya . Segera di campuk jauh telefon itu. Sebelum airmatanya tumpah lagi untuk kesekian kalinya....

***************************

"Nia dah fikir masak2 ke dengan keputusan nia nak?" Wan salmah bertanya lirih .

Perbuatan dania yang sedang mengemas bagasi nya terhenti . Dia berpaling memandang wajah sayu itu . Walaupun berat hati namun dia sudah nekad dalam membuat keputusan kali ini .

"Ibu nia mintak maaf kalau ibu kecewa dengan keputusan nia. Nia tak sanggup untuk terus berada disini bu. Nia perlukan ketenangan . Hati nia perlukan masa untuk pulih bu"

"Ibu faham nak . Tapi kamu sanggup nak tinggalkan Aryan? Aryan perlukan kasih sayang ibu dia nia..."

Dania terdiam . Anak yang sedang lena di kerlingnya sekilas . Perlahan dia mengeluh . Hanya allah yang tahu betapa dia menyayangi anaknya itu . Namun untuk membawa aryan sekali dia tidak mampu .

Wang simpanannya hanya cukup untuk dia menampung hidup sendirian . Lagipula dia pergi bukan sahaja ingin mencari ketenangan tetapi ada sebab yang tersendiri .

"bu sekalipun nia yang menjaga aryan . Dia tetap tak akan dapat keluarga yang sempurna bu..Biarlah adz dan zita yang menjaganya . Mungkin kehidupan Aryan lebih baik bila bersama mereka. "

"Ibu jaga diri baik2 . Nia janji lepas nia dah jumpa kekuatan dalam diri nia . Nia akan pulang semula ke pangkuan ibu"

Wan salmah tidak mampu berkata apa2 . Airmata yang sudah membasahi wajah diseka bertalu2 .

Kini dia sedar . Hati dania telah menjadi lebih keras dari kerikil . Anaknya itu sudah terlalu menderita selama ini . Wan salmah akur.

Tubuh dania dibawa ke pelukan . Tersedu sedan dibahu itu . Biarlah untuk kali terakhir dia merakam kenangan ini bersama satu2 anaknya. Entah akan bersua lagi atau tidak . Dia sendiri tidak pasti.

"Pergilah nak. Pergi cari bahagiamu..Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk nia" Bisik wan salmah . Dania hanya memejamkan mata . Apabila merasakan airmata nya ingin menitis lagi segera dia menyembamkan wajahnya ke bahu wanita itu . Mencurah segala isi dan kesakitan didada buat kali yang terakhir..

"Terima kasih sebab faham nia.." Balasnya perlahan...

Ya allah andai melepaskan ikatan perkahwinan ini adalah yang terbaik maka aku redha ...

*****

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan...

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini...

[ Kerana Terluka -By nurul bukan ajai punya dah]

******************

Hai dear readers ❤️
alamak nampaknya ramainya emosi dengan cerita sis .😅
hahahahahah maaflah sebab sis memang suka menulis dalam keadaan emo. kikiki ..Nah sis update satu lagi . Hope hati kalian kembali tenang ❤️ hehe .

Next update tengah malam ni atau esok k 😘

stay tuned...

Btw selamat berbuka untuk seluruh umat islam . And happy dinner to non-muslim 😊😘

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now