Assalamualaikum,nama aku Aina Sofea.Aku berumur 19 tahun,dan ingin sambung belajar di universiti pilihan ku...
Aku anak kepada Dato Asyraf dan Datin Cariena.Tidak mempunyai adik beradik atau senang dipanggil 'anak tunggal'. Daddy mempunyai bisnes tanah manakala mommy mempunyai beberapa cawangan butik tudung. Mom dengan dad cakap tak payah sambung belajar , sambung je legasi mom dengan dad.
Tapi aku tetap berdegil dengan pilihan aku iaitu sambung belajar. Sebab aku rasa result aku tak berapa nak memberangsangkan. Tak berapa memberangsangkan tak bermakna result tak bagus.Lagipun aku suka bergaul dengan orang ramai. Pada suatu hari, aku minta izin keluar daripada mom dan dad. Nak daftar kat universiti pilihan.
Aku ke sana dengan kereta aku sendiri. Jenama kereta aku takdelah mahal mana pun, Ferrari je. Hadiah birthday tahun lepas daripada dad. Sampai je, aku terus park kat tempat sepatutnya dan terus pergi ke kaunter pendaftaran. Semasa aku nak ke kaunter, aku tidak sengaja terlanggar seorang mamat ni. 'Aduh, sakitnya. You tak apa-apa ,kataku sambil membetulkan apa-apa yang patut. ''I ok je, hai nama I Syafiq Mukriz. Call me Mukriz", sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan." Hai nice to meet you, I Aina Sofea. Just call me Aina",aku menyambut tangannya dengan salam. Guamman ku, handsome juga mamat ni. Mana tak nya, badan tegap,pakai spek dan tinggi. Dia pun berlalu pergi dengan sekuntum senyuman yang manis.
Selesai mendaftar, aku terus menaiki kereta dan menuju ke Sturbuck. Tujuan aku ke sana untuk bertemu rakan lama iaitu Alisya dan Kyle. Mereka berdua merupakan rakan aku yang paling rapat,sejak sekolah rendah lagi. Sampai di destinasi, aku memasuki kafe tersebut dan dengan pantas aku dapatkan mereka. "Wei rindunya kau,lama dah tak jumpa,lain kau sekarang,kata Alisya sambil memelukku dengan erat."Aku pun sama,macam mana korang sekarang? kataku sambil memandang ke arah Kyle. "Macam ni je la Aina, takde yang berubah. Aku dengan Alisya rancang nak sambung belajar kat universiti yang sama,kata Kyle sambil memandang ke arah Alisya."Betul ke Alisya apa yang Kyle cakap tadi, kalau macam tu bagus la,berkembang sikit otak korang yang semakin mengecut tu, kataku sambil gelak kecil."Pikir lawak je kau kan. Haah, betul la kata Kyle, kitaorang nak sambung belajar sama-sama. Aku nak asing tapi Kyle cakap biar sama, katanya sambil meneguk secawan kopi berperisa mocha. Melihat keadaan Alisya yang sedap meneguk secawan kopi,aku pun baru teringat untuk memesan secawan kopi berperisa cappuchino untukku. Setelah leka bersembang, aku minta izin untuk gerak pulang.
*sis akan update bila vote lebih drp 10...😊kalau ada apa2 please komen ok...