" So, kita naik sekarang?" Aina menarik nafas panjang, dan hembus. Laila mengangguk.
" jom!" Laila menarik lengan Aina dan naik ke biliknya di tingkat 3. Fuh! Exercise aku malam nie...(╥﹏╥)...keluhan Aina hanya mampu didengar dalam hatinya.
'Harap2, kes ni selesai dalam masa terdekat. Tak adalah aku perlu menghadap muka cemberut abang sepanjang hari!' Aina menggerutu dalam hati. Sakit jiwa dibuatnya apabila memikirkan wajah Adib yang masam dan tegang.
On the way mereka ke bilik Laila, beberapa orang pelajar Aspuri berselisih dengan mereka. Mata Aina menjadi tajam melihat 'orang buruannya' turut berselisih bahu.
Aina berhenti seketika, kemudian menyambung kembali langkahnya ke atas.
" hey, itukan adik Senior Adib? Kenapa dia di sini?" tanya salah seorang Aspuri yang berada di bawah.
" kalau awak tanya saya, kepada siapa saya mahu bertanya balik?" suara sarkastik itu menyakitkan hatinya.
" saya tanya sajalah! Kenapa dengan awak ni?" gadis itu memeluk tubuh, menunjukkan protesnya.
" hmph!" sahabatnya merengus kasar dan berlalu pergi. Entah mengapa, dia merasa tidak sedap hati. Seakan2 benda buruk akan terjadi malam ini.
##########
Aina dan Laila bersembang panjang apabila seseorang masuk ke dalam bilik.
Azura.
" hai, kak Zura!" Laila bertegur sapa, tetapi teguran itu mengejutkan Zura yang sedang membuka tudungnya.
" ha...hai..." Zura tergagap2 menegur kembali. Aina senyum sahaja.
Tudung yang dia letak atas katil diambil semula dan dipakai kembali dengan pantas. Tanpa sebarang kata, Zura keluar daripada biliknya.
Melihatkan kelakuan Zura yang sedikit kalut, Aina dan Laila tersenyum penuh misteri. Mereka mengangguk, lalu turut bangun untuk mengikut.
Aina mengeluarkan video camera yang dibawanya bersama2. Mereka lihat Zura berlari naik ke tingkat 4, dan dengan senyap naik untuk mengikut. Mereka tahu Zura mahu ke mana, dan mencari siapa.
Sudah beberapa hari ini, kelas 5 Kasturi memerhatikan Zura dan Liyana. Mereka mencari bukti berdasarkan klu2 yang mereka terima daripada pelajar dan siasatan. Malam ini akan menjadi penamat segala2nya.
Bunyi ketukan pinth kedengaran, dan suara panik Zura menerjah masuk ke dalam telinga Aina dan Laila.
" Zura? Kau dah kenapa cemas ni? Kena kejar hantu ke?" suara perlian Liyana kedengaran.
" Yana, aku takutlah!" Suara Zura kedengaran panik.
" hah? Takut apa? Hantu?" Liyana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa hal dengan si Zura nie? Kena rasuk ke?
" bukan! Yang takut hantu tu kau, bukannya aku! Adik Adib dekat sini! Dalam bilik aku. Aku takutlah, Yana. Dia orang dah syak aku ke?" wajah Zura yang panik menyakitkan hati Liyana. Dengan pantas dia menarik lengan Zura dan beredar ke kawasan ampaian berdekatan. Kebetulan, tiada siapa disitu.
" kau ni dah kenapa? Kalau kau tak kalut macam ni, mereka tak akan syak apa2! Kau bertenanglah!" Liyana menggerutu.
" kau cakap senanglah! Dah berapa kali aku nampak pelajar kelas 5 Kasturi ikut aku. Intip gerak geri aku macam penyiasat! Kalau kena tangkap, susah mak bapak aku!" badan Zura menggigil mengingati ibu bapanya. Kalau benda ni kantoi, masak dia kali ni!
" Zura! Kau bertenang, boleh tak? Jangan kalutlah! Kau dengar sini. Benda ni kalau kau nak tarik diri, fine! Aku tak ada masalah, tapi kau kena ingat! Kau pun bersubahat sekali dalam kes ni. Kau tolong aku intip kelas 5 Kasturi dan tanda tempat2 rahsia mereka. Kalau aku kena tangkap, kau akan terheret sekali." Ugutan Liyana mengejutkan Zura. Badannya menggigil kuat.
YOU ARE READING
Nakal (Complete)
Fiksi RemajaSiapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarina a.k.a. Arza lain dari yang lain. Budak nakal yang sentiasa membuatkan guru2 sakit kepala. Dalam kamus hidupnya tiada perkataan 'takut' at...