CHAPTER 92 : THE TRUE POWER OF DARK LORD

832 91 11
                                    

Sila pakai earphone untuk pembacaan penuh perasaan

Alisa hanya berdiri sahaja di tengah-tengah medan peperangan,kelihatan puluhan askar tengkorak berlari ke arahnya dan wanita itu hanya menghela nafas pendek. Tangannya di angkat ke atas langit,bulatan corak magis ais di atas langit muncul.

"Rain of Blizzard..."

Ribuan ais berbentuk salji terhasil dan turun bagaikan hujan,menembak pada puluhan askar tengkorak dan sekelip mata askar tengkorak itu semua membeku. Khaizo hanya tersengih kemudian bersiul,Claire yang berada tidak jauh dari tempat mereka berada hanya mendiamkan diri melihat kehebatan Alisa.

"Sememangnya Permaisuri Ais,apa sahaja yang datang dia mampu hadap.." kata Arjuma yang muncul di sebelah Claire bersama Khaisa dan Eva.

"Khaisa,Eva..kamu dari mana? Senior,tu pipi tu apahal?" soal Claire.

"Heh cenderahati..." jawab Arjuma selamba dan Claire hanya menghela nafas pendek.

BRAAMM!!

Sedang mereka berbicara kedengaran bunyi letupan yang kuat,kuasa yang mereka rasai adalah milik Farhan dan Ikhwan bertarung menghadapi Marvus. Arjuma hanya diam dan harapkan kemenangan mereka,Claire berlagak tenang biarpun risau seniornya. Eva dan Khaisa berpegangan tangan,mereka berdoa untuk Farhan dan Ikhwan. Alisa pula menghampiri Fara yang sedang merawat Karma,Arize pula hanya memandang sayu pada Karma.

"Akak,daya kuasa tu? Letupan tadi?" soal Fara risau.

"Jangan risau,suami kita pasti mampu kalahkan musuh...." jawab Alisa.

"Tapi saya rasa tak sedap hati akak..." kata Fara lagi.

"Semuanya pasti akan okay...." Alisa berkata dengan tenang.

Fara cuba berkata namun sedar Alisa menggenggam penumbuknya,sekuat hati sehingga menggigil membuatkan Fara terus mendiamkan diri. Alisa memandang ke arah dari datangnya daya kuasa tersebut,kepalanya ditunduk dan berdoa agar suami mereka berdua selamat.

BOOMM!!

KRAANGG!!

Letupan kuat berjaya dielak oleh Farhan dan Ikhwan,mereka berdua ternyata menghadapi waktu yang sukar kerana Marvus sememangnya lawan yang kuat.

Farhan menarik keluar dua bilah pedangnya,lantas dihayunkan ke arah Marvus namun ditahan kemas oleh Marvus. Sebilah pedang besar dihunus oleh Marvus,menahan serangan pedang oleh Farhan.

TANG!!

KTANGG!!

Farhan melompat ke atas dan Marvus mendongak,kemudian dia sedar dan menurunkan kepalanya. Ikhwan sudah rapat di hadapan,Sacred Royal Blade pula sudah di dalam genggamannya. Marvus menggenggam pemegang pedang,lalu dia menahan serangan Ikhwan.

KRAANGG!!

KRAASSHH!!

Impak dari tetakan pedang Ikhwan,serta dengan tindakan pantas Marvus menahan serangan itu menyebabkan kawasan mereka berdiri hancur dan menjadi seperti kawah.

"Walaupun sudah hampir seribu tahun kau dikurung,kekuatan kau masih kekal.. Bagaimana?" soal Ikhwan masih menekan pedang,Marvus juga begitu dan tersenyum.

"Kuasa aku yang korang rasa sebelum aku bebas,kau rasa apa sebab aku sebarkan?" soal Marvus dengan senyuman sinis,Ikhwan sedar sesuatu dan menghayunkan pedang sehingga Marvus tertolak ke belakang.

Ikhwan menghayunkan sekali lagi,namun Marvus segera melakukan gaya sliding ke belakang. Farhan melompat dari belakang Ikhwan,Marvus terkejut dan Farhan sudah menyarung meriam naga.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now