Salah Kau!

676 26 0
                                    

Keesokan harinya, kelas berjalan seperti biasa. Tetapi, suasana dalam bilik pengetua sepi tanpa sebarang suara. Hanya penghawa dingin sahaja yang kedengaran.

Arza dan Adib duduk di hadapan pengetua, dimana pengetua Haji Mohamad pula menutup mata, menghela nafas berat. Video rakaman yang dilihatnya sebentar tadi telah menghentam dirinya seperti batu. Anak yang diharapkan, dimanjakan telah terlibat dengan kes rompakan tersebut.

' patutlah Izal berkeras mahu pergi ke luar negara untuk tinggal bersama Suhaila (kakak Hafizal),' Haji Mohamad mengurut dahinya yang berdenyut2.

Tok tok tok!

Bunyi ketukan pintu menarik perhatian mereka bertiga.

" masuk!" Haji Mohamad menyarung kembali cermin matanya yang ditanggalkan sebentar tadi.

" pengetua cari saya?" satu suara yang dikenali masuk ke telinga mereka. Serentak, Arza dan Adib berpaling. Arza dengan wajah selamba, Adib dengan perasaan berbelah bahagi. Hanya satu video, semua masalah akan selesai.

" ya, Liyana. Masuk," pengetua bangun dan memanggil Liyana, Arza, dan Adib untuk duduk di sofa tetamu. Keempat2 mereka duduk berhadapan sesama sendiri. Arza bersebelahan Adib, manakala pengetua dengan Liyana.

" tahu mengapa saya panggil kamu ke bilik saya?" tanya Haji Mohamad dengan tenang. Liyana memandang Arza dan Adib bersilih ganti, perasaan tidak enak menerjah hatinya.

" tidak," Liyana membalas.

Walaupun hanya sekilas, Arza tidak lepas daripada terlihat kebencian daripada Liyana untuk dirinya.

Arza sering tertanya2, mengapa Liyana sangat membencinya dan kelas 5 Kasturi. Liyana bukanlah pelajar baharu di sekolah ini, tetapi sudah setahun Liyana berpindah daripada luar negara. Dia sering melihat Liyana yang seiras dengan seseorang, tetapi dia tidak ingat siapa.

" lihat sini, " pengetua bangun dan mengambil laptop yang digunakan untuk melihat video tadi. Liyana memandang lama video yang di'pause'kan.

' ini...' wajah Liyana berubah pucat secara perlahan2. Nafasnya turun naik, panik.

Pengetua memerhatikan perubahan wajah Liyana, dan memainkan semula video itu daripada mula.

(klip video berjalan...)

" Zura! Kau bertenang, boleh tak? Jangan kalutlah! Kau dengar sini. Benda ni kalau kau nak tarik diri, fine! Aku tak ada masalah, tapi kau kena ingat! Kau pun bersubahat sekali dalam kes ni. Kau tolong aku intip kelas 5 Kasturi dan tanda tempat2 rahsia mereka. Kalau aku kena tangkap, kau akan terheret sekali." Ugutan Liyana mengejutkan Zura. Badannya menggigil kuat.

" aku dah cakap dengan kau, jangan buat benda ni! Tapi kau degil! Sekarang dah jadi kes polis. Kau fikir Hafizal tu nak ke rahsiakan benda ni? Dia tu dahlah berdendam dengan Arza! Kau suruh dia pecah dan rosakkan kelas 5 Kasturi, tapi dia suruh kawan2 dia rompak semua barang2 berharga kelas 5 Kasturi! Bukan seribu dua yang hilang, hampir 20K!" Zura bersuara lantang. Liyana mengurut dahinya yang berdenyut sakit.

" aku silap perkiraan! Tapi, kau jangan risaulah! Aku dah bagi duit dekat Hafizal tu untuk tutup mulut dia. Aku ugut dia if dia berani bukak rahsia, dia akan kena sekali." Zura menjuling matanya.

" Liyana, kau tahukan Hafizal tu anak pengetua sekolah? Bapak dia tu banyak duit kalau nak keluarkan dia dari lokap! Aku? Bapak aku tu peniaga kecil2an je! Bukan tokeh kilang balak! Kalau aku masuk lokap, kau nak jamin aku sekali ke? Pengetua boleh jamin aku ke?!" suara Zura yang sedikit meninggi membuatkan Liyana berpeluh. Perempuan ni...!!

" fine, fine, fine! Bagi aku masa. Aku cari jalan..." Liyana dan Zura bertikam lidah di belakang ampaian.

Liyana menarik nafas sedalamnya. Kali ni, dia tiada jalan keluar. Semua dalam rakaman itu menjadi bukti kukuh untuknya.

Nakal (Complete) Where stories live. Discover now