+ S a t u 💝

48 3 0
                                    

Aliff Daniel  POV

Pandanganku beralih ke arah buku yang ku baca tadi tetapi fikiranku melayang , nak tau ke mana dia gi melayang ? Melayang gi fikirkan tentang peristiwa petang tadi .

Dahlah aku pening memikirkan tentang jawapan soalan yang cikgu berikan tadi masa kat sekolah . Dahlah aku SPM tahun ni kot , mummy tambah pulak tentang perkara yang dibincangkan petang tadi . Nak je aku lari rumah sekarang ni .

Flashback

Selesai sahaja minum petang , kami sekeluarga pergi ke ruang tamu kerana mummy and daddy ingin membincangkan sesuatu . Nampak macam penting kerana along pun ada sekali .

" mummy and daddy nak bincang ape sampai call along suruh balik ni ? "

Aku terangguk-angguk bersetuju dengan apa yang aling katakan sebentar tadi .

" mummy and daddy nak bincang tentang angah "

" hah ? Kenapa dengan angah ? Angah ade buat salah ke dekat sekolah ? "

" tak de lah , mummy and daddy nak jodohkan angah dengan anak kawan mummy ni . Eh salah , dah hantar pinangan dah pun "

" hah ?! Ape ni mummy ? Alah mummy angah belum sedialah . Lagipun angah still young and tahun ni pulak angah SPM , mesti banyak yang angah nak kena fikir "

" tu semua bukan alasanlah angah , lagipun angah dah tak boleh nak halang sebab keluarga pihak perempuan dah terima dah pun "

Aku dan along hanya tercengang memandang ke arah daddy kerana ayat terakhir yang dilontarkan oleh daddy sebentar tadi .

" okey fine , but angah tak janji boleh bahagiakan dia "

Aku segera beredar daripada ruang tamu , lalu menuju ke arah bilikku .

Flashback off

Aku mengeluh . Why mummy and daddy buat keputusan mengejut ? Dahlah tak bincang dengan aku .

Tak boleh ke tunggu aku habis form 5 baru kahwinkan aku , ni tak tahun ni juga mereka nak kahwinkan aku .

Macam manalah agaknye rupa perempuan tu ye ? Cantik ke tidak ? Entah-entah dah tua tak kahwin lagi ? Ke pisau cukur ?

Astagfirullahalazim , aku meraup mukaku . Mungkin ini ketentuan Allah untukku , aku terpaksa redha .

Lamunanku termati apabila bunyi ketukan pada pintu bilikku kedengaran .

" masuk "

Tombol pintu dipulas dan terjengulah abang kesayangan aku iaitu Zairel Adryan .

" along nak ape ? Angah busy ni buat kerja sekolah "

Aku kembali menyambung membaca buku sejarah tingkatan 5 yang terdendala akibat lamunanku tadi .

Lalu alongku berdiri ditepi meja belajarku sambil memandangku .

" angah sabarlah ye dengan mummy tu "

" nak sabar macam mana lagi along ? Mereka paksa angah kahwin dengan perempuan yang angah tak kenal pulak tu "

" janganlah risau nanti boleh kenalkan ? "

" memanglah boleh kenal , but kot ia pun tunggulah angah habis SPM ke ape . Ni tidak macam mane angah nak tanggung anak orang ? Kalau belanja gi sekolah tiap-tiap hari pun mummy and daddy yang bagi . Nak bagi dia makan apalah agaknya kalau dah kahwin nanti ? Habuk ?!

Aku melepaskan marahku kepada alongku kerana dia seorang sahaja yang mudah faham akan sikapku .

" aahkan kot ia pun tunggulah angah habis SPM ke apekan ? "

" yang mereka beria sangat nak kahwinkan ni angah yang masih sekolah , along tak pulak mereka nak carikan jodoh "

" sabar jelah angah . Mungkin jodoh angah datang awal , jodoh along pulak datang lambat . Ingat ada hikmah Allah buat macam ni , sabar ye along faham "

Lalu alongku menepuk-nepuk lembut bahuku . Dia faham akan perasaanku sekarang , sabab itulah dia sentiasa datang ketika aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan , kerana hanya dia seorang sahaja adik-beradikku .

End Of Aliff Daniel POV

Syafeya Alesya POV

Syok-syok aku main smart phoneku , tiba-tiba sahaja mama dan papa bagitahu yang aku tak lame lagi nak kahwin .

Mereka buat keputusan sendiri , dahlah terima pinangan anak kawan dia suke hati je . Tak reti nak tanya aku dulu ke ? Aku setuju ke tak ? Yang kena kahwin aku bukan diorang .

Dahlah aku ni anak paling bongsu . Masih sekolah pulak tu . PT3 kot tahun ni . Yang akak dengan abang aku tak pulak mereka nak suruh kahwin . Nak jugak aku . Ape ? Anak bongsu memang kena ikut semua cakap orang tua ke apa ?

Dahlah aku tak kenal langsung lelaki tu . Tah-tah kaki pukul ? Tak lame jadi arwahlah aku . Belum sempat bahagia dah dalam kubur .

Astagfirullahalazim . Kenapa aku fikir jauh sangat ni ? Mungkin mama dan papa nak yang terbaik untuk aku kot ? Kot ia pun tunggulah umur aku 18 tahun ke , ni tidak 15 tahun kot kemain mude lagi .

Boleh ke kahwin mude ? Memanglah boleh tapi aku terlampau mude kot . Entahlah mama dengan papa aku mereka yang nak sangat aku kahwin . Aku tak jamin hidup aku akan bahagia dengan mamat tah mane aku pun tak tahu .

Baru sahaja aku ingin membantah , mama terlebih dahulu memotong .

" adik takyah lah nak membantah bagai , kalau sayang mama dan papa please ikut cakap kami , mama tahu ape yang terbaik untuk anak mama "

" tapi...maa "

" no tapi-tapi Syafeya Alesya . 1 month starting from now "

Terpaksalah aku mengalah , redhakan jelah nasib kau Syaf sabar jelah .

End Of Syafeya Alesya POV

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Sorrylah kalau ade typo . Please vote and comment . Thanks . Kalau ada idea just comment je , author sedia membacanya 😊

Harap korang enjoy membacanya . Hope korang rasa best . Mungkin buku author yang pertama tak berapa best . Dengan buku ni hope korang puas . Tujuan author buat cerita sebab author jenis yang kuat berangan 😂 dan sebab author bosan tak tau nak buat ape dan juga nak memperbaiki karangan dan bahasa serta belajar kesalahan .

Author bukanlah pandai sangat buat cerita , jadi kalau ayat tunggang terbalik tu hope faham ye . Thanks 😗 .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Ditakdirkan Untuk Ku Where stories live. Discover now