Bab 10

12 1 0
                                    

Abang ezam rasa macam mana? Soal mama teruja.

Abang ikut je. Tapi tak nak tanya tuan punya badan ke? Nak ke farah terima ariq? Soal ayah risau.

Kalau pasal farah jangan risau. Ijah tahu nak buat macam mana ujar mama. Sayang rasa macam mana? Soal mama pada abah.

Abah okey je. Tapi tu lah abah risau farah tak terima jawabnya.

Nak farah terima apa ni? Soal farah yang baru tiba.

Terima ariq jadi suami kamu ujar mama teruja.

Apa ni mama? Kenapa suka jodohkan farah dengan ariq? Soal farah dingin.

Ariq sesuai dengan kamu sambung mama.

Tapi farah tak suka. Mama jangan paksa farah boleh? Farah bukan budak budak lagi mama nak aturkan hidup farah. Jawabnya dingin.

Kalau awak tak nak saya seribu kali tak nak dekat awak. Ujar ariq yang baru tiba. Sakit pulak hati aku getusnya dalam hati.

Bagus lah. Saya pun tak nak habiskan hidup saya dengan awak. Buat sakit hati je. Bidas farah. Saja mengapi apikan lagi ariq. Tu balasanya. Asyik nak layan feeya je. Buat lagi macam aku ni tak wujud getusnya pelahan.

Dah lah mama. Jangan dipaksanya budak ni. Ariq langsung takde perasaan pun dekat dia ujarnya sinis.

Serius kau takde perasaan? Abis ni apa? Ujar farah sambil melayan layangkan kertas ditangannya. Nasib baik surat tu aku dah amik kata hatinya.

Apa benda tu? Wey pulangkan sekarang. Surat tu aku punya kata ariq lantas menuju ke arah farah untuk merampasnya.

Pulak. Dekat sini tetera nama aku. Kenapa pulak kau nak. Bukan kau ke yang bagi aku surat ni? Soalnya tak nak mengalah. Dilarikan dirinya dari ariq.

Kau tak nk surat ni kan? So ni hak aku. Pulangkan balik! Balasnya dingin

Semua nak tahu tak apa isi kandung surat ni? Soalnya tercabar. Sakit pulak hati aku dia tinggikan suara. Assalamualaikum farah, saya muhammad ariq dari kelas tk. Tujuan saya menulis surat ni untuk menyatakan....

Cukup farah! Apa masalah kau ni? Ujarnya merampas surat tersebut dari tangan farah.

Masalah aku kau. Kau lupa aku boleh ingat semua dengan sekali baca? Kau nak aku sambung ke? Soalnya sinis. Tak dihiraukan orang yang berada di sekeliling kerana perasaan marahnya. Sakit hati aku bila kau mula abaikan aku. Sakit hati aku bila kau mula layan feeya. Sakit hati aku bila kau jauhkan diri dari aku.! Kenapa semua ni belaku masa aku dah mula jatuh cinta dengan kau!!? Marah hatinya.

Dah lah malas aku nak layan kau. Buang masa ujar ariq lantas menuju ke arah mama. Mama ariq balik rumah dulu ye. Tiba tiba rasa kurang selera ujarnya lalu pulang ke rumah.

Arghhh jeritnya pelahan lalu masuk ke bilik. Dikunci pintu biliknya lalu menghempaskan badan ke katil. Aku benci kau ariq!  Jeritnya menutup muka dengan bantal.

********

Riq kau ikut ke? Soal hakim sambil mengemas buku atas meja.

Ikutkan hati tak nak. Tapi takpa lah last jamuan kan. Pergi jelah bukan selalu pergi jawab ariq. Lalu segera bergerak mengikuti kumpulan kelasnya.

Hai ariq soal feeya dengan mengada. Jom kita balik sama sama ajak feeya.

Ea hai feeya. Takpa lah. Awak balik sorang ye. Saya ada hal jap lagi. Awak jalan lah balik dulu. Jawab ariq segera.

Awak pergi ke jamuan tu? Kalau macam tu saya pergi juga lah. Ingat awak tak pergi tadi tu yang nak balik. Kalau macam tu sekali lah kita jalan.

Ha jom lah ujar ariq. Beramai ramai pergi ke tempat yang ditetapkan.

Ea tu buka kelas 1 ke? Ujar mia rakan sekelas ariq. Aah lah. Tak sangka dia orang pun buat jamuan dekat sini. Jawab sorang lagi

Makin elak makin jumpa getus hati ariq. Kelihatan cikgu fuad kembali selepas bertanya. Meja kosong dah takda.

Abis cikgu macam mana? Soal safwan.

Tadi cikgu tersempak dengan cikgu ayu. Cikgu ayu ajak join kelas dia sekali. Kamu semua okey tak? Soal cikgu fuad.

Wah. Boleh cikgu. Kami takde masalah. Ujar murid murid lain. Feeya mula buat muka menyampah dia.

Ariq kau okey tak soal hakim?

Kalau tak okey pun kena ikut kan? So ikut jelah ujar ariq. Malas nak pikir sebenarnya.

Jamuan berlangsung dengan meriahnya. Ada karaoke, game dan bermacam lagi. Tapi kenapa macam aku sorang je tak gembira? Ke aku sorang je yang rasa bosan ni? Soal farah dalam hati. Sebenarnya lebih kepada sakit hati tengok ariq dengan feeya. Guysss aku nak balik dulu lah. Nanti mama aku cari pulak. Ujar farah mengemas begnya.

Kau dah nak balik ke? Okey jugak. Dah nak malam ni baik kau gerak dulu. Lagi pun rumah kau jauh. Kau nak kita org teman ke? ujar ecah.

Aah jom lah kita orang teman. Risau kau balik sorang sambung bella.

Tak payah lah. Lagipun rumah aku jauh buat penat korang je. Kalau rumah kita haluan yang sama takpe juga. Ni bertentangan tak payah lah. Buat penat korang je buat u-turn. Okey lah aku gerak dulu. Ujarnya lalu berjalan ke arah cikgu ayu. Cikgu ayu saya nak gerak balik dulu ye. Saya takut mama saya risau pulak ujarnya.

Ia Bermula Dengan CintaWhere stories live. Discover now