TLB 1

1.4K 31 0
                                    

"Hey miss stalker! Tak habis-habis lagi  ke stalk orang?  Awak tu patutnya fokus belajar... " Ilsya sudah membebel.

Ya,  ya... Apa-apa sajalah,  dia bukannya tak nak belajar ,cuma mood belajarnya masih belum datang. Kalau lah boleh diseru mood itu pun,  belum tentu dia akan lakukan. 

"alaaa... Aku bukan sengaja stalk la, just have some simple calculation towards him je... Muka dia yang tiba-tiba muncul dekat news feed aku ni okey! ". Kali ini Ayra tidak mahu mengalah. Padanya bukan la sesuatu yang salah pun , lain la kalau lelaki itu dia bomohkan agar tergila-gilakan dirinnya.

'Oh no no, dia bukannya jenis wanita seperti itu, lagipun buat apa nak mandarem anak orang kalau muka dah complete package kan! '

'Opps! perasannya kau ni Ayra Sofea! '

"hmm... Kau suka sangat ke dengan dia tu?  Kenapa tak confess je dari sibuk mengendap anak bujang orang macam ni..." Ilsya sudah mencebik.  Sengaja dia ingin menguji rakannya itu. 

Ayra seorang yang agak memilih dan tidak mudah jatuh hati. Katanya,  cinta itu mahal dan bukan semua orang boleh hargai. Tetapi dia merasakan yang Ayra sudah menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang selalu mendapat perhatian pelajar-pelajar wanita di kolej mereka itu.

" excuse me! Aku tak ada perasaan la kat dia...kalau aku suka dekat dia pun,  kau ingat aku gatal sangat ke sampai nak buat press conference bagai!  Oh please,  mintak simpang! "

' Nanti tak pasal-pasal je kena cop perigi cari timba!  Eeii,  tak nak la... '

Memang dia akui yang lelaki itu kacak dan serba-serbi sempurna, tapi dia langsung tidak menaruh hati pada lelaki itu. Hanya suka melihat wajah lelaki itu sahaja.

"Alah mengaku je la yang kau jatuh hati dekat dia kan?! "

"eh... Sorry!  Cinta Ayra Sofea tidak semurah itu! "

Ilsya mencebik. 'eh hello Ayra!  Kau fikir kau siapa? Stop la buat statement macam tu ok!'

"eh,  kau tak musykil ke?  Kenapa muka hotstuff tapi still tak de makwe lagi?  Kau rasa kenapa? "

"aku rasa mungkin dia tak jumpa aku lagi kut... " Ayra menyambung lagi. Kali ini tangannya sudah menongkat dagu.

'apa kes si Ayra ni? Statement memang masuk bakul angkat sendiri eh'

Ilsya hanya simpan dalam hati.  Rasa ingin disembur sahaja rakannya itu.

"tu bukan masalah aku...yang aku musykil sekarang ni,  dalam sehari berapa kali kau tengok cermin?  Kalau sekali sehari,  eloklah rasanya ditambah lagi dua kali,  biar cukup tiga kali sehari!"

Ayra terus mencerlung rakannya itu.

" Eeeiii... tak boleh pakai langsung lah dia ni!  Memang menyakitkan hati betul. "

" Dah, pergi siap cepat... Kejap lagi kita ada kelas pukul 11 a.m kan... Nanti lambat pulak!" Ilsya sudah menarik gebar duvet yang menyelubungi tubuh rakannya itu. Langsir bilik ditarik membiarkan cahaya pagi masuk memenuhi ruang bilik.

"eeiii!!! Kau sengaja je kan!"

Ilsya cepat-cepat melarikan diri ke ruang bawah meninggalkan Ayra yang masih terkulat-kulat dengan diri sendiri

'hishhh, tak guna punya Ilsya... Siap kau nanti! '

Ayra mendengus geram.

#####

London Heathrow Airport

Suasana malam di kota London menjadi lebih dingin dari biasa.  Tangannya digosok cuba memerangkap haba badan yang semakin hilang.

Pandangan dihalakan pada papan maklumat penerbangan dihadapan.

London-Kul : MH003 : 2.30 a.m

Dia mengeluh. 13 jam penerbangan pulang ke Malaysia akan jadi sangat memenatkan. Penerbangan tanpa henti ini hanya akan buat dia lebih tertekan.

' jam 9 pagi waktu Malaysia...hmm'

Perbezaan waktu 7 jam ditambah dengan 13 jam penerbangan dari kota London membuatkan dia mengeluh panjang.

'mungkin pukul 10 malam sampai lah kut'

Kali ini pandangan dialihkan ke serata lapangan terbang.  Walaupun sudah menginjak ke pukul 2 pagi,  kawasan lapangan terbang itu masih lagi sesak dengan orang yang begitu ramai. Semua kaunter pendaftaran masih lagi penuh. 

Dengan lima buah terminal, lapangan terbang ini mengendalikan lebih 70 juta penumpang pertahun dan hampir 500 000 kapal terbang keluar masuk.  Pantas sahaja lapangan terbang ini menjadi yang tersibuk di Eropah.

Selepas membuat daftar masuk secara atas talian , dia terus menarik bagasinya ke balai pelepasan. Langkah diatur rapat ke barisan panjang imigrasi.

'it might be so extreme to me as well'

'kuatkan hati Tengku Aisyh Mateen! '

Selepas melepasi kaunter imigrasi,  dia terus mengorak langkah perlahan sehingga hilang dalam kesibukan orang ramai.

###

"ahhh, penatnya Sya! " Ayra mengipas-ngipas wajahnya yang juga terasa panas. Bahang petang turut sama mencengkam diri dan jiwanya sekarang.

"weyh, apa kata kita lepak cafe petang ni? " ajak Ilsya.

"panas la. Baik kita pergi library, sejuk sikit. "

"alaa... Pleasela...aku tak nak la belajar lagi.  Stress tahu tak! " kali ini Ilsya sudah menghentak-hentak kakinya.  Tangan rakannya itu sudah ditarik tarik

"eeeiii,  mengadanya...kau saje je nak cuci mata kan!" Ayra mendengus.  Dia bukan apa,  suasana di kafe itu bising malah dia sudah penat mahu melayan karenah lelaki-lelaki yang suka menyakatnya. Tak boleh kalau nampak perempuan cantik,  mulalah menggatal tak tentu hala.

'cehh,  cantikkah kau Ayra Sofea bt.  Wan Ezrin?! '

Eh  haruslah cantik! Kalau tak,  takkan la berbaris dm dan twitt yang diterima setiap hari. Sangat merimaskan. Itu belum lagi ditambah dengan hadiah dn surat-surat yang entah dari siapa pengirimnya. Buat sesak dada je.

"oii,  kau berangan ehh... Cepatlah teman aku sekarang! " Ilsya sudah tidak tahan menunggu.

"hishh dia ni... Ye la...ye la...kau pergi jalan dulu!" Ilsya segera melangkah ke hadapan meninggalkan Ayra dibelakang.  Sesekali dia menoleh kearah kawannya yang terlalu lambat berjalan.

"cepat la sikit... Tak habis-habis lagi ke berangan tu! " kakinya dihentak-hentak ke lantai tanda protes.

"haa hentak, hentak la kaki kau tu... Kejap lagi,  lumpuh tak boleh jalan baru menyesal tak sudah!"

"Eeiii,  puakanya mulut... Cepatlah sikit!"

###

Lotto's cafe

Hareez mencapai minuman  dihadapannya. Suasana kafe pada hari itu agak ramai. Matanya terus melilau seakan mencari kelibat seseorang.

Beberapa minit menunggu,  tiba-tiba dia terlihat kelibat seseorang . 

"Hakim! " dia melaungkan suaranya sambil tangannya dilambai ke arah satu figura yang baru sahaja masuk kedalam kafe.

Hakim turut melambai apabila terdengar namanya dipanggil.  Dia segera menghampiri rakannya itu.

Dalam pada masa yang sama,  daun pintu sekali lagi ditolak. Dua orang wanita masuk , mencuri tumpuan dan perhatian rata-rata warga kafe ketika itu. Kali ini semua mata terarah pada mereka.

Mata Hareez tertancap pada satu susuk tubuh. Kali ini pandangan Hareez jatuh pada salah seorang wanita itu. Lama matanya memerhati.

1

2

3

Tidak semena-mena dia mengukir senyum.

'cantik...'

TBC

The Law BreakerWhere stories live. Discover now