Jacob menepati perjanjian musim panas kami untuk tahun seterusnya dan dia masih memakai topengnya tahun itu. Hari tu, Jacob membawa aku pergi ke sebuah sungai.
"Ah, sejuknya air sungai ni!" Aku memasukkan kakiku ke dalam air sungai.
"Awak ni peliklah, air kan memang sejuk." Teringat lagi aku masa tu dia bawa aku jalan-jalan dalam hutan yang penuh dengna pokok-pokok gergasi. Tiba-tiba ada sebatang pokok ni bergerak dan mengeluarkan ranting-ranting kayu seakan tangan manusia dan memegang Jacob.
"Jacob!" Panggil pokok itu sambil mengangkat Jacob ke arahnya. Aku menghentikan langkah, terkejut.
"Ini bahaya, Jacob. Itu kan anak manusia. If she touches you, you'll disappear." Amaran yang sama aku dengari dari roh-roh yang aku pernah jumpa sebelum ni.
"Terima kasih. Saya dalam keadaan baik, tak payah risau." Pokok itu melepaskan Jacob dari genggamannya. Aku kagum lagi sekali.
"Please don't touch him, human child." Aku hanya mengangguk faham. Jacob berjalan terus ke arah yang dia bawa aku tadi. Kedengaran banyak bunyi loceng yang datang dari roh lain.
"Jacob, Jacob! Hati-hati." Itulah yang mereka katakan. Masa tu aku fikir juga, mesti roh lain boleh pegang dia. Aku rasa sedih, sebab aku tak dapat pegang kawan aku sendiri.
5 tahun musim panas berlalu, aku masih melawatinya sepanjang 5 tahun itu. Masa tu aku ingat lagi aku jatuh dari pokok dan Jacob hampir menyambutku dengan tangannya. Syukur sahaja dia mengelak.
"Jacob, janji tau. Walau macam mana pun, awak jangan sentuh saya!" Aku menangis sekuat hati sebab aku gembira dia tak sentuh aku hari tu.
Musim panas yang seterusnya dan seterusnya lagi, aku masih melawat hutan tersebut dengan memakai uniform sekolah baharu aku.
"Hi Jacob! Saya datang lagi tahun ni!" Terujanya aku masa tu.
"Ta-da! Saya dah masuk tingkatan 1!" Aku menayangkan uniform sekolah aku.
"Awak dah nampak macam perempuan sekarang ni." katanya.
"Saya memang perempuan dari dulu lagi." Aku membuat muka bosan.
"Shall we go?" Aku berjalan beriringannya.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Jacob perasan aku dari tadi melihatnya walaupun dia memakai topeng.
"Takde. Walaupun saya dah masuk sekolah menengah, banyak kawan dari sekolah rendah saya sama kelas dengan saya, jadi tak rasa apa-apa perubahan pun." Jelas aku panjang lebar. Banyak yang aku cerita dekat dia haritu.
Umur kami secara perlahan-lahan semakin dekat. Walaubagaimanapun, Jacob tak pernah meningkat usia, masih sama seperti hari pertama aku melihat dia. Banyak permainan yang aku kenalkan dekat dia, tapi yang paling dia suka buat cuma main layang-layang. Katanya, dia nak jadi layang-layang yang bebas di udara.
Setiap tahun, penampilan aku berubah. Tapi Jacob masih sama dengan hari pertama aku jumpa dia. Ada suatu hari ni dia nak hantar aku balik, langkah dia terhenti dan dia membuka topeng yang sentiasa dia pakai. Dia kata nak hirup udara segar, nak tengok dunia katanya. Aku perhati dia, hati aku rasa berdebar. Aku jatuh cinta.
_____________________________________________________
Suatu tengah hari yang panas teramat ni, aku baring di ruang tamu sambil berkipas dan termenung. Suatu hari nanti aku akan lebih tua dari Jacob, bukan? Aku rasa sedih memikirkan hubunganku dengan Jacob. Pak cik aku menjemputku makan buah tembikai dengannya di balkoni.
"Musim panas tahun ni cuaca dia bagus, jadi tembikai semua manis-manis. Kalau dia berterusan macam ni, musim sejuk nanti akan lebih sejuk dari yang biasa." Terang pak cikku.
"Oh ye ke.." Pak cikku mengangguk.
"Memandangkan tempat ni terletak antara gunung dan laut sangat jauh, perbezaan suhu antara musim panas dengan musim sejuk jauh beza. Suhu musim sejuk ikut suhu musim panas, boleh membekukan roh dekat Hutan Roh tu." Aku termenung mendengar penjelasan pak cikku.
Macam mana kalau Jacob kesejukan? Hm.
"Pak cik, pak cik ada skarf yang pak cik tak guna?" Niatku ingin memberikan skarf itu kepada Jacob esok pagi memandangkan esok aku akan balik ke rumahku semula.
Aku sedari selepas aku sedar aku jatuh cinta denga Jacob, aku sentiasa risau dengan dia dan aku sentiasa termenung semasa dalam kelas. Selera makanku juga berkurangan memikirkan Jacob. Musim sejuk bermula, aku takut dia kesunyian. Aku nak jumpa Jacob, aku nak sentuh dia.
_____________________________________________________
YOU ARE READING
Ancient Forest
RomantizmTertarik dengan kisah dewa gunung, Hannah yang berusia enam tahun kehilangan jalannya di hutan purba semasa melawat pamannya. Lelah dan terdesak untuk mendapatkan bantuan, Hotaru sangat teruja untuk mencari semangat hutan bertopeng bernama Jacob. Di...