Dia hanya mengenakan bedak tipis, dengan Baju kurung moden putih terpasang kemas dan digayakan dengan selendang biru lembut bercorak abstrak, kehadiran Ayra cukup mencuri perhatian lelaki-lelaki sehingga menimbulkan sedikit keriuhan diruang legar kafeteria.
Dia mengambil tempat di bahagian tepi kafe berdekatan dengan cermin kaca yang menghadap ke luar. Ilsya pula sedang beratur menunggu giliran untuk membuat pesanan.
Sementara menunggu, Ayra terus membuka laman media sosial miliknya . Saja dia membuang waktu begitu.
Dari jauh, ada seseorang yang sedang memerhati. Pandangannya tepat menilik wajah wanita itu. Matanya dibawa perlahan dari atas sehingga ke bawah.
Memang tidak dinafikan bahawa Ayra Sofea memang begitu cantik.
Kulit wajahnya putih bersih ditambah dengan alis matanya yang elok terbentuk. Matanya pula bundar dengan jenis mata hazel yang jelas kelihatan. Hidungnya pula elok terletak. Bibir nipisnya yang merah menampakkan sedikit rekahan yang nyata kering.
Ya, gadis itu berjaya mencuri perhatiannya.
'cantik...' telahnya.
"Hareez! "
"Hareez! Woi kau dengar tak ni? " kali ini Hakim sudah menggerakkan tangannya , cuba meraih perhatian rakannya itu.
Dia terus mengambil tempat dihadapan Hareez, dan serentak itu lelaki itu terus tersedar.
"ahh...kenapa?"
" kau berangan ke? " Hakim kemudiannya menoleh. Matanya mencari seseorang yang berjaya merebut perhatian Hareez tadi.
Setelah itu, dia segera kembali menghalakan pandangannya ke hadapan.
"kau usya dia tu ke? Since when? Hahahahaha" Hakim sudah tergelak sakan. Bukan apa, ini kali pertama dia melihat Hareez sebegitu. Sebelum ini sudah ramai wanita cantik yang cuba memikatnya, tetapi langsung tidak dilayan apatah lagi terkesan dihati Hareez.
" mana ada la! " Hareez cuba menafikan. Sekejap-sekejap pandangan di hala kearah wanita tadi.
"oh my god... It is what we call love at the first sight... Hahahaha" semakin galak Hakim ketawa. Cuba memancing kemarahan rakannya.
"Diam laa!" kali ini Hareez menolak bahu Hakim.
Banyak mata sudah memandang ke arah mereka. Hareez cuba menyembunyikan wajah. Kalau peminatnya nampak nanti, habis kecoh satu kafe dibuatnya.
Hareez bangun dan mengemas bukunya. Beg sandangnya dicapai. Dia memandang ke arah wanita tadi sekali lagi. Kemudian dia terus mengatur langkah keluar dari kafe.
"weh, tunggu la aku! "
Hareez melajukan langkahnya. Matanya dipejam rapat.
'siapa dia? '
"Hareez! " rakannya mengejar. Hakim cuba mendapatkan rentak Hareez yang semakin laju ke depan.
Kali ini Hareez berhenti. Dia menoleh memandang Hakim. Lengan lelaki itu dipegang. Kuat.
"siapa dia? Maksud aku...ap..apa nama dia?!"
#####
Toh Zaharah hanya fokus pada bacaannya. Dia masih memikirkan cucunya itu. Sudah lebih 17 tahun dia membesarkan Aisyh, setelah kedua ibu bapanya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya ketika dia masih berumur 8 tahun, dialah yang bertanggungjawab membesarkan Aisyh dengan penuh kasih sayang.
Kali ini cucunya itu menerima ujian yang lebih berat. Perkara yang melanda Aisyh masih segar dalam ingatannya. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku pada dirinya sekiranya Aisyh meninggalkan dia pada ketika itu.
YOU ARE READING
The Law Breaker
Любовные романы"Dah habis dah tenung muka aku? Kau tak nak peluk ke? cium ke? Supaya tenang hati tu biar indah sikit mimpi kau malam ni? "- Tengku Aisyh Mateenn "Eeii, saya dah cakap saya minta maaf kan... Saya tahu la saya salah... sayang muka hensem tapi a...