BOOMM!!
BRAAM!!
"Ergh!!..." Marvus keluar dari kepulan asap mengelak serangan tembakan lembing biru Farhan.
Farhan mengejar dalam keadaan terapung dan terbang di atas tanah,Farhan terus lenyap dari pandangan semua orang. Marvus tersentak kemudian dia menoleh kiri dan kanan,mencari di mana Farhan bersembunyi. Aura Farhan lenyap macam itu sahaja.
"Mana uncle pergi?" soal Aminudden mencari-cari kelibat Farhan.
Luqman tidak menjawab dan mengetap gigi,dia tidak sangka yang Farhan mampu melenyapkan aura miliknya. Marvus hanya bertenang di sebalik zirah helmet,dia menumpukan perhatian dan tersedar sesuatu lalu mendongak ke atas. Marvus mengetap gigi kegeraman,merenung ke atas langit. Luqman dan Aminudden turut sama sedar,mereka berdua mendongak ke atas dan terkejut.
"Congrats for finding me..." kata Farhan yang terapung di atas udara.
Marvus mengepalkan kedua penumbuknya dan aura gelap terhasil,kedua-dua tangan dia meliuk umpama menari dan terus melepaskan libasan gelombang ke arah Farhan.
"MAMPUS LA KAU!!" Marvus menjerit dengan kuat.
Farhan tidak berganjak dan hanya memerhatikan gelombang serangan Marvus sahaja,tangannya digerakkan dan terus ditahan hanya dengan sebelah tangan sahaja. Marvus tergamam melihat keadaan tersebut,lalu cahaya terhasil pada tapak tangan Farhan.
"Now my turn.."
Farhan melepaskan tembakan cahaya dari tapak tangan secara bertalu-talu,Luqman dan Aminudden hanya mampu menyaksikan dengan senyap. Tidak lama kemudian Fara muncul secara teleport bersama Alisa,Luqman dan Aminudden menoleh serentak.
"Auntie!" Luqman dan Aminudden berpandangan terkejut dengan kehadiran Fara dan Alisa.
Alisa hanya diam dan wajahnya langsung tiada reaksi,dia melangkah dan Fara hanya membiarkan sahaja dengan reaksi sayu. Alisa berdiri di hadapan Ikhwan yang tidak sedarkan diri,entah kenapa Luqman perasan sedikit reaksi bengang pada air muka Alisa. Permaisuri ais segera melutut dan menghela nafas pendek,Alisa tersenyum kelat dan mengeluh pula.
"Abang rasanya tak payah berlakon lagi boleh?" Alisa berkata selamba.
Ikhwan bangun dan duduk secara bersila,Alisa membuat muka blur dan Luqman terkejut manakala Aminudden mencebik geram. Fara pula terkebil-kebil melihat keadaan itu,Ikhwan kemudian menggeliat dan tersenyum selamba.
"Sedap pula tidur.." sebaik mendengar kata-kata Ikhwan,Luqman dan Aminudden terjatuh manakala Fara hanya tersengih.
"Uncle apa yang berlaku ni sebenarnya?!" soal Luqman.
"Uncle sengaja terima serangan Marvus,tapi tak ada la teruk sangat sampai boleh pengsan sebenarnya... Tapi nak bangkitkan kuasa Farhan,itu je la caranya.." jelas Ikhwan sambil menoleh ke arah pertarungan Farhan.
"Perlu ke macam tu..?" soal Alisa.
"Hmm?" Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Buat isteri sendiri risau,bagaimana kalau abang pergi betul?" soalan Alisa hanya dibiarkan tidak berjawab oleh Ikhwan.
"ABANG TAHU TAK SAYA TAK NAK KEHILANGAN ABANG?!!" Alisa berkata sambil air mata mengalir,Ikhwan membesarkan matanya terkejut.
Suasana tegang seketika dan Fara hanya mendiamkan diri,Luqman pula sekadar menjadi pendengar bersama Aminudden. Alisa menangis dan kepalanya ditundukkan,Ikhwan hanya menghela nafas pendek dan menggosok kepala berkali-kali. Ikhwan tidak berkata apa-apa tetapi dia menarik lengan Alisa lembut dan memeluknya,Alisa menekup muka pada dada Ikhwan.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasySILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...