≠41

6.3K 250 1
                                    

Laju air mata membasahi pipi sebaik sahaja , doa dari bacaan abah selesai . Mak yang setia menemani disebelah ku peluk erat .

"Terima kasih mak untuk segalanya . Macam tak percaya along dah jadi isteri orang malam ni ," bisikku rapat ditelinganya . Mak mengangguk , mengiyakan. 

Pelukan dileraikan , air mata yang turun dilap mak . "Jadi isteri yang solehah ya , along. Mak percaya yang along mampu galas tanggungjawab ni ,"

Makin deras air mata mengalir . Sebak . Ya mak , along cuba . Aku tersenyum . Abah mula menghampiri aku pula . Asyraf kini sedang solat syukur , sebab tulah sempat buat drama air mata kejap .

"Bah , terima kasih besarkan along . Nasihat along , jadi abah yang terbaik buat along ," tangan tua itu , dikucup . Abah mengosok perlahan kepalaku. 

"Abah doakan rumah tangga anak sulung abah ni bahagia sampai bila - bila . Tanggungjawab abah dah selesai , bangga abah kerana berjaya besarkan along dengan baik. Ingat , jadi isteri yang sentiasa menyenangi hati suami ," abah menarikku jatuh ke dalam pelukan eratnya . Esakanku kembali menerjah .

"Dah - dah tak mau nangis - nangis . Today your big day.  No more tears please ? ," pujuk abah . Aku mengangguk kecil . Abah mengelap air mataku dengan tisu. 

Abah mengambil tempat disebelah mak apabila Asyraf mula mengambil tempat dihadapanku .

"Asalamualaikum , sayang " romantik Asyraf menyapa sang isteri . Safiya tersipu malu . Nafas ditarik sebelum mengangkat wajah .

Perlahan suaranya menjawab salam Asyraf . Kekok seketika dia rasa. 

"Ma angel ," ujarnya sambil mengenyit mata nakal . Dia buat macam aku dengan dia je dekat tengah - tengah ruang tamu rumah abah ni.  Tak tahu malu betul .

Jari ku hulur apabila dia mengambil cincin . Photographer yang tak berbayar kami , Sufian . Tak habis - habis mengusik kami . Kurang asam betul angah ni. 

Tangan kekar Asyraf , disalam setelah aku menyarungnya cincin.  Mulanya sebelum nikah dia cakap , tak nak cincin , nak jam . Tapi aku desak dia , yang aku tetap nak suruh dia pakai cincin nanti akad nikah . Jam sebagai hantaran je. Dia tak nak juga , tapi aku ugut nak lari masa akad nikah . Terus dia iyakan . Haa , tahu takut . Aku bukan apa , nak lah sweet . Sama - sama pakai cincin. 

Dahiku terasa dikucup. Beberapa potong ayat dibaca selepas itu. Syahdu kurasakan. 

"Terima kasih terima abang untuk dampingi sayang sampai syurga ," bisiknya rapat ditelingaku.  Sebakku kembali bertandang . Sungguh , menyesal kerana dulu pernah cakap bukan macam - macam Asyraf . Aku terlalu buta menilai dia dulu , tapi alhamdulillah dia juga yang aku pilih untuk terus ada dengan aku sampai bila - bila .

Dia , hadiah dari tuhan yang tak ternilai buat aku kini. 

Terima kasih Allah .

***

Tanganku disulam kemas didalam gengamannya daripada selesai akad nikah tadi. Macam tak nak lepas . Risau sangat aku lari , haih . Lepas akad nikah ada majlis makan - makan kecil - kecilan sahaja kerana esok barulah kami akan bersanding .

Kedua - dua belah pihak keluarga setuju untuk buat satu majlis sahaja , iaitu di dewan terbuka dekat Shah Alam . Bukan apa , penat jugak kalau buat lain - lain sedangkan keluarga kami kebanyakkan tinggal dekat bandar je .

"Menung apa , hm ? ," tegurnya . Pipiku dicuit lembut.  Tangannya aku capai ,tiga jari yang dipakai inai , dielus . Serius cakap , tengok suami aku nanti pakai inai macam ni antara angan - angan time study dulu . Entah , bagi aku diorang akan nampak cute kalau pakai macamni .

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now