“My ogonizing phantom pain is still the same..”
Jin bermain main dengan jarinya sambil memerhati kan wajah Puan Min. Dia tersenyum sinis."So... Jemputlah duduk dah tua2 ni tak larat kot nak berdiri lama... Kan?"
Puan Min dengan perlahan melabuhkan punggung nya di hadapan Jin. Jin mengambil pistolnya lalu diacunya ke arah Puan Min menyebabkan Puan Min tersentak.
"Jimin... Dia dah nak jadi gila sebab kau... Dia telah buat sesuatu yang luar jangkaan aku..."
"Apa maksud kau?"Soal Puan Min. Wajahnya turut berkerut ingin tahu apa si budak mentah tu telah lakukan.
"Jeon Jungkook sekarang ni dah ada kat hospital.. Agak dalam juga luka dia... Dah dia tu bodoh pergi cari pasal dah kenapa? Betul tak?"
"Apa maksud kau ni? Terus terang ajalah! Kau ingat aku suka duduk menghadap wajah pembunuh macam kau?"Jin tergelak mendengar kata2 Puan Min yang kedengaran sungguh lucu di corong telinganya.
"Dasar tak sedar diri! Sebab kau Park Jung Ah dan Park Jimin jadi anak yatim piatu dan disebabkan kau jugaklah! Ara jadi macam tu! Kau puncanya!!"
"Aku? Apa dosa aku? Budak tu dah memang yatim sebab mak ayah dia pergi terjun masuk dalam api!"Jin tersenyum lalu berdiri sambil mengacukan pistolnya dan bersedia untuk pecahkan kepala Puan Min. Puan Min sudah tergamam. Tangannya diangkat ke udara dan menggeleng kepala nya laju.
"Kau dah gila ke? Kat luar tu ada bodyguard aku.. Kau tahu tak!"
"Kalau aku perlu masuk lokap dengan membunuh kau... Aku sanggup asalkan kau yang binatang ni mati! Tapi... Cepat sangat rasanya..."Terus Jin menurunkan pistolnya kembali. Puan Min menghela nafas lega. Dia merenung tajam wajah Jin yang masih lagi berlagak tenang itu. Jin melabuhkan punggungnya.
"Kau sedar tak yang kau ni sedang diperhatikan?"
Jin mengangkat wajahnya memandang ke arah kamera litup tertutup. Dia tergelak dan menggeleng kepalanya.
"Aku tak bodoh.. Hoseok dah uruskan semuanya untuk aku. Aku datang ni cuma nak bagi tahu pasal menantu kau yang tak guna tu dan aku nak kau suruh si tak guna tu ceraikan Ara. Senang kan?"
"Kau ingat aku akan ikut arahan kau macam tu je? Kau ni memang lembap!"Jin tersenyum sinis dan memberinya sekeping gambar. Puan Min mengerutkan dahinya lalu diambilnya dan memerhatikan gambar itu dengan teliti. Tangannya mula menggeletar. Dia meletakkan gambar tadi di atas meja. Senyuman sinis Jin semakin menjadi2.
"Gambar mayat yang kau tengok tu adalah gambar salah seorang kanan kau yang mati ditembak. Jadi aku suggest kau dengar cakap aku."
Puan Min sudah pun tak keruan. Mana mungkin dia akan membiarkan saja orang kanannya mati begitu saja. Dia menggigit bibir menahan geram.
Jung Hoseok dengan perlahan berundur. Jimin mengarahkan Hoseok supaya menutup pintu bilik. Hoseok terpaksa menuruti saja. Jimin lalu melabuhkan punggung di birai katil. Pistol tadi dilemparnya di atas katil. Dia menghela nafas berat.
"Ara tak ada kat sini... Hyung dah lambat 10 minit. Chim dah hantar dia kat lain."
"Apa yang kau nak buat ni Jimin?"
"Jadi hyung beritahu lah chim sepatutnya apa yang chim patut lakukan sekarang ni? Jimin tak nak berpisah dengan Ara! Tolong suruh Jungkook ceraikan dia... Chim setiap hari dengar suara tu! Suara tu!"Jimin menekup kedua belah telinganya. Makin risau Hoseok dibuatnya. Dia dengan perlahan melabuhkan punggung nya di sebelah Jimin. Bahu Jimin diusapnya perlahan. Jimin teresak esak menangis. Memang bukan salah Jimin, dia masih belum sembuh.
"Chim... Bagi Jin hyung jaga Ara okay? Dengan cara ni Jimin dapat jumpa dia setiap hari.. Kita sama2 cari jalan macam mana nak sembuhkan trauma dia tu.. Okay?"
"Lepas tu... Jin hyung nak buat apa dengan Ara? Ara takkan selamat tanpa Jimim disisinya..."Hoseok menutup matanya buat seketika.
"Jin.. Hyung... Kenapa kau masih lagi biarkan dia macam ni? Kenapa kau biarkan Jimin jadi macam ni? Kenapa kau tak hantarkan saja dia ke hospital sakit jiwa? Kenapa?"
"Jimin... Hyung janji Ara takkan diapa-apakan... Jadi tolonglah dengar cakap hyung.. "
Jimin menolak Hoseok ke sisi. Dia memandang wajah Hoseok dan menggeleng perlahan.
"No... I won't trust nobody.."
“A sound of unfamiliarity..”
“Try to cover my ears but can't go to sleep..
“Today I hear that sound again...”
“Tell me if my voice isn't real..”
“Have I lost myself or Have I gained you..? ”
-Singularity by Taehyung-Ara tidak boleh melelapkan matanya. Dia risau tentang Jimin. Selepas ciuman tu... Jimin terus membawanya keluar dari motel itu..ke sebuah rumah. Rumah Jimin yang lama. Dia lalu bangkit dari katilnya dan berjalan ke arah jendela. Angin meniup sepoi bahasa. Dia mengeluh.
"Lama lagi ke? Apa yang terjadi pada Jungkook sebenarnya?"
Hoseok berjalan masuk ke dalam perut keretanya. Dia tidak berjaya untuk membawa Jimin ikutnya sama pulang ke rumah.
Sesampai saja Hoseok di rumah persembunyian nya bersama Jin, terus dia menerjah masuk ke dalam bilik Jin tanpa mengetuk pintu dahulu.
"Hyung..."
Jin sedang leka memasang peluru di pistolnya. Setelah terdengar suara Hoseok barulah dia mengangkat muka.
"Aku dah berbincang dengan perempuan tu... Aku harap dia tak berani nak buat laporan polis.."
"Drop that now.. Tell me about Jimin. About his sickness."Tangan Jin berhenti dari aktivitinya. Dia meletakkan pistol itu di atas meja lalu bangun dari duduknya. Dia memandang wajah Hoseok.
"Jimin.. Anak aku.. Dia ada masalah dengan halusinasi nya.. Dia boleh dengar apa yang kita tak dengar... Dan nampak apa yang kita tak nampak. Seolah olah dia berada di dalam dunianya. Ia mungkin mirip seperti skizofrenia.. Manakala Jung Ah.. Dia mengalami keperibadian ganda."
"Dah tak ada ubat atau cara lain ke nak rawat dia?"Jin mengeluh. Dia memegang dahinya. Dia menggeleng perlahan. Entah apa yang harus dia lakukan lagi untuk Jimin sembuh.
"Kita kena buat sesuatu Hoseok... Kita kena selamatkan Jimin."
Ara terdengar pintu biliknya diketuk perlahan. Dia tersenyum lebar lalu dibukanya pintu bilik seluas mungkin tapi air muka nya berubah apabila menyedari air mata Jimin mulai jatuh di tubir matanya. Terus tubuh Ara dirangkul nya erat.
"Ara.. Saya tak tahan.. Patutkah saya mati je?"
"Apa awak cakap ni Jimin? Beritahu lah saya.. Bukankah saya janji yang saya takkan tinggalkan awak?"
"Saya benci diri saya... Saya benci dengan memori silam saya.. Dan saya benci apabila mengetahui awak bukan milik saya lagi dah.."Ara menggeleng. Tangannya mengusap pipi Jimin. Dengan manja dia mengucup pipi Jimin.
"No... I'm yours."
"Will you forgive me?"
"I'll always forgive you.."Ara lalu mendaratkan bibirnya pada bibir Jimin. Air mata Ara laju mengalir. Senyumannya makin lebar.
TBC
YOU ARE READING
[√] LET ME IN S2 | P.J.M
Mystery / ThrillerI loved you and I loved you. Over and over again. Until it kills me.. Lie edition. Completed