Part 61

7.7K 461 42
                                    

Antara cinta dan cita-cita 🍃🍃

Dhia dania singgah ke Paul Three Quays untuk membeli beberapa buku roti. Sekadar mengalas perut untuk menempuh perjalanan selama setengah jam ke rumah sewanya yang terletak di Hammersmith. Berdekatan dengan centre london

Saat leka membuat pilihan . Bunyi suara pengumuman jadual perjalanan mula kedengaran .Beberapa minit lagi keretapi akan tiba di Stesen King Cross London.

Dania bergegas membuat pembayaran dikaunter sebelum berlalu keluar dari kedai . Saat terkocoh-kocoh ingin memboloskan diri dari puluhan manusia yang berpusu-pusu ingin menerpa masuk ke dalam kedai .

Dania hampir sahaja terlanggar baby stroller yang tiba-tiba melintas dihadapan pintu keluar kedai roti tersebut .

"Im sorry ma'am . i accidentally..."

Kata-katanya terus mati dibawa angin saat matanya tertuntas kepada wanita yang juga kelihatan kaku dihadapannya .

"Nia?" Agak tenggelam timbul suara wanita itu .

"Sorry ! I do not know you !" Agak keras nadanya sebelum kalut ingin berlalu .

"Nia please stop !" Jerit Tengku Maszitah . Stroller baby terus ditolak ingin mengikut rentak laju Dhia Dania . Tidak ! Kali ini dia tidak akan membiarkan gadis itu hilang lagi . Semuanya harus berakhir !

Saat begitu hampir tangan dania sempat digapai nya. Digenggam kuat pergelangan itu . Takut jika terlepas lagi.

"Eh lepaslah ! aku tak kenal kau ! Sakit ! lepaskan tangan aku !!" Tempik Dania agak kuat .

"Nia please bagi i peluang . Ada sesuatu yang you perlu tahu..."

"Dah tak ada apa lagi yang perlu i tahu ! Semuanya i dah bagi you 2 tahun yang lepas ! You nak apa lagi?! Pergilah zitah ! Jangan kacau hidup i lagi !"
Bentak dhia dania geram

"Nia you salah faham selama ni . Tolong lah nia bagi i peluang untuk jelaskan semua salah faham ni. Perkara ni melibatkan hidup dan mati family you nia !"

Dhia dania mula terdiam saat perkataan Family mula disebut-sebut Tengku Maszitah . Kini terpalit wajah risau diwajahnya.

"Ke..kenapa dengan family i?"Suaranya kian mengendur. Ada getaran dalam nadanya menyoal .

"Nia .. Boleh tak kita cari tempat yang sesuai? Tempat ni terlalu crowded . I merayu dengan you nia . Untuk kali ni you lupakan sekejap kemarahan you tu?" rayu Tengku Maszitah penuh berhati-hati .

Wajah Simpati Tengku Maszitah direnung Dhia dania seketika . Dia cuba mencari kekuatan untuk membuka semula kenangan lama yang telah pun hampir dilenyapkan .

Perlahan dia akur . Senyuman terbit di bibir Tengku Maszitah saat mendengar persetujuan dari Wanita itu .

***************************

Setelah agak lama memikirkan lokasi . Akhirnya Primrose Hill tempat yang dipilih Tengku Maszitah . Mulanya dia berfikir untuk ke cafe Shoreditch Grind sahaja . Namun apabila melihat kedai yang sentiasa dipenuhi pelanggan itu. Mati terus niatnya

Oleh kerana suasana persekitaran taman ini agak tenang dan sepi. Mungkin lebih sesuai untuk merungkai cerita perit lalu. Fikirnya

Dhia dania mengerling pada Bayi yang sedang lena didalam baby stroller itu . Hatinya jadi pedih tiba-tiba .

"Pasti itu anak mereka . Jadi benarlah telahannya selama ini? Arghhh kalau dah namanya lelaki mana setia pada yang satu! " Bentak hatinya .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now