EXTRA CHAPTER : QATARIZ SAGA

1.2K 99 16
                                    


Seorang pemuda dengan berpakaian jaket kulit,seluar jeans hitam serta kasut boots dan topi keledar dipakai pada kepala semestinya. Merentas lebuhraya yang panjang dan lebar,ratusan kenderaan empat roda dipintas satu persatu.

VROOMM!!

Pemuda itu tiba di hadapan sebuah bandar yang agak lama serta usang,pemuda itu menunggang motorsikalnya dan berhenti di sebuah lorong. Topi keledar ditanggalkan dan wajah Qatariz kelihatan,dia menghela nafas pendek.

"Hey kau..." satu suara menegur.

Qatariz hanya menoleh ke arah suara tersebut,lima orang asing baginya sedang berdiri di hadapannya. Masing-masing memegang senjata,muka mereka pula tersenyum sinis.

"Ya,ada apa yang boleh aku bantu?" soal Qatariz tenang.

"Serahkan motorsikal...kau..." ujar salah satu lelaki itu tersenyum sinis.

"Kalau aku menolak?" soal Qatariz selamba.

Empat lagi pemuda terus mengacukan senapang mereka,Qatariz pula sedikit terkejut dan menghela nafas kecewa. Pemuda yang di tengah tersengih,begitu juga yang lain.

"Kalau kau tolak,kau mati..." ujar pemuda itu masih tersenyum.

Qatariz hanya menghela nafas pendek,dia menghalakan tapak tangan ke arah lima lelaki itu. Mereka hanya ketawa dan Qatariz pula menyeru meriam naga,senyuman lima lelaki itu terus hilang.

"Let see,peluru kau ke atau serangan aku sampai dulu..." kata Qatariz dengan renungan menakutkan.

BRAAMM!!

Letupan dari tembakan menghasilkan lubang pada dinding berhampiran,lima lelaki itu ternganga kemudian menoleh seperti robot ke arah lubang tersebut.

"Jadi..." Qatariz bersuara dan mereka berlima menoleh serentak.

"Siapa nak mulakan dulu?" soal Qatariz dengan muka menakutkan,meriam naga masih di tangannya.

"MAAFKAN KAMI!!" Lima lelaki itu terus berlari menyelamatkan diri.

Sebaik sahaja mereka berlima lenyap dari pandangan,Qatariz menghela nafas pendek walaupun diingatkan jangan buat masalah. Tetapi masalah datang pada dia,ironi rasanya dan Qatariz hanya menekan butang merah. Motorsikal itu berubah menjadi kapsul,rekaan baru professor Zahari memang berguna.

"Ada baiknya aku... Ronda bandar ni..." ujar Qatariz sendirian.

Suasana bandar situ agak kurang meriah dengan suasana awan agak gelap,Qatariz sedar orang-orang di bandar itu memandangnya dengan renungan tajam. Namun itu bukan masalah baginya,dia mampu melawan satu battalion tentera. Jika nak hancurkan bandar,hanya semudah ABC sahaja.

Smartphone diperiksa dengan teliti,dia dapat mencari nama lokasinya. Bandar itu diberi nama Bandar Mati,kerana bandar itu tidak menghubungkan jalan ke mana. Tiada jalan yang menghubungkan ke lebuhraya utama,harus menggunakan jalan kecil atau jalan tikus.

"Death City huh? Bunyi agak menyeramkan dan kalau ada hantu.. Aku letupkan sekali dengan bandar..." kata Qatariz sendirian.

Pintu sebuah kedai makan usang ditolak,loceng bergema dan semua pelanggan di situ memandang ke arah Qatariz serentak. Renungan tajam dari pelanggan,langsung tidak dihiraukan oleh Qatariz lalu dia melangkah ke arah kaunter bartender.

"Ya anak muda,nak order apa?" soal tauke kedai itu sambil tersengih.

"Tauke tidak akan letak racun?" soal Qatariz tanpa selindung dan tauke kedai hanya tersengih.

"Jangan pandang semua orang di bandar ni macam tu,tak elok tahu... Ada juga datang cari makan..." kata tauke kedai itu tersenyum.

"Ini cuma ingin kepastian,keselamatan amat penting..." jelas Qatariz.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now